Nuffnang saya

Followers

Monday, January 16, 2012

Gigi Atikah dah hilang dua

Tinggalkan dulu kisah perkahwinan adik akak, akak hendak mencatitkan sesuatu untuk kenangan buat anak akak iaitu Atikah. Atikah kehilangan gigi yang pertama pada hari perkahwinan adik akak iaitu 24hb Disember 2011 yang lepas. Dia cabut sendiri gigi tengah bawah setelah berapa hari giginya itu longgar. Akak terlupa tentang kisah gigi longgar disebabkan kesibukan nak kenduri juga dentist kegemaran keluarga di pekan Ayer Tawar yang bercuti panjang.

Atikah memang mempunyai sifat yang tahan sakit semenjak dari kecil jadi kalau tengok dia jatuh dan menangis akak tahu memang tahap dia sakit sangat. Kenapa akak kata begitu? Kalau dia jatuh selalunya dia akan bangun dan kalau kita tanya sakit tak dia gelak aja kesudahannya kalau dia jatuh akak memang biarkan sahaja. Selalu kalau orang tak biasa mesti kata anak ko jatuhtu, akak jawab dia biasa macamtu. Dia memang selalu jatuh sebenarnya sampai kalau dia tak jatuh satu hari kita rasa macam ajaibnya hari ini Atikah tak jatuh..

Tapi dah besarni kuranglah sikit perangai kelam kabut dia walaupun adalah sikit-sikit tapi sifat tahan sakit dia masih ada. Selepas seminggu gigi bersebelahannya pula cabut oleh Atikah sendiri juga, akak belum lagi berjumpa dengan dentist hingga hari ini. Terasa macam cepat sangat giig Atikaha ini cabutkan, rasanya ramai yang gigi kompang kalau dah masuk darjah satu tapi akak ada terbaca satu artikel mengatakan begini... "Gigi kekal mula tumbuh sekitar umur 6 tahun. Proses ini akan berterusan sehingga lebih kurang umur 21 tahun." Mungkin sebab Atikah tahunni berumur 6 tahun logik kot gigi dia dah kompang.

Tapi terbaca artikel ini membuatkan akak rasa tidak menjadi ibu yang baik untuk anak.

Menurut Dr Alida, kebanyakan ibu bapa tidak tahu kerosakan gigi kanak-kanak adalah disebabkan menyusu ketika tidur. Ini kerana bakteria penyebab karies gigi berupaya menghasilkan asid daripada gula (laktosa) yang terkandung di dalam susu dan membentuk karies. Lebih-lebih lagi ketika tidur, rembesan air liur akan berkurangan. Air liur mengandungi komponen yang berupaya meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria.

“Justeru, jangan biarkan anak-anak tidur dengan botol susu di mulut. Galakkan anak-anak meminum susu menggunakan cawan bermula umur 12 bulan atau 14 bulan,” katanya. Boleh baca di sini :- anakkusoleh.wordpress

Inilah masalah Atikah yang tidak boleh berenggang dengan botol susu semasa tidur walaupun dilarang. Bukan tidak diajar menggunakan cawan tapi masalahnya minum separuh lepastu nak botol susu juga jadinya ada dua kerja pulak ibu diani (dahler dapat ibu yang tersangat rajinkan). Atikah dan Azalia masih lagi minum susu dalam botol sehingga sekarang, macamanalah nak buat diaorang boleh terima minum susu dalam cawan padahal dah banyak cawan yang comel-comel akak belikan hingga ayah diaorang tak boleh terima kalau akak nak beli cawan lagi..

Layan gambar Atikah yang men"yerongeh" nak tayang gigi dia yang patahtu, comel tak.. kalau budak-budak mesti comel punyakan...
Atikah oh Atikah....

24 comments:

  1. Dulu Amirul pun camtu. Jadi, Yati amik gambar dia masa isap susu botol, pastu nak letak kat blog atau tunjuk kat kawan dia. Terus dia berenti, sebab malu. Cer cuba. Hehe...

    ReplyDelete
  2. heheheheh... atikah2

    tp yg kecik2 kt bwh tu dh tumbuh ke akar gg dia tu kak?

    ReplyDelete
  3. COMEY pic tunjuk gigi tu....lieya plak risau ni sebab mia punye gigi tak luruh2 lagi.....kang lambat2 kang, takut jek gigi berlapis...

    ReplyDelete
  4. ni lau mkn kuih batang buruk senang tersembur ni..hahahahaha

    ReplyDelete
  5. eh..anak saya pun nama atiqah.. ejanya je lain.. comel gigi dah rompong dua..

    ReplyDelete
  6. Hehe.. Klaka plak muka atiqah ni..

    ReplyDelete
  7. baru tau info kesan minum susu waktu tidur. aiman dulu sampai 4 tahun minum susu waktu tidur. skrg masuk 6 tahun gigi ok lagi..harap2nye sampai besar la mcm tu..

    ReplyDelete
  8. hehe..comelnye =p ilang dua da ye

    tu la..risau gaks.aleesya ni malam nak susu.2x bangun laks tu.
    kalu tak ngamuk nangis tak leh sambung tido..emmmm...

    ReplyDelete
  9. hehehe.. comel jugak walaupon gigi dah tercabut.. normal kot budak2 besar nih gigi tercabut kan~

    ReplyDelete
  10. As salam kenal,kak Nurul follow yea blog Cho Zila.
    Cantik lagikan gigi Atiqah yg lain tu.......

    ReplyDelete
  11. patutnya gigi bongsu dah mula luruh, tapi gigi anak dara saya masih kuat dan hingga tumbuh gigi dibelakang, dah mula berlapis pulak

    ReplyDelete
  12. asya pon dh runtuh hbis gg atas.. smuanya bkn tcbut.. tp mereput..

    ReplyDelete
  13. samala cam kyra still lagi mnm susu dlm cawan..huhu

    pssttt...klu ada petua bg anak suka mnm dlm cwn jgn lupa kongsi eh :)

    ReplyDelete
  14. ekekek cute je
    macam mana lahh tuu ..
    x per nanti tumbuh balik ye cayunk ;)

    ReplyDelete
  15. alamak...giginya lopong lak tengah2 tu...heheehhe...

    ReplyDelete
  16. how cute even without 2 tooth ckckckck. muahhh muaahh :*

    ReplyDelete
  17. ala.. kesiannya gigi dah hilang...
    sporting gak nak pose tayang gigi..
    hhihi

    ReplyDelete
  18. haha..lopong dah giginya..

    anak buah sya pon tahan lasak,,kecik2 dah lebam sini sana..:)

    ReplyDelete
  19. BETUL KAK... KLU BUDAK COMEL JE...CUBA ORG TUA... HEHEHE

    ReplyDelete
  20. amboi beraninya atikah cabut gigi sendiri...

    teringat dgn anak seorang datuk yg saya pernah kenal, anak dia umur 7 tahun (la ni dah bujang teruna pun) masih isap botol, mak dia campak botol susu dlm jamban.. & kalo nak, mak dia suurh amik sendiri.. hahaha... lawak betui bila saya teringatkan scene tu..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang