Nuffnang saya

Sunday, January 22, 2012

Mee udang Mak Jah Kuala Sepetang

Tarikh : 27/12/2011
Tempat : Kedai Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Xtvt : Jalan-jalan cari makan

Gambar masa makan dikedaini tidak banyak sebab Dik Ya boleh tidur lepas dia dapat makan sikit, tapi sebab kedaini femes kalau tak tulis kat blog tak bestler pulakkan. Jadi layanjer ler mana adanyakan.

Akak rasa best sesangat dapat makan mi udang di sini sebabnya sudah sekian lama akak teringin nak pergi. Akak, suami dan Atikah makan mi udang spesial tapi Azalia cuma nak makan nasi kosong, telur dadar dengan udang masak kunyit. Udang masak kunyitnyer banyak dan besar-besar pulaktu memang berbaloi dengan harga, sangat puas hati.
Mi Udang spesel yang sangat heaven dengan udangnya, alahai bestnyer akak dahler memang suka bebeno dengan udangni... Mi udang sepatutnya mintak yang biasajer sebab memang teramat berlambak udangnya dan besar-besar pulaktu. Bagi akak dari segi rasa tak menjadi masalah berkenan dengan tekak akakni. Gambar ambik dari dalam kereta sahaja sekadar kenangan yang akak sekeluarga sudah sampai tempat yang selalu dibicarakan oleh ramai orang. Akak sebenarnya dah pergi ke cawangan Mee Udang Mak Jah di Wangsa Maju dan dari segi rasanya memang samalah kot, mungkin kalau rasa jauh nak pergi ke Kuala Sepetang bolehler pergi ke Wangsa Maju.

5 comments:

  1. kak dah rasa tp kan sy ni yg selalu nalik Tepeng duk lalu je tak singgah lg rasa ( malu2)he he
    femes mi udang ni semua kata sedap kan..

    ReplyDelete
  2. wah!! sedap nakmpak..dibanjiri udanggg...mesti sodapp..

    ReplyDelete
  3. thn lps ada teambuilding kat taiping tp x sempat plak driver bas nak bwk kami mkn kat kuala sepetg ni..mengidam lak tgk gmbr mee udang ni..huhu

    ReplyDelete
  4. dh lama x makan mee Kuala Sepetang nie....mmg best..sbb uadang dia banyak..heheheh..:-)

    ReplyDelete
  5. hihi.. baru je pergi last month ke mak jah wangsa maju :)

    sama je kan rasanya :)

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang