Nuffnang saya

19 April, 2019

Hafiz Rojak Pantai Kok Langkawi ~ wajib singgah

Jalan-jalan cari makan di kedai paling best Langkawi bermula. Selepas dapat kereta sewa tentulah isi dahulu minyak untuk perjalan selama 48 jam kami di Langkawi. Kedai makan pertama setelah sampai ke bumi bertuah Langkawi ini ialah Hafiz Rojak, makanan wajib cuba jika sampai ke Langkawi..

Makanan sudah pasti menjadi tujuan kita mencari kedai makan. Keistimewaan dan kelebihan Hafiz Rojak adalah makanan dan pemandangan indah Pantai Kok di depan mata. Bayangkan angin sepoi sepoi bahasa meniup pipi sambil kita menikmati kelazatan rojak pasembur atau laksa yang enak. Masa ini akakpun rasa ingin terbang ke sana.

Hidangan mesti cuba di sini ialah rojak pasembur yang sedap sebab kuah dia lain dari yang biasa kita makan. Susah nak gambarkan rasanya tapi yang penting menyelerakan. Kami bertiga memesan mi rebus, rojak pasembur, laksa dan rojak buah berserta air cendul. Sebab semua belum pernah sampai di sini kami makan berkongsi seorang sedikit. Untuk tekak akak rojak pasembur memang best tapi Mi rebus juga menambat hati akak. 

Dari segi harga juga amat berpatutan. Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup datang ke sini walaupun sebenarnya lokasi ini agak jauh dari Kuah dan Pantai Cenang. Hafiz Rojak ini sebenarnya berhampiran dengan Telaga Habour Park dan Skytrex Adventure Langkawi.
Bukan kedai besar tapi berkonsepkan "food truck"...
Nampak macam biasa tapi makanan luar biasa...
Wajib singgah sini untuk makan kudap-kudap sambil menikmati keindahan di tepi pantai...
Cuaca panas tentulah cendol pilihan terbaik...
Tapi tekak akak tidak dapat menerima cendol di sini...
Perut dah lapar tak teringat nak ambil gambar yang banyak..
Rojak pasembur dia memang terbaik..
Tengok dalam gambarpun tahu tidak sama dengan pasembur di Penang...
Mi rebusnya juga amat sedap...
Laksa di Langkawi rasanya semuapun sedap... 
Rojak buahpun macam biasa sahaja... 
Yang penting habis semuanya..
Ko rasa sedap ke idok!!!
Ya Allah aku syukuri nikmatMu.
Nyaman rasanya dapat dengar bunyi ombak menghempas pantai. 
Selamat tinggal Hafiz Rojak.
Mat Salehpun datang sini naik motor you all!!

Alamat :-
Hafiz Rojak Pantai Kok
Jalan Pantai Kok, 07000 Langkawi, Kedah
(senangjer nak cari mesti jumpa Telaga Harbour Park... nampak simpang tiga teruskan perjalanan.... nanti nampak dua van putih dan banya kereta bolehlah masuk ke situ... alah waze atau google jer HAFIZ ROJAK PANTAI KOK memang boleh sampailer...)

Waktu Operasi :-
2.00 petang - 7.30 malam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nuffnang oh Nuffnang