Nuffnang saya

Friday, January 20, 2012

Al-Fatihah

Pukul 2.30 pagi handphone berdering buatkan jantung akak rasa nak tercabut, dan nombor yang memanggil pula adalah darinombor rumah kampung. Akak terus istighfar dan dalam debaran akak angkat juga handphone, dengar suara emak,akak dah cuak sebab memang agak lama akak tidak bertanyakan khabar orang kampung. Terus terbayang muka bapak akak sahaja, rupanya emak menyampaikan khabar yang tuk saudara akak yang meninggal dunia.

Al-Fatihah untuk tuk saudara akak Haji Amran bin Kulup Mohammad yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini. Panggilan kami untuk arwah adalah Tok Cik kerana adik bongsu kepada arwah opah akak. Dua mingu kebelakangan ini akak teringatkan arwah opah akak.Arwah opah akak memeng sangat rapat dengan arwah tok cik dan dulu kalau keluarga kami pergi ke Kuala Lumpur memang rumah arwah Tok Cik di Kampung Malaysia Raya, sungai Besi ini menjadi tempat persinggahan. Kalau musim durian opah akak akan menyewa teksi ke Kuala Lumpur untuk membawakan durian buat adik kesayangan dia. Kalau bercerita dengan cucu, nama Tok Cik memang tak pernah ketinggalan, menunjukkan betapa sayangnya opah pada Tok Cik.

Sebab itu walaupun Tok Cik cuma tok saudara, akak dan ahli keluarga kami menganggap hubungan kami lebih rapat dari itu. Semoga kebaikan arwah selama ini akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. yang maha pemurah lagi amat penyayang. Al-Fatihah untuk Haji Amran bin Kulup Mohammad. Amin.....amin...amin...

5 comments:

  1. al-fatihah n salam takziah...kawan baik saya pon baru je pergi menghadap illahi 3 hari lepas..sedih sangat2..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang