A Park Pulau Meranti Puchong

Tu dia lamanya tak menulis di sini... ok... ok... ni nak cerita ...Cerita kenduri orang kahwin dua atau tiga minggu yang sudah.. Suami kata kawan dia buat kenduri kahwin untuk anaknya di A Park Puchong.. Hati dah seronok sebab pernah nampak di TV, nampak cantik sangat.. siap google lagi, ingatkan taman rekreasi, rupa-rupanya A Park ini adalah tempat untuk majlis perkahwinan...  

Siapalah sangka tempat itu sangat mendamaikan tidak terasa hiruk pikuk kotaraya... Kebetulan kenduri ini ada kaitan juga dengan keluarga sebelah suami jadi bertemulah juga dengan sepupu dan adik ipar akak di majlis ini. Seronok berada di sini kerana ada angin yang bertiup tidak terasa hangatnya walaupun cuaca panas lit-lit... Memang nyaman sekali dan dihidangkan dengan irama lagu yang segar.... 

Kalau menginginkan perkahwinan di taman tanpa perlu pergi jauh tempat ini sesuai gamaknya... sediakan jer wang ringgit semuapun boleh.. 

The Pinnacle of Garden Weddings

Cantikkan rumahtu rasa macam Cameron Highland pulak..
Jom posing... 
Mari makan atas air... 
Cendul ni sedap weh... nak ambik lagi malas bangun...
Tempat letak kereta luas tapi agak jauh sikit tapi ada disediakan perkhidmatan 'buggy car'....
Tak senang nak tengok dua orang budak bergambar bersama-sama...
Yeah kita bawak cenderahati dari keluarga pengantin..
Best sebab ada coklat m&m, kacang badam dan jagus... 

Kesimpulan : makan sedap dan tempat memang menarik untuk kenduri kahwin...

Alamat A Park "The Pinnacle of Garden Weddings"
Address3275, Jalan Pulau Meranti, Kampung Pulau Meranti, 47100 Puchong, Selangor

Comments

  1. cantik kawasan ni, dah macam resort pulak :D

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kalau kawasan umah gtu kak,dikelilingi air.... sejuk mata memandnag

    ReplyDelete
  3. kt sini kot syukri yahya melangsungkan perkahwinan dia dulu kalu x silap laa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts