Ayam Masak Lemak Cili Padi dan Sambal Kicap Pedas

Sedap weh kalau makan masak lemak cili padi dengan sambal kicap pedas... barulah ngam.. kegemaran suami akaklahtu... Nak cerita jugalah, akak memang takut sangat nak masak yang gunakan santan. Tak kiralah gulai lemak, atau gulai kari. Rasa macam payah sangat .. rupanya masak lemaklah yang paling mudah berbanding masak taucu yang akak kata ringkas sangat. Semuapun masuk sekaligus dan yang penting api kena perlahan, dan kena kacau selalu. 
Gulai lemak cili padi kita, sorry tak cantik cam orang punya..

Resipi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam
Santan -asingkan santan pekat dan santan cair
Garam
1 biji kentang - belah 4
1/2 helai daun kunyit - hiris halus (ni pun takder- bertuah)
1 keping asam keping

bahan tumbuk halus :-
5-8 tangkai cili padi
5-8 tangkai cili merah
2 saiz ibu jari kunyit hidup
1 ulas bawang merah

Cara-cara :

Ayam diperap dengan garam dalam masa 30 minit hingga 1 jam. Taburkan sedikit serbuk kunyit supaya ayam tidak nampak pucat.

Masukkan ayam dalam periuk menggunakan api perlahan. Kacau sehingga ayam nampak kering sedikit.

Masukkan bahan tumbuk dan kacau rata bersama ayam sehingga sebati dan bahan tumbuk agak masak.

Masukkan santan cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan asam keping.

Apabila ayam empuk, masukkan daun kunyit di hiris halus. (ha... ha... yang ni petangtu hujan jadi tidak sempatlah akak membelinya)

Kemudian tambah santan pekat. Kacau seketika dan tutup api. Bubuh garam dan teruskan dikacau..

Ehm!! dah siappun.. kita buat sambal kicap pedas pulak. Buatnya mudah juga yer... 

Resipi Sambal Kicap Pedas

Cili padi
Bawang putih
kicap manis 
Limau kasturi ( terpulang)

Cara-cara:
Goreng cili padi, bawang putih dan kicap manis api sederhana... tidak perlu lama sangat dah boleh angkat dan perahkan limau kasturi kalau suka yer... 
Makan dengan ikan gorengpun sedap...
Memang sambal serbagunalah...

Menu yang dipadankan dengan masak lemak cili padi akak iaitu, ikan goreng bertepung, sambal ikan masin sambal belacan dan juga sambal kicap pedas.
Ini menu Ramadan jadi banyaklah yer... 

Comments

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. lomak cili api ayam cheq sukaaa.. tapi pedas CT suka yang mild je. tekak manja =P

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts