Nuffnang saya

Friday, June 15, 2018

Resipi Kuey Teow Goreng Simple Janji Sedap

Kalau asyik makan mi goreng sekali-sekala nak juga makan kuew teaw goreng. Sedap dimakan untuk sarapan atau makan petang. Kalau suami akak tak  nak makan nasi untuk makan malam bolehlah di buat kuey teow goreng ini..

Jom tengok resipi akak yang simple untuk dibuat dan janji sedap tak gitu!! Semua bahanpun taklah semahal manakan...
Akak memang suka bubuhsayur banyak tapi anak-anak dan suami kurang gemar...


Resipi Kuey Teow Goreng

Bahan :

Sekampit kuey teow
1 biji bawang besar (hiris)
3 biji bawang merah (tumbuk/kisar)
2 ulas bawang putih ( ketuk )
3 sbsr cili kering kisar
1 peket fish cake (potong 2)
*kalau ada fish ball dan ayampun sedap
udang
Sayur taugeh dan kucai
1 biji telur (patut 2 kot baru sedap)
3 smkn sos tiram
3 smkn kicap lemak manis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

1. Kuey teow hendaklah di bersihkan terlebih dahulu dan ditos. 
2. Akak suka goreng terlebih dahulu fish ball, fish cake, ayam juga udang.
3. Tumiskan semua bawang sehingga naik bau wangi.
4. Masukkan cili kisar sehinggalah pecah minyak.
5. Masukkan sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau perlahan-perlahan. Masukkan air kalau perlu.
6. Masukkan fish ball dan kawan-kawannya dan gaul sampai rata. 
7. Masukkan kuey teow dan gaul sebati dengan sos tadi.
8. Bolehlah dipecahkan telur dan gaul lagi.
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akak memang suka masuk akhir sekali.
10. Akhir sekali bolehlah di masukkan sayur-sayur tadi untuk rasa sayur yang krup.. krup... barulah sedap.

Rasanya kuey teow goreng ini sedap di makan bersama dengan cili jeruk atau sambal kicap.. ehm sedapnyer... 

Akak memang jarang masak kuey teow dulu-dulu sebab pernah jadi lembik .. memang masuk tong sampah.. boleh gitu.. Akhirnya akak tahu sebab utama masuk air terlalu banyak macam nak masak mi goreng... Kami anak beranak suka makan kuey teow goreng di Restoran Subang Ria Kelana Jaya. Kalau dulu auntie gemuk yang masak kuey teow goreng di Restoran Subang Ria. Kini gerai auntie gemuk dah berpindah ke Restoran Jamal sederet dengan Restoran Subang Ria. Akak pernah cerita pasal dua kedai ini di sini :- Restoran di Selangor. Walaupun begitu anak-anak lebih suka kuey teow goreng di Subang Ria katanya kuey teow tu ranggup-ranggup.. agaknya dia guna api kuat kot... tak tahu nak buat... Char kuey teow memang tak pernah lagi akak cuba. Kalau nak makan marilah kita kedai yer... 

1 comment:

  1. Saya pun takut goreng kuay tiaw. Asyik gagal jer...hahahaha. Lepas ni nak try

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang