Nuffnang saya

Friday, January 13, 2012

Serba Pink untuk hari perkahwinan

Pink.. pink.. pink... tapi secara keseluruhannya bukanlah hanya warna itu yang dipilih tapi tengok kebetulan pulak banyak yang pink masa kenduri tersebut. Untuk hari bahagia ini adik bongsu akak tidak meletakkan sebarang warna tema dan kami panggil majlis kendurinya macam lolipop berwarna-warni tapi tetap warna pink lebih menyerlah.
Bunga pahar yang bentuk macam lolipop yang sangat sesuai dengan majlis... Hanya menggunakan saputangan untuk membentuk bunga... Khemah istimewa untuk keluarga lelaki yang datang bertandang pink dan kelabu... Satu-satu majlis perkahwinan dirumah ini yang meletakkan pelamin diluar rumah iaitu dikawasan porch kereta. Kalau sebelum ini pelamin hanya diletakkan di dalam rumah tapi sebab pelamin yang ini besar sedikit tidak sesuai diletakkan dalam rumah. Kek yang dibawa istimewa dari kawan baik adik akaktu dari Perlis untuk upacara potong kek dan cupcake yang ditempah dari disaat akhir. Sudut untuk guest book dan juga candy buffet juga hadiah istimewa dari kawan baik adik iaitu Nabil dan June yang memang terserlah pinknya... Hantaran yang memang menggunakan bunga pink sebagai tema yang tidak ketinggalan hantaran manisan yang meletakkan lolipop... konsep hantaran campak-campakjer....





14 comments:

  1. cantik, terutamanya bunga pahar tu

    ReplyDelete
  2. wow...soooo sweeetttt!! pinky dinky..

    ReplyDelete
  3. bunga pahar tu memang spesel lah kak..

    tahniah utk pengantin...

    ReplyDelete
  4. cantik semuanya....tahniah buat adik akak...

    ReplyDelete
  5. lolipop!! sweet jer temanya.. hik3!!!

    ReplyDelete
  6. mmg meriah... warna pink.. mendamaikan kot... sejuk je mata pandang...

    ReplyDelete
  7. nampak cantik sumernya.. menyerlah kaler pink putih tu.. bunga pahar paling cantik kak.. hiks..

    ReplyDelete
  8. serius..cantik!..semuanya lah..
    lagi2 lah pink menambahkan sweetnye =)

    saya suka jugak! =)

    ReplyDelete
  9. bunga pahar lolipop tu menarik hati ku..kreatip

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang