Yuna Duta Media Sosial Malaysia Airlines (MAS)

Masa akak sibuk mencari info tentang MAS yang memberikan right share untuk pemegang saham terjumpa artikel ini.. Bangga dengan pencapaian Yuna., bukan mudahkan untuk MAS memberikan kepercayaan inikan... Akak suka Yuna sebab semangat dia... Sebenarnya akak nak upload video Azalia yang buat gaya Yuna menyanyi kira parody gak, tapi susah ngat nak masuk mungkin besar ngat kot... Lieya nanti ajarkan akak yerk...

 
Nampaknya, semakin lama semakin murah rezeki gadis berbakat besar, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai. Dalam kerancakannya membina nama di persada muzik antarabangsa, penyanyi-penulis lirik berusia 26 tahun ini buat sekian kalinya bakal menjadi cipta satu lagi pencapaian tertinggi.
 
Selepas beberapa nama besar memilih penyanyi, pemuzik dan komposer ini sebagai duta produk mereka, kini satu lagi jenama wakilan Malaysia iaitu Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah menyunting pelantun Shine Your Way ini sebagai wajah terbaru badan korporat tersebut.
 
Malam ini (30 April) akan berlangsungnya satu majlis perlancaran dan memperkenalkan Yuna sebagai duta media sosial Malaysia Airlines. Acara yang diadakan di Publika, Solaris Dutamas itu juga bakal memperkenalkan sebuah program diberi nama #MHmoments. Sekaligus pelbagai aktiviti bersama Yuna akan dilaksanakan menerusi program itu nanti.
 
Difahamkan Yuna juga seringkali memilih penerbangan nasional itu sebagai pengangkutannya jika ingin kemana-mana termasuklah berulang-alik dari Kuala Lumpur ke 'rumah keduanya, di Los Angeles, Amerika Syarikat. 
 
Semoga gabungan dua nama besar Malaysia ini dapat menghasilkan sesuatu yag menarik sekaligus mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Comments

  1. ena suka lagu dia dengan owl city tu.. hehehe...

    ReplyDelete
  2. makin cantek die kan kak =)

    ReplyDelete
  3. Rezki dia ni.. Tapi mmg patut, dia mmg berbakat dan nampak kerja keras..

    ReplyDelete
  4. TAHNIAH utk yuna.......dia mmg seorang selebriti yg genius n kuat bekerja.

    ReplyDelete
  5. JM nak tryp pakai dan belit tudung macam Yuna ni tapi tak menjadi heehehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah Yuna ..Rezeki Yuna yang berbakat dan rajin..

    ReplyDelete
  7. Dia berbakat, bijak. Remaja kita, ada yang hanya rupa tapi takda ilmu. Tapi YUNA bijak dan pakej lengkap, memang wajar sekali dia dilantik.

    Naik kapalterbang free la dia ya?

    ReplyDelete
  8. Dia berbakat, bijak. Remaja kita, ada yang hanya rupa tapi takda ilmu. Tapi YUNA bijak dan pakej lengkap, memang wajar sekali dia dilantik.

    Naik kapalterbang free la dia ya?

    ReplyDelete
  9. Dia berbakat, bijak. Remaja kita, ada yang hanya rupa tapi takda ilmu. Tapi YUNA bijak dan pakej lengkap, memang wajar sekali dia dilantik.

    Naik kapalterbang free la dia ya?

    ReplyDelete
  10. Bagus Yuna ni..artis sopan dan berkaliber..muda2 dah jadi komposer! tahniah Yuna!

    ReplyDelete
  11. Yuna best!, tak banyak kontroversi, sesuai dijadikan duta MAS kan..!

    ReplyDelete
  12. makin cantik...
    dulu tak minat sgt dia masa awal kemunculan..skang da boleh terima =) dia mmg berbakat besar

    ReplyDelete
  13. yuna bukan saja berbakat besar, tapi dia seorang yg bijak pandai dan sgt merendah diri. dulu masa jumpa kt AJL, x sombong pun tau.

    ReplyDelete
  14. cantik yuna pakai tuding style macam ni...

    ReplyDelete
  15. Makin murah rezeki Yuna,iyalah rajin kerja keraskan dia.

    ReplyDelete
  16. murah rezeki yuna tu ye......

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts