Singgang oh Singgang di Restoran Amanee Seafood
Gulai kegemaran akak ialah yang ada rasa masam macam gulai tempoyak, asam rebus, singgang, taucu dan lepas keluar dari negeri Perak suka juga asam pedas. Kalau ikutkan gulai lemakpun kalau yang masam macam bubuh belimbingpun akak suka.... Gulai kari memang tiada dalam senarai.... gituler ceritanya...
Ini cerita kedai gulai singgang yang akak akan singgah kalau akak jumpa pelanggan di area tersebut. Nama kedai Amanee Seafood di Jalan Lumut, Kuala Lumpur. Makan panas-panas sebab dia akan masak hanya selepas kita order... Ya Allah nikmatnya hirup kuahnya tu dan makan ikannya yang segar..
Jemput makan semua....
Macam-macam menu lain juga korang boleh dapat disini... tengok meja orang sebelah macam sedap2jer tapi akak singgah memang untuk singgah ... dan sorrylah akak tak tahu dia buka atau tutup pukul berapa.... akak selalu datang untuk makan tengahari.
22, Jalan Lumut,
Titiwangsa Sentral,
50400 Kuala Lumpur.
menu yang sedap ni kalau dpt nasi panas2 lagi la kan. salam singgah sini ^^
ReplyDelete