Nuffnang saya

Sunday, January 29, 2012

Rahsia Jimat Tanpa Sedar

Sumber : Majalah Lisa (15 Disember 2011)
Tulisan : Faizal Saharuni
Kadangkala, memaksa diri sendiri untuk berjimat agak payah kerana kamu terpaksa menghadkan perbelanjaan seharian. Begitupun, terdapat aneka cara untuk berjimat tanpa kamu sedar. Benar, nilainya tidaklah seberapa. Namun, jika amalan ini dilakukan sedikit demi sedikit, ia akan menjadi banyak. Mari, ikuti tip untuk menjimatkan wang kamu!

PENJIMATAN MINYAK KERETA
Kamu tentu sedar bahawa 1/3 daripada gaji dihabiskan untuk membayar ansuran kereta, petrol, tol dan perbelanjaan berkaitan. Dalam erti kata lain, kudrat diperah di pejabat setiap hari sekadar untuk membayar kepada pengeluar kereta dan stesen minyak. Begitupun, dalam soal ini, kamu masih boleh berjimat. Apa caranya? Kurangkan perjalanan kereta kamu. Apa kata, selepas ini, elak makan tengah hari di luar semasa waktu pejabat. Jarak pergi dan balik ke kedai makan birapun dekat menelan banyak minyak apatah lagi berada dalam kesesekan jalan raya. Oleh itu, beli makanan terlebih dulu sebelum memulakan kerja. Kemudian, tiba waktu tengah hari, kamu boleh makan di pejabat. Sudahlah jimat, perut juga kenyang. Cuma, janganlah sampai setiap hari. Nanti bosan pula!

BIJAK ~ Isi Semula Air
Alasan : Air penting dalam kehidupan seharian manusia apatah lagi dengan Malaysia yang beriklim khatulistiwa. Oleh itu, apa kata isi semula air di dalam botol bagi mengelakkan kamu membeli minuman mineral lain. Nampak penjimatan itu?

BIJAK ~ Beli Kala Kesuntukan Masa
Alasan : Jika membli barang keperluan dalam kesuntukan masa, kamu tidak punya ekstra waktu untuk melihat dan membelek produk bukan kepentingan. Dengan ini, kamu akan beli apa diperlukan saja sekaligus mengurangkan perbelanjaan. Tetapi, jangan pula sampai tidak sempat hendak dapatkan barang yang kamu mahukan!

BIJAK ~ Keluar Wang di Bank Sama
Alasan : Saat kamu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lain, bank tersebut akan mengenakan caj servis sebanyak RM1. Walaupun nilainya kelihatan kecil, cuba bayangkan jika 10 kali kamu lakukan perkara yang sama? Jumlahnya akan bertambah dari semasa ke semasa. Oleh itu, elakkan keluarkan wang di ATM yang berbeza.

BIJAK ~ Beli Secara Pukal
Alasan : Biarpun harga nampak mahal, cuba kamu bahagikan dengan kuantitinya. Sudah pasti, ia jauh lebih murah jika dibeli secara pukal. Barang yang boleh dibeli dalam bilangan banyak adalah produk dipakai sentiasa. Contohnya, ubat gigi, kapas muka, makanan dalam tin dan lain-lain.

BIJAK ~ Tonton Wayang Waktu Pagi
Alasan : Pengemar wayang sudah tentu sedar menonton filem pada waktu pagi jauh lebih murah berbanding malam. Oleh itu, pergilah ketika siang hari untuk menjimatkan duit. Selain keselesaan tidak perlu berebut dengan pengunjung lain, kamu juga dapat melatih diri untuk bangun pagi. Bukankah itu pembuka rezeki.

Benar, membelanjakan wang waima seringgit untuk hal remeh setiap hari bukanlah masalah besar buat kamu. Namun, jika dicongak, banyak jumlahnya dalam sebualan!

8 comments:

  1. Assalam cho zila..terima kasih..masih belum terlambat..insyaallah

    ReplyDelete
  2. seringgit pun duit kan...
    tapi botol mineral tak boleh recycle banyak kali...

    ReplyDelete
  3. suka tau baca pasal tips jimat ni......tq

    ReplyDelete
  4. banyak cara rupanya kita boleh berjimat ni yek?

    ReplyDelete
  5. saya memang amalkan yg no.1,2 dan 4...:)

    ReplyDelete
  6. saya pon suka menjimatkan yg mana buleh jimat hehehe ;)

    ReplyDelete
  7. adagak betul tuh..mmg kena berjimat2 zaman la nie

    ReplyDelete
  8. i menabung hari2 kt opis mulai thn 2012 nih..balance duit lunch tu smua msuk tabung :)

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang