Thursday, January 26, 2012

LaNgSiNg HaNyA di RuMaH

Sumber : Majalah Lisa (keluaran 15 Disember 2011)
Cover majalah ini adalah Shila Amzah, anak ND Lala...
Indah rasa di hati jika dapat beriadah di luar rumah. Tetapi, kadangkala, ada saja halangan mendatang tanpa disangka. Cuaca kurang elok, kekangan masa atau berada di tempat tidak sesuai, ia tidak langsung membataskan pergerakan kamu. Usah risau, masih boleh kelihatan menawan dengan mengamal gaya hidup sihat walaupun berada di rumah. Ingin tahu, ikuti panduan ini!

YOGA ~ Ia bukan sekadar meregangkan tubuh kamu. Senaman ini adalah langkah terbaik yang memfokus dan mengawal otot. Kini, terdapat deretan video yoga atau kardio dan senaman yang dijual di pasaran. Kekuatan komponen latihan ini yang terhasil menerusi gerakan statik dan digabung dengan berat badan kamu sebenarnya lebih sukar berbanding mengangkat berat.

MENARI ~ Sambil mendengar lagu rancak, apa kata kamu menari sekali mengikut alunan muzik selama 45 minit. Kenapa tidak? Asalkan kadar denyutan jantung bergerak cepat, ia tetap dianggap sebagai senaman. Dan perkara menarik tentang tarian adalah variasi. Jika kamu sering terlibat dalam olahraga atau berbasikal dan ingin merehatkan otot, tiada salah sesekali berdansa di rumah!

LATIHAN MAYA ~ Kamu boleh melakukan senaman berat dalam waktu lebih pendek. Ia menekankan dua bahagian - kardio atau latihan kekuatan dalam satu senaman. Kini, banyak syarikat yang menghasilkan siri DVD senaman ringkas. Namun, jika ingin lakukan sendiri, kamu boleh melompat atau tekan tubi secara berturut-turut. Ia kebiasaan dilakukan dalam bilik. Sungguh mudah, bukan?

PILATES ~ Seperti yoga, pilates memfokus lebih pada perjalanan dan pengawalan otot menerusi rintangan dan fleksibiliti badan. Namun, ia memberi tumpuan terhadap otot teras badan. Sekali lagi, ibarat yoga, terdapat beberapa versi kardio dalam pilates yang berfungsi sebagai senaman seimbang. Semakin kuat otot teras kamu, ia akan menjadikan prestasi kecergasan lebih baik.

KERJA RUMAH ~ Pernahkah kamu mengemop lantai dan rasa seperti berlari maraton? Ibarat menari, membuat kerja rumah mampu meningkatkan tahap degupan jantung. Begitupun, membuang habuk atau membersih pinggan mangkuk tidak dikira dalam hal ini. Tetapi, kerja berat seperti mengemas almari pakaian atau mengubah kedudukan perabot boleh menyebabkan kamu berpeluh.

JOM JALAN KAKI ~ Selama ini, kamu terbiasa memandu kereta atau berbasikal jika ke pasr raya berdekatan. Sedangkan jaraknya tidak sampai 100 meter dari rumah. Apa kata ubah tabiat itu. Kini, mulakan dengan berjalan kaki. Kenapa? Ia salah satu senaman mudah kerana kamu boleh menentukan tahap diinginkan. Sebagai permulaan, lakukan selama tiga kali seminggu. Kemudian, tingkatkan masa itu apabila kamu sudah boleh membiasakan diri. Lihatlah hasilnya kelak.
Kenapa akak beli majalah muda-mudi ini? Sebab akak memang suka beli majalah yang baru bersiaran.. itu aja... yang ini edisi 3.

20 comments:

Salina@IbuAqil said...

Buat kerja rumah yg x penah2 abeh tu confirm langsing.. Hik3!!

YATZAKIE said...

tu la..saya pon da lama x bersenam..kene lari2 dlm rumah la pasni baru kuar peluh sikit kan..hehe

KSWSK said...

if nak selim mcm2 cr kan kak..tggl kita ni je nak bt ke idak..

munna said...

mudah je klu nak slim kak...tapi munna je yg malas... kerja rumah tiap2 hari buat tak slim juga

Kakzakie said...

Banyak tips cuma kita yg susah nak ikut tips yg diberi.

ajumohit said...

Mmg susah nak kurus la, tahan makan tp tak bhasil juga, sudahnya makin selera mkn sbb tensen hihihi

IntaNBerliaN said...

sy blm pnh beli lg majalah ni.. asyik beli pa&ma je..hihii

btw, mmg bagus kn tips ni... tp yg paling pnting untuk berjaya kita kne tekad kan.. xleh rajin separuh jln je.. ;-)

POSH76 said...

my pilihan menarilah & house work nak exercise malassss giler

dieya said...

hi kak zila.. lawatan balas.. thanks sudi singgah blog dieya :-)
bagus per suka baca majalah muda mudi.. jiwa remaja gitu!

MAYA said...

hmm..kalu gitew, hari2 kena mop lantai..hehe.. naik turun tangga kt rumah pon dh penat..

info menarik..thanks!! :)

Tina Othman said...

saya suka kayuh basikal dalam rumah je, takde risau hujan ke panas ke

tapi bab kemas rumah tu, hari2 mop lantai tapi tak kurus pun hehe, sebab makan byk kan

QueeN TerataI said...

hari2 berjalan agak jauh utk makan tengahri di foodcourt.. even kat opis sendiri kejanya asik berjalan aje... kalau dari pagi smp ke petang berjalan kat opis ni rasanya jauh gak erjalanan tue

Cikpuan rara said...

rara tak penah ag bli majalah ni.1st magazine pa & ma.hehe

Huda said...

saya cuma buat kerja-kerja rumah je...dasar malas nak senam gitu, huhu

ashra said...

kerja rumah eh?..betul2..penat memvakum sekali mop.berpeluh... =)

amirah said...

majalah ni macam best je kak..

Zul n Azizi Boarding Pets said...

Salam...

Tapikan....boleh ke? hehehehe

BTW kami singgah & follow blog tuan empunya, jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni yek.. :-) peace no war...

www.mylovely-cats.blogspot.com

Fieza said...

Sy hanya buat keje2 rmh je...hehehe...kalu sempat jogging di waktu pg di tepi pantai...heheh

Sue-Rya AQ said...

ha3..tiap2 hari buat kerja rumah tp x pena langsing pun..yg penting kita yg msh muda2 ni kena jaga makan..kurangkn makan nasi dan lauk berlemak..makan pn nk kena jaga kan..kata nak langsing kan.. :)

Mimy Hamid said...

nak try baca LISA la...dulu pengemar Intrend dan Eh..suka la baca..buatnya tak hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...