Nuffnang saya

Followers

Friday, January 6, 2012

Chef Noodle House Seri Manjung

Tarikh : 17/12/2011
Tempat : Restoran Chef Noodle House, Bandar Sri Manjung, Sitiawan
Xtvt : Makan-makan lapik perut.

Akak singgah kedai ini dalam perjalanan balik ke kampung. Alkisahnya begini, hari sabtu bersamaan dengan 17/12 yang lepas kami bertolak balik ke kampung namun perkara pertama perlu dilakukan ialah menghantar emak mertua ke rumah adik ipar akak di Putrajaya. Oleh sebab barang diapun banyak maka selepas menghantar emak mertua kami balik dulu ke Bandar Kinrara untuk mengambil barang kami,baruler boleh meneruskan perjalanan balik ke kampung.

Akak kalau balik Perak memang suka ikut jalan Kuala Selangor-Sungai Besar terus sampai simpang di Seberang Perak masuk dan terus sampai Bota. Tapi kali ini akak teruskan perjalanan ke Lumut sebab nak membayar tempahan bilik hotel untuk mak mertua akak yang ingin turut menghadiri majlis perkahwinan adik akak nanti.

Itu yang akak tersinggah ke kedai makan di Seri Manjungni. Akak memang suka makan kat kedai ini sebab banyak pilihan makanan di sini boleh pilih dari makanan yang bergoreng ataupun makanan barat dengan harga yang amat berpatutan.
Muka budak keletihan sehari suntuk dalam kereta.. Bandar Kinrara-Putrajaya-Bandar Kinrara- Shah Alam-Kuala Selangor-Sungai Besar-Lumut-Sri Manjung baru boleh sampai Bota....
Peace yo!! letih sangat muka dik Ya...
Nasi goreng apa tah namanyatapi dia punya kawan-kawan punyaler banyak.. bestkan kenyang nak makan...Muka Atikah yang dah tak tau nak makanker tu!!!Chicken grill yang sedap gak, ada roti bakar lagi kalau kat Puchongni takder kedai yang present laguni..
Konon nak makan tomato untuk kulit cantik, takder maknanyer tak nak dia makan..

Kalau datang ke Sri Manjungni bolehlah singgah ke kedai ini Chef Noodle House yang terletak di jalan Seri Manjung - Kampung Koh...

18 comments:

  1. terliur tgk makanan
    arggggggggg lapar

    ReplyDelete
  2. lunch hour nie lum makan...
    mmg terkecur jer tgk food tu...
    nampak cam portion dia agak besar gak kan...

    ReplyDelete
  3. Samalah anak kakak tomato manalah dia nak makan. Bila besar sikit dah baru pandai makan...

    Letih juga perjalanan jauh nie...

    ReplyDelete
  4. jauhnye berjalan.. muka budak2 pon nampak sgt penatnye..

    ReplyDelete
  5. susah kan nak suruh anak2 makan tomato. Saya sendiri dah besar2 ni baru suka...huhu

    ReplyDelete
  6. manjung - terasa macam balik kampung sendiri pulak...

    bestnya menu dia...

    ReplyDelete
  7. aummmm...sedpnye checken grill tuh...adooiii...ptg2 mcm ni tgk terus lapar

    ReplyDelete
  8. chicken gril tue nmpk sdap sgt!

    ReplyDelete
  9. chicken grill yg x menahan tu.. sedapnya.. :)

    ReplyDelete
  10. mengancam beno mkanannyer tuh..mintak suap cket=)

    ReplyDelete
  11. akak bley x bagi direction nk g chef noodle tu..dari arah balai polis manjung..nie email saya nurulnabilahyusof@gmail.com

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang