Nuffnang saya

Thursday, June 28, 2018

Resipi Ketam Masak Lemak dan Brokoli Bawang Putih Goreng

Rindu rasanya pada arwah apak bila sebut masak ketam. Dulu kalau akak balik kampung memang arwah akan belikan ketam sebab dia tahu anak dia memang suka sangat ketam. Biasapun ketam memang masak lemak sebab baru rasa isi ketamnya.. Bukan tak boleh masak yang lain tapi bila nampak ketam mesti rasa berbaloi masak lemak...

Bila teringin rasa nak makan ketam mestilah kena masak sendiri. Gulai Ketam kalau dibeli di kedai berlipat kali ganda harganya dan rasa tidak puas makan. Bukan susah manapun ketam masak lemakni, pejam matapun boleh. Ayat propa belaka.. 

Untuk masak ketam pastikan kita basuh ketam bersih-bersih. Di bahagian kakinya selalu akak ketuk dengan lesung batu untuk mudah kita makannya nanti. Tidaklah payah di gigit terlebih dahulu. Anak-anak akakpun dah terikut suka sangat makan ketam masak lemakni. Pernah juga masak sambal ketam tapi anak kata masak lemak lagi best.
Masani ketam kurang gemuknya...


Resipi  Masak Lemak Ketam

Bahan-bahan :-
3 ekor ketam
1 helai daun kunyit (carikkan)
1 kotak santan
1 keping asam gelugur (tiada pun takper)
garam

bahan dikisar 
5 biji cili padi
2 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara-cara :-

1) Pastikan ketam dibersihkan dan yang penting kaki ketamtu di ketuk sedikit dengan lesung batu. Ini untuk memudahkan proses makannya nanti...
2) Satukan bahan kisar dengan santan dan kacau rata. Jerang atas api sederhana dan hendaklah sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.
3) Bila hampir mendidih masukkan ketam, daun kunyit,asam gelugur dan garam secukupnya.
4) Bila ketam dah masak bolehlah di angkat. 

Resipi sayur brokoli bawang putih putih goreng

Bahan-bahan :-
Sayur brokoli
3 biji bawang merah (hiris)
3 biji cili padi (kalau nak pedas)
2 sbsr sos tiram
3 ulas bawang putih ( dicincang halus)

Cara-cara :-
1) Goreng bawang putih hingga ranggup. Ketepikan.
2) Tumiskan bawang merah dan cili padi sehingga naik bau. 
3) Masukkan sayur brokoli dan gaul sebati. 
4) Masukkan sos tiram dan sedikit air.
5) Angkat dan bolehlah ditaburkan bawang putih... 

Menu bulan puasa ketam masak lemak,  sambal kicap, brokoli bawang putih goreng dan sambal daging. 

3 comments:

  1. Sedapnya masak lemak ketam..lama dah tak beli..nanti nak beli la..anak dara SA suka tapi satu jer..dia malas nak kopek..hehehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ketam masak lemak. Dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  3. betul tu, paling mudah lah resipi masak lemak ni. Kalau malas memang masak yang ni je. Nak makan kat luar memang menangis

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang