Nuffnang saya

Thursday, June 28, 2018

Resipi Ketam Masak Lemak dan Brokoli Bawang Putih Goreng

Rindu rasanya pada arwah apak bila sebut masak ketam. Dulu kalau akak balik kampung memang arwah akan belikan ketam sebab dia tahu anak dia memang suka sangat ketam. Biasapun ketam memang masak lemak sebab baru rasa isi ketamnya.. Bukan tak boleh masak yang lain tapi bila nampak ketam mesti rasa berbaloi masak lemak...

Bila teringin rasa nak makan ketam mestilah kena masak sendiri. Gulai Ketam kalau dibeli di kedai berlipat kali ganda harganya dan rasa tidak puas makan. Bukan susah manapun ketam masak lemakni, pejam matapun boleh. Ayat propa belaka.. 

Untuk masak ketam pastikan kita basuh ketam bersih-bersih. Di bahagian kakinya selalu akak ketuk dengan lesung batu untuk mudah kita makannya nanti. Tidaklah payah di gigit terlebih dahulu. Anak-anak akakpun dah terikut suka sangat makan ketam masak lemakni. Pernah juga masak sambal ketam tapi anak kata masak lemak lagi best.
Masani ketam kurang gemuknya...


Resipi  Masak Lemak Ketam

Bahan-bahan :-
3 ekor ketam
1 helai daun kunyit (carikkan)
1 kotak santan
1 keping asam gelugur (tiada pun takper)
garam

bahan dikisar 
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara-cara :-

1) Pastikan ketam dibersihkan dan yang penting kaki ketamtu di ketuk sedikit dengan lesung batu. Ini untuk memudahkan proses makannya nanti...
2) Satukan bahan kisar dengan santan dan kacau rata. Jerang atas api sederhana dan hendaklah sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.
3) Bila hampir mendidih masukkan ketam, daun kunyit,asam gelugur dan garam secukupnya.
4) Bila ketam dah masak bolehlah di angkat. 

Resipi sayur brokoli bawang putih putih goreng

Bahan-bahan :-
Sayur brokoli
3 biji bawang merah (hiris)
3 biji cili padi (kalau nak pedas)
2 sbsr sos tiram
3 ulas bawang putih ( dicincang halus)

Cara-cara :-
1) Goreng bawang putih hingga ranggup. Ketepikan.
2) Tumiskan bawang merah dan cili padi sehingga naik bau. 
3) Masukkan sayur brokoli dan gaul sebati. 
4) Masukkan sos tiram dan sedikit air.
5) Angkat dan bolehlah ditaburkan bawang putih... 

Menu bulan puasa ketam masak lemak,  sambal kicap, brokoli bawang putih goreng dan sambal daging. 

Tuesday, June 26, 2018

Resipi Bihun Goreng Udang Kering

Bihun goreng udang kering menjadi kegemaran keluarga akak. Mungkin rasa tergigit udang keringtu yang buat kita rasa menikmati hidangan tersebut. Selalunya bihun goreng memang sedap di masak sendiri berbanding dengan kedai. Mak mertua akak cakap rasa masamler, bihunnya tak lembutlah, macam-macam komennya. 

Selain dari bihun goreng udang kering ini, bihun goreng taucu juga sedap. Pernah buat bihun goreng Singapura yang warna putihtu suami kata buat bihun goreng biasalah. Kena usaha lagi kot, akak yang tak pandai buat. 

Jom tengok cara buat bihun goreng udang kering ini. Boleh juga di buat untuk jamu tetamu datang berhari raya kan... Yang penting bihun tu di rendam terlebih dahulu yer... Korang suka guna bihun cap apa yer? Akak suka bihun cap bintang dan kadang-kadang guna Faiza.. 
fdasads


Resipi Bihun Goreng Udang Kering

Bahan-bahan :-
1/2 peket bihun (direndam terlebih dahulu dan ditos)
3 biji bawang merah (di tumbuk)
2 ulas bawang putih (di tumbuk)
3 sbsr cili kering kisar
3 sbsr sos cili
2 sbsr sos tiram
1 sbsr kicap manis
segengam udang kering (separuh ditumbuk)
Fish cake, fish ball, udang atau ayam (ikut suka)
Sayur kobis (dihiris)
Ramai yang suka bubuh taugeh tapi tidak untuk akak..

Hiasan :-
cili merah (potong kecil)
telur dadar (potong memanjang)
daun sup

Cara-cara :-
1) Panaskan minyak dalam kuali goreng ayam, fish ball dan fish cake terlebih dahulu. Angkat.
2) Minyak yang sama tumiskan bawang merah dan  bawang putih sehingga naik bau.
3) Masukkan cili kering kisar biarkan sehingga pecah minyak.
4) Masukkan udang kering, kicap manis, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati. 
5) Masukkan ayam, fish ball dan fish cake yang telah digoreng tadi sebelum letakkan garam secukup rasa dan  air.
(perhatian ** jangan masukkan air terlalu banyak nanti lembik sebab bihun tadipun dah di rendam)
6) Air dah mengelegak di masukkan bihun dan gaul rata dengan sambal tadi. (selalunya akak akan potong bihun sebelum direndam.. kalau tidak masa mengaul bihun itu potonglah bihun menggunakan senduk.. jadi mudahlah kanak-kanak dan orang tua menelannya)
7) Kalau bihun masih keras masukkan lagi air dan gaul sebati... Bila bihun hampir masak bolehlah di masukkan sayur. Akak pilih sayur kobis. 
8) Rasa sekali lagi kalau dah ok bolehlah tutup api dan bolehlah dimakan... Hiaskan dengan telur dadar (potong memanjang) dan juga cili merah (potong bulat) dan daun sup.. Gambar tiada sebab akak asingkan bahan hiasan .. gambar dalam pinggan tak sempat ambil .. kah..kah .. Ramadan kot masa ni.. 

Makan bersama sambal kicap pedas lagilah mengaum rasanya... cubalah tak payah manapun... ☺️
Jom kita menjamu selera... wallah!!!

Friday, June 15, 2018

Resipi Kuey Teow Goreng Simple Janji Sedap

Kalau asyik makan mi goreng sekali-sekala nak juga makan kuew teaw goreng. Sedap dimakan untuk sarapan atau makan petang. Kalau suami akak tak  nak makan nasi untuk makan malam bolehlah di buat kuey teow goreng ini..

Jom tengok resipi akak yang simple untuk dibuat dan janji sedap tak gitu!! Semua bahanpun taklah semahal manakan...
Akak memang suka bubuhsayur banyak tapi anak-anak dan suami kurang gemar...


Resipi Kuey Teow Goreng

Bahan :

Sekampit kuey teow
1 biji bawang besar (hiris)
3 biji bawang merah (tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih ( ketuk )
3 sbsr cili kering kisar
1 peket fish cake (potong 2)
*kalau ada fish ball dan ayampun sedap
udang
Sayur taugeh dan kucai
1 biji telur (patut 2 kot baru sedap)
3 smkn sos tiram
3 smkn kicap lemak manis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Kuey teow hendaklah di bersihkan terlebih dahulu dan ditos. 
2. Akak suka goreng terlebih dahulu fish ball, fish cake, ayam juga udang.
3. Tumiskan semua bawang sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan cili kisar sehinggalah pecah minyak.
5. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau perlahan-perlahan. Masukkan air kalau perlu.
6. Masukkan fish ball dan kawan-kawannya dan gaul sampai rata. 
7. Masukkan kuey teow dan gaul sebati dengan sos tadi.
8. Bolehlah dipecahkan telur dan gaul lagi.
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akak memang suka masuk akhir sekali.
10. Akhir sekali bolehlah di masukkan sayur-sayur tadi untuk rasa sayur yang krup.. krup... barulah sedap.

Rasanya kuey teow goreng ini sedap di makan bersama dengan cili jeruk atau sambal kicap.. ehm sedapnyer... 

Akak memang jarang masak kuey teow dulu-dulu sebab pernah jadi lembik .. memang masuk tong sampah.. boleh gitu.. Akhirnya akak tahu sebab utama masuk air terlalu banyak macam nak masak mi goreng... Kami anak beranak suka makan kuey teow goreng di Restoran Subang Ria Kelana Jaya. Kalau dulu auntie gemuk yang masak kuey teow goreng di Restoran Subang Ria. Kini gerai auntie gemuk dah berpindah ke Restoran Jamal sederet dengan Restoran Subang Ria. Akak pernah cerita pasal dua kedai ini di sini :- Restoran di Selangor. Walaupun begitu anak-anak lebih suka kuey teow goreng di Subang Ria katanya kuey teow tu ranggup-ranggup.. agaknya dia guna api kuat kot... tak tahu nak buat... Char kuey teow memang tak pernah lagi akak cuba. Kalau nak makan marilah kita kedai yer... 

Tuesday, June 12, 2018

Resipi Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram dan Balik Kampung Ramadan

Ini cerita balik kampung akak awal bulan Ramadan yang lepas.. Baru nak masuk sini yer...  Tak kisahlah janji kenangan indah ini dapat masuk blogkan... Seronok betul akak kerana jarang dapat berkumpul adik beradik dibulan puasa. Syukurlah perjalanan  kami dipermudahkan oleh yang Esa kerana suami akak tidak ikut sekali.. 

Kalau dah berkumpul sekali tentulah banyak lauk yang terhidang.. Jom tengok gambar... malas nak cerita panjang... 
Semuapun sedap...
Emak akak dah tak masak, semua harap pada anak menantu... 
Ikan terubuk goreng dan air asam juga pucuk paku masak lemak dan ayam goreng...
Ikan terubuk dia punyalah sedap ehm... 
Rasa nak tambah nasi tapi kena kawal... 
Sayur Pak Choy tu memang sedap sangat... 
Adik ipar akak yang masak, resipinya lebih kurang di bawah..

Sayur Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram

Bahan-bahan :

4-5 pohon sayur sawi pak choy - buangkan bahagian hujungnya sahaja dan basuh serta toskan
6 ulas bawang putih - di cincang
4 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak untuk goreng bawang putih

Cara:

1. Didihkan air anggaran untuk celur sayur pak choy bila air dah didih masukkan sayur pak choy biar sebentar 1 -2 minit sahaja hingga bertukar warna tak perlu lama2 dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu makan dalam kuali masukkan bawang putih yang dicincang gorengkan hingga kekuningan cantik dan padamkan api.
3. Untuk hidangkan sayur pak choy susunkan sayur yang dicelur tadi dalam pinggan,  letakkan di atasnya sos tiram dan curahkan bawang putih goreng tadi bersama setengah dari minyaknya. Taburkan dengan sedikit lada sulah di atasnya..dah tersedia satu hidangan sayur yang amat mudah..selamat mencuba ok..
Menunggu dengan sabar waktu berbuka puasa..
Kuih muih dan buah-buahan satu meja dan satu meja lain adalah lauk pauk...
Wah meriah sungguh kalau dapat berkumpul bersama... 
Marilah kita sembahyang berjemaah... 
Yang lelaki ada yang pergi ke masjid untuk terawih... 

Saturday, June 9, 2018

Resipi Udang masak Paprik

Masakan Paprik memang menu Thai yang popular di Malaysia. Tang mana sedapnya mungkin rasanya yang pedas tapi ada manis dan masam sikit membuatkan masakan ini digemari. Lagi satu masakanni dah cukup lengkap ada kuah, ada sayur dan ada lauknya.. Jadi hidangkan paprik dengan nasi panaspun sudah mencukupi... 

Rupanya senang bebeno nak buat paprikni yang penting ada daun limau purut. Kalau bosan ke ke kedai Siam yang masak paprik kurang umphnya bolehlah mencubanya sendiri di rumah. 

Resipi Masakan Paprik Udang

Bahan-bahan:
Udang 
2 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris halus)
2 sdmkn cili kering kisar
sedikit kicap manis
2 sdmkn sos cili
2 sdmkn sos tomato
1 sdmkn sos tiram
kacang panjang (potong pendek)
Bunga kobis (potong kecil)
(boleh tambah putik jagung dan karot)
1 batang serai (titik)
1/2 cawan air
2 helai daun limau purut
4 biji cili padi (diketuk)
1 biji cili merah (potong serong)
1/2 labu bawang besar (hiris memanjang)

CARA MASAK PAPRIK UDANG:
1) Goreng sekejap udang.. kalau ayampun gitu jugalah...

2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum satu rumah. Kemudian masukkan cili kering kisar dan dikacau sehingga pecah minyaknya... 

3) Masukkan seaneka sos tomato, sos cili dan sos tiram bersama kicap manis dan dikacau rata. Masukkan pula udang dan gaul rata lagi.

4) Masukkan serai, air dan daun limau purut. Kemudian masukkan semua sayur iaitu kobis bunga dan kacang panjang. Masukkan juga cili padi, cili merah dan bawang besar.. Masak sehingga sayur empuk.. 

5) Akhirnya masukkan garam secukup rasa.. kacau sehingga sebati dan bolehlah tutup api... 





Kalau makan paprikni lawan atau regunya telur dadarpun dah mencukupi... ehm bolehler... ada pulak sambal belacan dan timun cukup dahtu...Hidangkan panas-panas memang terbaiklah... 

Friday, June 8, 2018

Beriadah di Bukit Wawasan Puchong

Projek Jom Kurus punya pasal dapatlah akak beriadah di Bukit Wawasan Puchong. Padahal kawasan biasa lalu lalang.. Syukur tercapailah juga satu impian akak mendaki bukit Wawasan kerana rasanya sudah lama teringinnya... Ingatkan akak tak mampu nak buat sebab kaki yang sakit sebab kemalangan tahun lepastu meleret-leret sampai harini...

Namun demi kawan dan adik-adik juga coach Esfah yang bagi semangat akhirnya berjaya juga.. Masani terfikir juga, masa muda dulu kitani bolehlah dikatakan kaki gunung. Ini bukitpun perit juga nak menghabiskannya... Pendakian dia bukanlah mencabar sangat tapi lutut dan kaki tidak kuat kena pakai tongkat jugalah akak haritu...  
Jumpa dengan peserta Jom Kurus Musim Pertama (lelaki) dengan coach kami  juga Esfah...
Dulu dia memang gemuk sekarang dah slim dan aktif berbasikal setiap hujung minggu... 
Selamat Berjaya ...
Sebelum naik boleh ambil kayu untuk dijadikan tongkat dan dah selesai boleh diletakkan balik...

Kak Ana siap bawak tongkat sendiri... 
Posing jangan tak posing... 
Gemuk benoler pakai bajuni..
Salahkan baju nampak... 
Hari sebelum kami pergi hujan jadi tanah gak licin... 
Bukit Wawasan tiada puncak hanya sebuah dataran.... 
Masa di puncak punyalah ramai manusia..
Terjumpa dengan salah seorang pelakon lelaki drama Red Velvet, rugi tidak bergambar...
Akak suka masuk hutan sebab kehijauannya...
Sempat coach ambil gambar yer.... 
Masa nak naik ni jalan perlahan-lahanjer...
Akak nak naik bolehlah tahan, tak boleh tahan masa nak turun sebab guna lututkan... 
Nak juga berselfie... 
Tidak ramai yang join naik Bukit Wawasan ni... 
Masani dah nampak Puchong dari atas...
Yeah.... yeah kita dah nak sampai... 
Alhamdulillah syukur Allah permudahkan ...
Minum air kelapa paling sedap rasanyasebab dah penat... 
Rindu kawan dan adik semuanya.... 


Semoga akak diberikan kekuatan untuk dapat mendaki Bukit Wawasan ini lagi.. ameeen.. ameeen..

Thursday, June 7, 2018

Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Sambal Kicap Pedas

Sedap weh kalau makan masak lemak cili padi dengan sambal kicap pedas... barulah ngam.. kegemaran suami akaklahtu... Nak cerita jugalah, akak memang takut sangat nak masak yang gunakan santan. Tak kiralah gulai lemak, atau gulai kari. Rasa macam payah sangat .. rupanya masak lemaklah yang paling mudah berbanding masak taucu yang akak kata ringkas sangat. Semuapun masuk sekaligus dan yang penting api kena perlahan, dan kena kacau selalu. 
Gulai lemak cili padi kita, sorry tak cantik cam orang punya..

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam
Santan -asingkan santan pekat dan santan cair
Garam
1 biji kentang - belah 4
1/2 helai daun kunyit - hiris halus (ni pun takder- bertuah)
1 keping asam keping

bahan tumbuk halus :-
5-8 tangkai cili padi
5-8 tangkai cili merah
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara-cara :

Ayam diperap dengan garam dalam masa 30 minit hingga 1 jam. Taburkan sedikit serbuk kunyit supaya ayam tidak nampak pucat.

Masukkan ayam dalam periuk menggunakan api perlahan. Kacau sehingga ayam nampak kering sedikit.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata bersama ayam sehingga sebati dan bahan tumbuk agak masak.

Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.

Apabila ayam empuk, masukkan daun kunyit di hiris halus. (ha... ha... yang ni petangtu hujan jadi tidak sempatlah akak membelinya)

Kemudian tambah santan pekat. Kacau seketika dan tutup api. Bubuh garam dan teruskan dikacau..

Ehm!! dah siappun.. kita buat sambal kicap pedas pulak. Buatnya mudah juga yer... 

Resipi Sambal Kicap Pedas

Cili padi
Bawang putih
kicap manis 
Limau kasturi ( terpulang)

Cara-cara:
Goreng cili padi, bawang putih dan kicap manis api sederhana... tidak perlu lama sangat dah boleh angkat dan perahkan limau kasturi kalau suka yer... 
Makan dengan ikan gorengpun sedap...
Memang sambal serbagunalah...

Menu yang dipadankan dengan masak lemak cili padi akak iaitu, ikan goreng bertepung, sambal ikan masin sambal belacan dan juga sambal kicap pedas.
Ini menu Ramadan jadi banyaklah yer... 

Tuesday, June 5, 2018

Pica Pica Photo Printing Mudah Digunakan

Kegemaran anak-anak akak terutamanya Atikah kalau berkunjung ke IOI Mall Puchong memang mesin inilah tempat ditujui. Berkenalan dengan mesin cetak gambar Pica Pica ni di Sunway Pyramid. 

Memang mudah sangat untuk menggunakan mesin cetak gambar ini. Mari tengok apa yang perlu di buat... 
 Atikah sedang menunggu gambarnya ...
 Ikut arahan yang diberikan... 
Ambil dari facebook sunway pyramid


Print your Instagram Pictures and decorate it!

1) Log into your Instagram 
2) select at least two photos 
3) DIY time
4) Pay with your Pica card/cash 
5) Collect your beautiful photos
Akan keluar sebegini... 
Kalau tak silap guna gambar dari galeri telefonpun boleh...
  Antara gambar yang telah di cetak... 
 Lagi
 Ada yang lain lagi tapi tidak terambil gambar... 

Monday, June 4, 2018

Resipi Rendang Ayam Masak Minang Mudah dan Ringkas

Entah mana akak dapat resipi ini, akak pun tak ingat.. Rasanya lebih dari 2 kali jugalah membuatnya.. Jarang masak rendang sebab kurang laku kalau di rumahni.. Buat selalunya kalau anak nak bawak makanan kalau ada jamuan di sekolah misalnya..

Jom kita tengok resipi rendang ayam masak Minangni... Mintak maaf kalau tidak samapun dengan rendang Minang yang biasa korang tahu.. Resipi ini dah ada dalam simpanan buku resipi akakpun dah lama, jadi tidak ingat sumber dari mana... 
Masakan ini mudah dan ringkasjer... 

Resipi Rendang Ayam Masak Minang

Bahan-bahan: 1/2 ekor ayam (potong 8)
Santan di bahagikan pekat dan cair
asam gelugur
daun kunyit
garam

Kisarkan semua bahan :
8 biji cili padi
2 biji cili merah
5 cm lengkuas (ni akak tak bubuh, jarang ada stok lengkuas)
5 cm halia
1 cm kunyit hidup
2 batang serai
4 biji bawang besar
4 biji buah keras

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan biarkan sehinga mendidih. Akak lebih suka guna kuali senang nak kacau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati. 
3. Masukkan santan cair. Kacau rata. Masukkan asam gelugur.
4. Apabila ayam hampir masak masukkan santan pekat dan daun kunyit. Kacau sehingga sebati semuanya..
5. Hampir masak perasakan dengan garam dan bahan perasa... Kacau lagi dan bolehlah ditutup api... 
Memang mudah sangat membuatnya... Lepasni kita buat rendang pedas Perak pulak...  Ini memang dah lama sangat tak membuatnya... Emakpun sekarangni pulak suka sangat daging masak hitam diatu dan rendang tok... Rayani kita buat rendang pedas Perak lah... 

Menu yang menjadi pelengkap rendang ayam Minang akak...
Ini cerita bulan Ramadan, itu yang ada macam-macam...
Rendang ayam Minang, masak paprik udang dan bendi rebus (tak masuk gambar) bersama sambal belacan...
Sambal belacan tu paling best benonyer...
Makantu jer pun dah boleh tambah nasi...

Semakin tamat Ramadan maka kita mula dah terfikir-fikirkan hari raya pulak yer... Teringin nak buat kuih raya tahun ini tapi menjadi ker idok kita tunggu... Ala kuih raya yang senang-senang macam cornflakes madu.. kah..kah.. itulah anak akak dah cakappun kuihtujer ler ibu buat..... tapi kali ini ingat nak buat kuih siput... tunggu... kalau der masuk blogni tandanya buatlah tu...

Nuffnang oh Nuffnang