Wajib Singgah 7eleven Jika Pergi Hatyai

Moh kita ke Hatyai pulak.. semalam kita cerita pasal Family Mart harini pulak 7eleven tapi di Hatyai.. Beza sangatker 7eleven Hatyai dan di Malaysia? Yang bezanya ialah kedai dia banyak sangat sampai rasa ralit akak menengok dari satu rak ke satu rak... Paling akak suka ialah produk kecantikan yang dibungkus cantik dan bersaiz mini. Ya Allah rasa nak beli semua tau....

7eleven di Hatyai ini terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga yang murah. Tapi adalah diingatkan untuk makanan tidak semuanya halal ok! Jadi perati dulu sebelum beli jangan terus ngap. Sebelum akak pergi lupa nak baca blog pasal barangan 7eleven Thailand yang menjadi viral.  Akak ambil gambarpun rasa takut-takut, nasib ada juga.
Harus cuba Kopi Arabus dan Meiji... 
Sedap weh!!!
Akak beli semua jenis kopi Arabus..
Dapat stem gambar Doramon macam kat 7eleven sini juga...
Akak bawak balik stemtu, berebut budak dua orang nak simpan...
Comelker tak?
20.00bath tu duit kita dalam RM2.50jer (untuk kiraan matawang masa itu)
Murahker idak!!!
Rasa macam nak beli semua tapi untuk apa yer.. 
Rosakler muka makcikni ha!!!
Jangan risau kalau tidak membawa barangan keperluan diri..
7eleven di area Lee Garden ini ada diasingkan rak barangan HALAL.
Tapi masihlagi perlu juga ditengok untuk kepastian..

Kenapalah 7eleven di Malaysia tidak semeriah ini.... Mungkin Family Mart setanding tapi harga ya ampun mahal weh.. ini harga murah dan memang rasa nak beli macam-macam. 

Oh lupa pasaipa tiba-tiba ke Hatyai ! kalau sahabat fb akak taulah yang akak pergi ke sana hujung bulan September. Jadi untuk blog akak mulakan cerita percutian Hatyai akak dengan entri 7eleven Hatyai.... Selepas ini akak nak kongsikan pengalaman akak naik ets buat kali pertamanya. Seronoknya kalau dapat bercuti lagi..... 

Comments

  1. 7 E kat thailand memang best. macam macam ada. nape x ambik gambar brg kosmetik yg packing comel comel tu. nak tengok.

    ReplyDelete
  2. kita kalau pergi 7e sana geram dengan produk ubat nyamuk dia. hahaha. rasa nak borong je semua mosquito repellent. hahaha

    ReplyDelete
  3. Meriahnya 7E Thailand kan kak.tak sama mcm sini..mcm2 bolehb beli.. alahai sedap kopi Arabus tu..

    ReplyDelete
  4. meriahnya makanan dia kak oi... barangan makeup or penjagaan diri pun banyak... kalau kt malaysia ni 7e harga bukan main mahal... kalau terdesak je baru beli... tak semeriah sini,

    ReplyDelete
  5. selalu tengok orang kata 7E kat sana awesome dan mkena pergi.
    tengok gambar haa ada macam2..

    ReplyDelete
  6. menarik 7E kat Hatyai ni. Dulu pergi tak singgah masuk lak. Alahai rasa rugi pulak.

    ReplyDelete
  7. Ramai betul yg bercuti ke Hatyai... seronok eh CZ....
    Betulkan.... pompuan ni dapat masuk kedai pun dah best hahhaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts