Turkiye 2022
Cerita Turkiye dah ada di FB tetapi nak jugak simpan diblog sebab lebih senang nak refer.
Pertama nak cerita corat coret sebelum dapat menjejakkan kaki ke bumi Turkiye. Kenapa aku pilih Turkiye sebagai destinasi percutian? ini adalah hasrat yang sudah lama disuarakan oleh emak akak. Selepas unrah ziarah tahun 2015 emak dah ajak ke Turki katanya ikut jejak langkah arwah tok akak.
Ikut perkiraan kami nak pergi bulan Ogos 2020 tapi dek pendemik kita tersekat dirumah tak boleh kesana kemari. Bila sahaja kita dibenarkan keluar dan negara Turki antara negara yang tak banyak cengkadak jadi kita hatus grab peluang ini.
Benda yang perlu diambil kira bila bawa emak adalah keselesaan dia. Akak pilih Andalusia Travel sekali lagi sebab semasa umrah ziarah kami dahulu tiada cacat celanya dan malas mencuba dengan agensi lain.
Syukur tidak salah pilihan akak kerana Allah permudahkan dan Agensi Perlancongan Andalusia memang TERBAIK. Alhamdulillah..
Pada mulanya akak memilih tarikh penerbangan terus Turkish Airline tapi tiada rezeki sebab tidak cukup 10 orang. Akhirnya ambil keputusan teruskan sahaja dengan Qatar Airways yang transit di Doha. Apa2 pun yang penting hajat emak harus didahulukan.
Kali ini akak pergi bersama 2 orang anak gadis kesayangan. Kami pilih pakej lawatan ke 8 bandar (Bursa-Kusadasi-Pamukkale-Konya-Cappadocia-Ankara-Bolu-Istanbul). Penat tapi berbaloi untuk lawatan kali pertama kenegara dua benua ini.
Al-kisah, sebelum pergi kami anak beranak disahkan positif covid dan terpaksa dikuarantin selama seminggu. Pening weh! sebab akak tidak buat persediaan yang sempurna kerana tidak mahu berlebih2 musim covid kerana segalanya berkemungkinan. Banyak benda tak beli lagi termasuk baju musim sejuk , beg travel malah duit Turkiye Lira dan US dollar pun belum ditukar lagi.
Tidak dapat digambarkan perasaan akak semasa kuarantin, seminggu penuh debaran. Dapat ker tidak akak bawa emak kesana, kalau bukan kali ini bila lagi.
Akhirnya pada hari yang sepatutnya kami berkumpul di KLIA, mysejahtera akak bertukar biru. Walaupun persiapan tidak lengkap kita jalan terus yang penting misi untuk melancong ke Turki mesti dilaksanakan.
Akhirnya waktu ditunggu datang juga. Istanbul aku datang ❤. Kalau selama ini dengar cerita orang akhirnya dapat juga diri sendiri menjejakkan kaki kesini.
Sehingga hari ini diri ini masih teringat2. Jika diizinkan oleh Nya akak ingin datang kesana lagi. Insyaallah...
Lamanya tak baca cerita travel oversea. Nanti share lagi boleh? Nak tahu prosedur bila masuk ke sana, kena kuarantin atau pcr ke tidak. Alhamdulillah urusan akak dipermudahkn dan terlaksana niat nak penuhi hajat emak akak
ReplyDeleteTq.. melawat blog akak yang lama tak ada ceritani.. yer nanti akak kongsi cerita yer
Delete