Nuffnang saya

Followers

Thursday, January 19, 2012

Night Safari Zoo Taiping

Tarikh : 26/12/2011
Tempat : Zoo Taiping
Xtvt : Mendedahkan anak-anak dengan dunia haiwan diwaktu malam


Sementelah sudah tinggal di Taiping sudah pastilah akak tidak melepaskan peluang untuk pergi ke Night Safari di Zoo Taiping. Oleh sebab cuti sekolah disamping juga cuti krismas orang yang datang mengunjungi pada malam itu agak ramai makanya terjadilah episod kena berjalan kaki... tapi akak memang suka sangat sebab tak suka naik keretapitu.

Yang paling bagus juga Azalia yang terkenal dengan banyak songeh dan bajet diva teruja nak berjalan tanpa minta didukung... isyh bestnyer. Tapi serius cakap kalau naik keretapitu rasanya satu ekor binatangpun kita tak nampak sebabnya kami yang berjalan kakini terpaksa memerhati binatang yang ternyata bersembunyi ataupun sedang tidur ditempat yang tersorok. Untuk pengetahuan harga tiket masuk ke sini waktu malam lagi mahal dari siang tau. Harga tiket untuk night safari ini untuk dewasa adalah RM16 dan kanak-kanak adalah RM10.

Kepuasan bergambar memang nan ado sebabnya suami akak memang tak bagi ambik gambar katanya menganggu binatangtu lagipun memang ada larangan sebelum pintu masuk. Boleh ambik kalau gunakan kamera yang bersesuaian tapi bukanlah kamera akakni kot.. kalaupun ambikpun tak nampak apapun, rasanya lagi puas kalau pergi zoo waktu siang.

Satu-satunya gambar yang diambil di dalam zoo yang sebenarnya dibelakang Atikah ada gajah tapi maalumler kamera akak tak jelaslah semuanya...

Oleh kerana nak juga ada satu entry kenangan pergi ke Night Safari Zoo di Taipingni takkanlah takder gambar langsungkan. Oleh itu Atikah dan Azalia tetap teruja bergambar dengan haiwan yang dah disumpah menjadi batu sebab tak nak dengar cakap emak bapaknya kata dik Ya. Itu pasal sekarang kalau degil-degil akak kata nanti dik Ya jadi batu macam haiwan-haiwan kat zoo hari itu, tapi tak makan jugakler. So layan apa adanya di sini :-

19 comments:

  1. mcm best je. so blm pernah lg masuk zoo diwaktu malam.. hehehe haiwan2 semua tu tak tido ker?

    ReplyDelete
  2. munna suk bawa anak pergi zoo... diaorg suka sgt tgk binatang

    ReplyDelete
  3. yer la malam kan..gelap je, nak tengok binatang pon kene jegil bijik mata.

    xpenah sampai lagi..harapnye tahun ni sampai gak..

    ReplyDelete
  4. byk juga haiwan yg kena sumpah jd batu tu yer.. ngeh ngeh ngeh.. ;)

    ReplyDelete
  5. anak2 la yg seronok kan klau pegi zoo..tp waktu mlm x berapa nmpk sgt kan..lain sgt compare klau tgk sblh siang..bole nmpk semuanya..hehehe

    ReplyDelete
  6. wah bestnnyaa..kt KTN pun ade..tp xbest mcm ni pun..

    ReplyDelete
  7. saya tak penah pegi zoo d waktu malam.. harap tahun ni boleh di masukkan dalam jadual jalan².. =)

    ReplyDelete
  8. wah dh lain eh? nih yg terujer nih :)

    ReplyDelete
  9. better p zoo siang je,
    tapi,
    zoo taiping mmg x brapa best=)

    zoo mlaka best=))

    ReplyDelete
  10. Sekali je ina pnah g night safari ni.. Mmg best lg pegi siang dr malam.. ;)

    ReplyDelete
  11. anak2 izan pun suka pergi zoo ni. tapi blm pernah lagi pergi waktu malam...

    ReplyDelete
  12. bestnye..tak pernah gi malam2..hehe

    ReplyDelete
  13. kenapa semua binatang tu kaler hitam...keh keh.

    ReplyDelete
  14. alamak.. nak tengok gambar lagi...best tak zoo ni?

    ReplyDelete
  15. ooassalam Cho...
    Nuri ada skali bawa anak2 masuk night safari ni tp kan masa tu hujan lak renyai2 hu hu memang x bestlah..
    lebih suka pegi siang zoo ni puas sikit terang he he
    masa Cho kat Teping ni sy pun kat kg lagi tau...kalu idak leh jumpa Cho kat Tepeng tu he he

    ReplyDelete
  16. saya pernah gak pergi sekali ke safari night, namun beranggapan rasanya lebih seronok andai dapat pergi sekali lagi di waktu siang hari pulak.....

    ReplyDelete
  17. hahaha.. lawak pulak part haiwan yg disumpah jadi batu tu.. hehe...

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang