Tarikh : 22/1/2012
Tempat : Restoran Sri Garuda Emas, Kampung Baru
Xtvt : Jalan-jalan cari makan
Oleh kerana kami duduk di hotel Regency yang terletak di Jalan Raja Alangtu maka kamipun makan nasi padang di restoran Sri Garuda Emas. Siapa yang ingin merasa nasi padang yang asli bolehlah mencuba di Restoran ini, tak payahlah nak terbang ke Indonesia semata-mata nak menikmati selera nasi padang. Macam restoran Nasi Padang yang lain, Restoran ini menyediakan pelbagai menu seperti Ayam Goreng Pop, Daging Dendeng, Tempe Goreng, Rendang Minang dan lain-lain. Kena pergi baru tahukan...
Masa kami pergitu walaupun dah pukul 3.00 petang masih ramai orang yang datang makan tapi kebanyakan datang makan satay padang dialah taklah makan nasi macam akak anak beranak. Maalumler kami belum lagi makan tengahari dan Azalia memang kena makan nasi putih juga tak boleh makan benda lain sebab dia kata dia orang kampung...

Alamat Restoran Sri Garuda Emas ialah :-
No 36, Jalan Raja Alang
Kampung Baru, Kuala Lumpur
Terbaca di blog ini Nasi Padang Sari Garuda Emas Gombak yang Restoran ini ada di Gombak juga, kalau gitu dekatlah dengan rumah nenek suami akakni, macamana boleh akak tak tahu yerk...
Terasa seperti akak bercuti di Indonesia pulak aih, dahlah sepanjang Jalan Raja Alang itu kebanyakan restoran adalah restoran nasi padang dan orang yang kita jumpapun kebanyakan adalah orang Indonesia. Tak payah terbang jauh-jauh di sinipun dah terasa seperti berada di sana...