Nuffnang saya

Followers

Monday, January 16, 2012

Majlis Perkahwinan yang dinantikan

Tarikh : 24/12/2011
Tempat : Rumah kampung kami Kg Serikaya, Bota Kiri
Xtvt : Majlis perkahwinan Baiti dan Raduan

Berbalik kisah hari perkahwinan adik bongsu akak. ... Majlis perkahwinan adik bongsu akakni memang dinantikan oleh keluarga kami kerana majlis perkahwinan yang terakhir adalah pada 10 tahun yang sudah. Lama sangat rasanya tiada kenduri besar di rumah kampung kami itu. Anak-anak saudarapun dah bising bertanyakan bilakah dapat seorang Pak Su pula. Akhirnya hari dinantikan tiba juga dan paling gembira anak saudara akaklah sebab Pak Sunya rajin nak melayan diaorang main game, mestilah jadi member kamcing lepasni....

Mungkin suatu hari nanti kalau bercerita pasal perkahwinan adik akakni perkara yang tidak boleh dilupakan ialah hujan rahmat yang turun dari subuh tanpa henti sehingga pukul 11.00 pagi. Hati memang cuak sangat tapi berkat doa dan pertolongan Allah majlis berlangsung dengan jayanya tanpa cacat celanya. Malah tetamu datang dari merata tempat ada yang dari KL, Penang, Perlis dan Trengganu juga begitu juga yang datang dari serata negeri Perak ini. Walaupun majlis ini tidaklah gah manapun namun cukup untuk menghimpunkan saudara mara, rakan taulan, sahabat lama dan menjadi sesuatu yang istimewa. Jom layan gambar sebab akak memang tidak pandai bercerita...
Adik dan adik ipar akak bertungkus lumus menyiapkan parit kecil untuk mengeluarkan air yang bertakung.. Bapa akak yang sedang menyedukkan aiskrim untuk cucu-cucunya, sayang ada aiskrim tapi cuaca sangat sejuk tapi laku gak aiskrim haritu... Dua beradik yang sabar menunggu saat untuk menjadi flower girl, tengok dik Ya yang tidak berenggang dengan pistolnya.. Tiga orang flower girl yang bergambar dihadapan pelamin. Pengantin dah sampai tapi oleh kerana kali ini tiada paluan kompang atau rebana yang mengiringi maka jiran-jiran akak yang kepohtu cakap tak tengokpun bersanding sebab tak perasan yang pengantin dah sampai. Selamat pengantin baru wahai adik yang tersayang Nor Baiti dengan pasangannya Raduan.. Cho doakan moga kebahagiaan akan mengiringi rumah tangga kalian berdua selamanya. Normal kiranya berlaku salah faham atau perasaan tidak puas hati namun percayalah yang jodoh itulah yang terbaik telah Allah berikan kepada kita. Semoga cucu Zakaria Ansari dapat bertambah lagi tahun ini...

16 comments:

  1. seronok kan kalau ada family terdekat kahwin...best je kenduri, saudara mara berkumpul...paling best, byk makanan! heheheh

    ReplyDelete
  2. suka jugak time kenduri..leh kumpul sedara mara yang lama x jumpe..

    ReplyDelete
  3. tahniah, moga berkekalan ke akhir hayat, best kan kenduri kawin ni, seronok dapat kumpul ramai2

    ReplyDelete
  4. Tahniah..
    selamat pengantin Baru buat pengantin..
    moga kekal bahagia hingga keakhir hayat..^^

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah majlis dan selesai dgn baik.. berkenan sungguh dgn pelaminnya.. cantik..

    ReplyDelete
  6. semoga kekal hingga ke syurga buat kedua mempelai.. ;)

    ReplyDelete
  7. walaupun hujan dan cuaca sejuk..aiskrim tetap dihati..tahniah untuk keluarga penganti

    ReplyDelete
  8. Tahniah selamat pegantin baru..nie cuti tahun baru cina dah banyak kenduri kena g

    ReplyDelete
  9. selamat pengantin baru!!!
    suke tgk pengapit, shomel2 lah!!!

    ReplyDelete
  10. selamat berbahagia buat mereka berdua...

    huhuhuhu...

    ReplyDelete
  11. meriahnya majlis..

    semoga kekal bahagia sehingga ke syurga buat pengantin..

    ReplyDelete
  12. selamat pgantin baru..
    comelnyer flower girl

    ReplyDelete
  13. hehe...
    suka lah flower girl tu.comel2 belaka =) dgn baju 'princess'nya

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang