Resipi Bihun Goreng Udang Kering

Bihun goreng udang kering menjadi kegemaran keluarga akak. Mungkin rasa tergigit udang keringtu yang buat kita rasa menikmati hidangan tersebut. Selalunya bihun goreng memang sedap di masak sendiri berbanding dengan kedai. Mak mertua akak cakap rasa masamler, bihunnya tak lembutlah, macam-macam komennya. 

Selain dari bihun goreng udang kering ini, bihun goreng taucu juga sedap. Pernah buat bihun goreng Singapura yang warna putihtu suami kata buat bihun goreng biasalah. Kena usaha lagi kot, akak yang tak pandai buat. 

Jom tengok cara buat bihun goreng udang kering ini. Boleh juga di buat untuk jamu tetamu datang berhari raya kan... Yang penting bihun tu di rendam terlebih dahulu yer... Korang suka guna bihun cap apa yer? Akak suka bihun cap bintang dan kadang-kadang guna Faiza.. 
fdasads


Resipi Bihun Goreng Udang Kering

Bahan-bahan :-
1/2 peket bihun (direndam terlebih dahulu dan ditos)
3 biji bawang merah (di tumbuk)
2 ulas bawang putih (di tumbuk)
3 sbsr cili kering kisar
3 sbsr sos cili
2 sbsr sos tiram
1 sbsr kicap manis
segengam udang kering (separuh ditumbuk)
Fish cake, fish ball, udang atau ayam (ikut suka)
Sayur kobis (dihiris)
Ramai yang suka bubuh taugeh tapi tidak untuk akak..

Hiasan :-
cili merah (potong kecil)
telur dadar (potong memanjang)
daun sup

Cara-cara :-
1) Panaskan minyak dalam kuali goreng ayam, fish ball dan fish cake terlebih dahulu. Angkat.
2) Minyak yang sama tumiskan bawang merah dan  bawang putih sehingga naik bau.
3) Masukkan cili kering kisar biarkan sehingga pecah minyak.
4) Masukkan udang kering, kicap manis, sos cili dan sos tiram. Kacau sebati. 
5) Masukkan ayam, fish ball dan fish cake yang telah digoreng tadi sebelum letakkan garam secukup rasa dan  air.
(perhatian ** jangan masukkan air terlalu banyak nanti lembik sebab bihun tadipun dah di rendam)
6) Air dah mengelegak di masukkan bihun dan gaul rata dengan sambal tadi. (selalunya akak akan potong bihun sebelum direndam.. kalau tidak masa mengaul bihun itu potonglah bihun menggunakan senduk.. jadi mudahlah kanak-kanak dan orang tua menelannya)
7) Kalau bihun masih keras masukkan lagi air dan gaul sebati... Bila bihun hampir masak bolehlah di masukkan sayur. Akak pilih sayur kobis. 
8) Rasa sekali lagi kalau dah ok bolehlah tutup api dan bolehlah dimakan... Hiaskan dengan telur dadar (potong memanjang) dan juga cili merah (potong bulat) dan daun sup.. Gambar tiada sebab akak asingkan bahan hiasan .. gambar dalam pinggan tak sempat ambil .. kah..kah .. Ramadan kot masa ni.. 

Makan bersama sambal kicap pedas lagilah mengaum rasanya... cubalah tak payah manapun... ☺️
Jom kita menjamu selera... wallah!!!

Comments

Popular Posts