Instagramable di Taman Botani Negara Shah Alam
Cerita cuti sekolah Disember lepas, nampak lama ker idok!! Cerita jalan-jalan kami 3 beranak untuk mencari port bergambar yang murah dan cantik. Kami memilih Taman Botani Shah Alam yang kebetulan berdekatan dengan pejabat suami dan yang penting tidak perlu mengeluarkan duit yang banyak, sangat instagramable. Kalau dah habis PKP dan dunia sudah tiada lagi virus corona ini bolehlah datang ke sini beriadah.
Rasanya ramai orang tahu yang dahulu namanya ialah Taman Pertanian Bukit Cherakah sebelum ditukarkan nama kepada Taman Pertanian Negara SA dan akhirnya bertukar kepada Taman Botani Negara SA. Sesuai dengan pertukaran namanya kemudahan juga turut diperbaiki dari masa ke masa. Syukur akak pernah datang ke sini awal 90an masa baru dibuka kerana teruja nak pergi ke rumah 4 musim. Tapi masa akak datang musim bunga padahal hajat hati teringin hendak melihat salji.
Gambar memang banyak sangat amat tapi akak pilih mana bersesuaian sahaja takut ada yang muntah hijau melihatnya nanti. Korang boleh melayari laman web rasmi Taman Botani Negara SA untuk melihat info yang lebih terkini <<<http://www.tbnsa.gov.my/>>>>
Mari kita bergambar di pintu masuk TBNSA
Bayaran naik trem yer Syukur dapat naik trem yang terakhir.
Keadaan trem yang selesa jadi janganlah risau dan ragu.
Macam istana melayu.
Lupa dah apa nama tempat ni...
Anak bandar mungkin tidak biasa dengan sawah padi.
Ala akak orang kampungpun jarang ke bendang.
Teratai layu di tasik madu
Mentanglah sunyi sepi.
Ambil gambar tengah jalan.
Berbanding kemudahan yang kurang masa dahulu tapi ramai orang datang berkunjung.
Kini kemudahan adalah lebih baik tapi orang ramai mempunyai banyak pilihan ke tempat lain.
Besar harapan pihak pengurusan mengadakan kempen melawat TBNSA dengan lebih kuat lagi.
Wakaf cina.
Ada juga untuk melayu dan India.
Please call me back sambil pejam mata.
Kemudahan tempat letak kereta yang banyak
Contoh rumah orang asli untuk mereka yang tidak pernah melihatnya.
Boleh sewa basikal kepada yang ingin lebih cabaran.
Tapi kami pergi sudah lewat sebab tujuan ke Shah Alam untuk ambil suami balik kerja.
Kiranya ini untuk menyinggah sahaja sambil ambil gambar...
Budak-budak sekarangkan suka nak ada gambar untuk instagram.
wahh boleh buat release tension kat sini...
ReplyDeleteuntuk pecinta ketenangan yes .. tapi kalau bawak adik akak yang kaki shopping menyumpah dia sebab dia kebosanan dengan alam semulajadi.... nak pergi mesti tempat yang boleh shopping padahal window shopping ajerpun..
DeleteAssalamualaikum. Waah.. terima kasih perkongsian ini. Menarik juga Taman Botani ni.. SS tak pernah pergi sana. Belum ada kesempatan lagi. In Shaa Allah coming soon boleh pergi.
ReplyDeleteDone follow #569
Delete