Resipi ketam goreng masam manis mudah dan sedap
Siapa peminat ketam di sini? Akak boleh dikatakan 'hantu ketam'. Kalau arwah bapak akak masih ada, ketam adalah menu wajib ada kalau akak balik kampung. Selalunya mak akan masak gulai lemak ketam tapi versi kuah tak bubuh kunyit. Sebenarnya rasa lemak lebih menangkap. Tapi bila dah berkahwin suami macam pelik semacam dengan gulai lemak putih akak. Terpaksalah aku berkorban !!
Untuk kali ini akak bertukar pulak masak ketam goreng masam manis tapi tetap ada ketam masak lemak. Beli ketam dua ekor jer tapi nak jugak buat dua jenis gulai...
RESIPI KETAM GORENG MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN
• 2 ekor ketam (dibersihkan dan
dibelah 2)
• 3 sudu besar cili sos
• 1/4 cawan cili kering (dikisar)
• 2 sudu besar sos tiram 2 biji bawang besar (dihiris)
• Sedikit air
• 5 helai daun limau purut • Sedikit minyak
• Sedikit kunyit serbuk
• Sedikit serbuk lada hitamSedikit garam •Sedikit gula
• Perasa (optional)
BAHAN HIRIS
. 1 inci halia
• 3 ulas bawang putih
CARA PENYEDIAAN
1. Gaul ketam yang telah dibersihkan dengan sedikit garam, serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.
2. Panaskan minyak. Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.
3. Dengan minyak yang berbaki tambah bahan hiris. Goreng sehingga naik bau.
4. Tambahkan cili kering. Biarkan cili masak. Kemudian tambahkan sostiram, daun limau purut serta sos cili. Gaul rata. Tambahkan juga sedikitair,garam gula serta sedikit perasa. Letakkan ketam yang telah digoreng tadi. Kemudian gaul rata.
5. Biar sos mereneh dan memekat dan
meyelaputi ketam tadi. Letakkan bawang besar dan biarkan bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.
Dapat resipi yang berbaloi untuk dicuba di sini :- RASA. Ada 9 resipi ketam yang berkemungkinan menjadi pilihan korang...
Anak akak yang bongsu memang akak tolong dia cari isi. Kalau tidak rugi sebab banyak pembaziran di situ...
Hari itu beli 3 kg mangga dari kawan.. Bolehlah kita buat jus mangga.. ah!! nyaman...Itulah sahaja cerita resipi ketam dari akak. Ini dah malam ke 20 Ramadhan, moga Allah temukan kita Lailatul Qadar...
Sejak pkp ni memang payah nk jumpa ketam kak... teringin nya
ReplyDeletekebetulan ada van lalu.. pin. pin.pin.. .. rupanya jual ikan, udang, sotong, telur oo ada ketam idi diapun banyak. lajujer beli..
Delete