Nuffnang saya

27 Mei, 2020

Mee Hailam confirm SEDAP

Mee Hailam antara kegemaran akak juga tapi selalunya kalau makan di kedai jarang menepati selera. Jawapannya tentulah kena masak sendiri untuk sesuaikan dengan tekak sendiri. Jumpa resipi ini dan sangat menepati keinginan akak. Korang kena cuba kalau dah kehabisan idea memasak untuk hari ini.

Pada akak mi hailam kena ada rasa pedas gak kalau tidak rasa hambar. Suami dah pesan jangan pedas dan masin, yes sir!!!. Gambar akakni kuat sangat warna hitam padahal masa kejadiantu sedang elok sahaja. Jadi kalau suka warna yang lebih cerah janganlah bubuh banyak sangat kicap semuani bergantung kepada selera kita.Itu pasal adalah lebih baik masak sendiri kalau kita ada citarasa tersendiri.

RESEPI MEE HAILAM

  • Masa Penyediaan: 15 minit,
  •  
  • Masa Memasak:10 minit,
  •  
  • Jumlah Hidangan:5 orang

Bahan-Bahan:

  • 500g mee kuning
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 1 mangkuk isi ayam, yang telah direbus
  • (kalau ikutkan guna daging lebih sedap ~ direbus juga terlebih dahulu.. airnya digunakan untuk jadi kuah)
  • 1 mangkuk udang 
  • 3 ekor sotong
  • (akak gantikan udang dan sotong dengan fish cake dan fish ball)
  • kicap pekat
  • 1 sudu kecil lada hitam ATAU lada sulah
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sayur sawi, asingkan batang dan daun
  • 3 batang jagung muda, hiris nipis
  • 1/2 biji karot, hiris nipis (tak bubuhpun)
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • air secukupnya
  • Bahan untuk hiasan:
    • cili merah, hiris nipis
    • bawang goreng
    • limau nipis

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.
  3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.
  4. Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  5. Tuang kuah di atas mee dan hiaskan dengan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.
Sekarang ini akak semakin suka dengan resipi Che Nom kerana ringkas dan sesuai dengan tekak akak. Suka tengok video masakan dia tak kelam kabut dan melalut. 

Akak suka mi hailam yang menggunakan lada hitam sebab barulah mi hailam. Kalau dulu-dulu ada satu kedai mi hailam yang sangat terkenal di Pekan Parit. Kedai itu kepunyaan orang Cina tapi yang datang makan kebanyakan adalah orang melayu. Mestilahkan daerah Perak Tengah penduduk Melayu adalah 99%, mestilah pelanggan dia adalah orang melayu. Mi yang digunakan bukanlah mi biasa tapi mi yang lebih tebal dan kuahnya lebih pekat. Kini sudah ada kedai mi hailam yang diusahakan oleh orang melayu di pekan Parit yang resipinya hampir sama dengan kedai sebelum ini.

3 ulasan:

  1. Allahu. terus rasa nak cari mee kuning lepas tengok mee hailam ni ahha

    BalasPadam
  2. perghhh
    favorite nih
    haihh sedapnya

    BalasPadam

Nuffnang oh Nuffnang