The Ink Library Cafe @ Grandeur Lab
#throwback lepak anak beranak di The Ink Library Cafe @ Grandeur Lab Puncak Alam. Ini sebelum PKP la wei !! Satu cafe yang sangat cool tersembunyi sesuai untuk melepaskan penat lelah seharian. Istimewanya cafe ini adalah terdapat susunan pelbagai buku dan majalah sesuailah dengan nama cafe. Akak sarankan kalau korang ada hantar anak ke UiTM Shah Alam bolehlah singgah ke sini. Tunggu PKP tamatlah yer..
Nampak cafe dari jauhpun sudah teruja nak masuk. Depan cafe ada sebuah basikal warna pink untuk bergambar. Masuk sahaja ke dalam alamak memang best oo. Sesuai sangatlah untuk akak yang suka berehat sambil minum kopi dan makan kek. Jom kita tengok sebab banyak gambar yang diambil.
Cantik ker idok!!Nampak tak halal di situ.
Mari kita order nak.
Perut sebenarnya dah kenyang tapi teringin nak singgah.
Kalau rajin banyak buku untuk dibaca.
Ramai juga orang disini lepak.
Nampak tak lukisan di dindingtu?
Katanya lukisantu dari kopi.
Inilah nikmat kami anak beranak dapat sama-sama menikmati minuman kegemaran masing-masing. Ingat nak makan tapi perut kenyang sangat jadi kita minum sahaja. Serius best tempat ni .
Unik restoran ni...jarang2 dapat jumpa...
ReplyDeleteanak akak sukalah dapat bergambar untuk instagram dia.
Delete