Resipi Mi Celup Siam

Ini cerita makan lagi... kan akak dah cakap akak suka makan.... tara... kali ini kita pergi ke Golok Siam... ha..ha.. tak payah dah Bandar Kinrarani ada dua kedai menyediakan Mi Celup... Akak memang suka mi yang kuahnya sup...

Apa bezanya Mi Celup dengan Mi Sup? Mi Sup sendiri mempunyai versi yang bermacam-macam.. Kalau ikut tekak orang melayu tentulah supnya berempah sedikit dan ikut tekak orang cina mi supnya jernihjer untuk pedas tambahkan cili padi potong.... Kiranya mi celup ini juga adalah mi sup juga. Pendapat akaklah.. Cuma paling ketara pada akak ialah mi celup ini ialah disediakan pelbagai jenis cili untuk menambah perisa.. Yummy... Yummy...
Nampak bekas birutu ada 4 jenis cili untuk ditambahkan ke dalam mi celup...
Mudah membangkitkan selera makan sebegini...

RESIPI MI CELUP SIAM


Bahan-Bahan:
Mee kuning/bihun/kuew tiew
lobak jeruk cincang
Ikan bilis goreng - sy x letak
Sayur kangkung - di celur
Kacang tanah goreng - di tumbuk
Tauge
Sambal cili/Cili Jeruk/Limau nipis
Bawang putih digoreng
Bahan Sup:
Daging - rebus dulu dan potong nipis2
Perut
Paru
Bebola Daging
Rempah sup - sy guna rempah sup serbuk
Cara: Terlebih dahulu sediakan sup. Rebus perut dan daging hingga empuk. Rebus bersama rempah sup (bunjut).
Kuah Sup tu mcm biasa tumis bhnnya seperti biasa ye...
Cara-cara menyediakan mee celup:
1) Ambik mee kuning dan kangkung celupkan ke dalam kuah sup.
2) Lepas tu masukkan dalam mangkuk dan curahkan kuah sup tadi (panas) serta tambahkan kacang tumbuk, ikan bilis goreng, bawang putih goreng, lobak jeruk, perasa (garam,gula dan serbuk perasa), daun bawang dan perahkan sedikit limau nipis.
Cadangan Hidangan: Dihidangkan ketika masih panas. Lagi terangkat sekiranya sup menggunakan air rebusan gear box dan lemak dicampur sekali..
Resipi dari facebook

Tiba-tiba hati ini teringatkan mi sup Mat Jasak di Ipoh pula... alahai awatnya teringat-ingat...
Gambar dari pencarian google....

Semasa akak tinggal di Ipoh dahulu selalu singgah ke kedai Daud Mat Jasak di Jalan Datuk Onn Jaafar yang berhampiran Super Kinta. Kiranya semuanya akak suka dari mi kari, mi sup dan mi kicap... Pujaan hatiku... cara disediakan agak berbeza kerana kita boleh memilih seaneka fish ball, fish cake, tauhu (macam nak makan yong tau fu) makan bersama mi pilihan hati kita... alahai bestnya... 


Comments

  1. suka mi celop sbb ada perut..mmg femes kalo belah klate/siam

    ReplyDelete
  2. dana klu mee celup suke amik yg spesel.... ada perut sekali hehehhe...

    nsb la area umah dana banyak kedai mkn siam... mmg terangkat mee celupnya

    ReplyDelete
  3. xpernah mkan mee celup....mee sup mat jasak tu mmg sy nak cube jgk satu ari....femes tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts