Resipi Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram dan Balik Kampung Ramadan

Ini cerita balik kampung akak awal bulan Ramadan yang lepas.. Baru nak masuk sini yer...  Tak kisahlah janji kenangan indah ini dapat masuk blogkan... Seronok betul akak kerana jarang dapat berkumpul adik beradik dibulan puasa. Syukurlah perjalanan  kami dipermudahkan oleh yang Esa kerana suami akak tidak ikut sekali.. 

Kalau dah berkumpul sekali tentulah banyak lauk yang terhidang.. Jom tengok gambar... malas nak cerita panjang... 
Semuapun sedap...
Emak akak dah tak masak, semua harap pada anak menantu... 
Ikan terubuk goreng dan air asam juga pucuk paku masak lemak dan ayam goreng...
Ikan terubuk dia punyalah sedap ehm... 
Rasa nak tambah nasi tapi kena kawal... 
Sayur Pak Choy tu memang sedap sangat... 
Adik ipar akak yang masak, resipinya lebih kurang di bawah..

Sayur Pak Choy Bawang Putih dengan Sos Tiram

Bahan-bahan :

4-5 pohon sayur sawi pak choy - buangkan bahagian hujungnya sahaja dan basuh serta toskan
6 ulas bawang putih - di cincang
4 sudu makan sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit minyak untuk goreng bawang putih

Cara:

1. Didihkan air anggaran untuk celur sayur pak choy bila air dah didih masukkan sayur pak choy biar sebentar 1 -2 minit sahaja hingga bertukar warna tak perlu lama2 dan toskan airnya.
2. Panaskan sedikit minyak dalam 2 sudu makan dalam kuali masukkan bawang putih yang dicincang gorengkan hingga kekuningan cantik dan padamkan api.
3. Untuk hidangkan sayur pak choy susunkan sayur yang dicelur tadi dalam pinggan,  letakkan di atasnya sos tiram dan curahkan bawang putih goreng tadi bersama setengah dari minyaknya. Taburkan dengan sedikit lada sulah di atasnya..dah tersedia satu hidangan sayur yang amat mudah..selamat mencuba ok..
Menunggu dengan sabar waktu berbuka puasa..
Kuih muih dan buah-buahan satu meja dan satu meja lain adalah lauk pauk...
Wah meriah sungguh kalau dapat berkumpul bersama... 
Marilah kita sembahyang berjemaah... 
Yang lelaki ada yang pergi ke masjid untuk terawih... 

Comments

Post a Comment

Popular Posts