Nuffnang saya

Saturday, June 9, 2018

Resipi Udang masak Paprik

Masakan Paprik memang menu Thai yang popular di Malaysia. Tang mana sedapnya mungkin rasanya yang pedas tapi ada manis dan masam sikit membuatkan masakan ini digemari. Lagi satu masakanni dah cukup lengkap ada kuah, ada sayur dan ada lauknya.. Jadi hidangkan paprik dengan nasi panaspun sudah mencukupi... 

Rupanya senang bebeno nak buat paprikni yang penting ada daun limau purut. Kalau bosan ke ke kedai Siam yang masak paprik kurang umphnya bolehlah mencubanya sendiri di rumah. 

Resipi Masakan Paprik Udang

Bahan-bahan:
Udang 
2 biji bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris halus)
2 sdmkn cili kering kisar
sedikit kicap manis
2 sdmkn sos cili
2 sdmkn sos tomato
1 sdmkn sos tiram
kacang panjang (potong pendek)
Bunga kobis (potong kecil)
(boleh tambah putik jagung dan karot)
1 batang serai (titik)
1/2 cawan air
2 helai daun limau purut
4 biji cili padi (diketuk)
1 biji cili merah (potong serong)
1/2 labu bawang besar (hiris memanjang)

CARA MASAK PAPRIK UDANG:
1) Goreng sekejap udang.. kalau ayampun gitu jugalah...

2) Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga berbau harum satu rumah. Kemudian masukkan cili kering kisar dan dikacau sehingga pecah minyaknya... 

3) Masukkan seaneka sos tomato, sos cili dan sos tiram bersama kicap manis dan dikacau rata. Masukkan pula udang dan gaul rata lagi.

4) Masukkan serai, air dan daun limau purut. Kemudian masukkan semua sayur iaitu kobis bunga dan kacang panjang. Masukkan juga cili padi, cili merah dan bawang besar.. Masak sehingga sayur empuk.. 

5) Akhirnya masukkan garam secukup rasa.. kacau sehingga sebati dan bolehlah tutup api... 





Kalau makan paprikni lawan atau regunya telur dadarpun dah mencukupi... ehm bolehler... ada pulak sambal belacan dan timun cukup dahtu...Hidangkan panas-panas memang terbaiklah... 

No comments:

Post a Comment

Nuffnang oh Nuffnang