Nuffnang saya

Thursday, October 5, 2017

Hari pertama Team Building PRIBUMI Redang 2017

Ini kisah kenangan terindah semasa Team Building Pribumi (Persatuan Remisier Bumiputera) di Redang. Sebenarnya pada tahun 2014 yang lepas Pribumi telahpun mengadakan team building di tempat yang sama. Tapi oleh kerana akak suka sangat hendak bersama kawan-kawan, akak tetap pergi juga.. Seronok tau dapat jumpa remisier seMalaysia walaupun yang ramainya tentulah Lembah Klang.

Untuk yang naik bas kenalah tunggu di PWTC. Jadi dari Kinrara akak naik lrt dan turun di stesyen PWTC. Ikutkan kalau yang dulu kami tunggu di Hentian Putra yang kini sudahpun dirobohkan..
Program yang akak join, Program 'Team Building'...
Program anjuran Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia..
Bergambar di stesyen LRT dan PWTC..
Solat subuh kali ini tidak dapat singgah ke Masjid terapung...
Selesai solat tentulah semua ingin bersarapan...
Kalau dah sampai ke Trengganu mesti makan nasi dagang...
Gelagat kawan-kawan yang sudah kenyang... 
Gambar sekitar jeti Merang dan perjalanan ke pulau...

Jeti Merangni paling dekat ikut jalan laut untuk ke Pulau Redang..
Semasa kami pergi pada tahun 2014 dahulu dari jeti yang lain...
Disitu terdapat lebih banyak kedai cenderamata dan kedai makan...
Selamat datang ke Redang Mutiara...
Ku lihat laut hijau jernih...
Kita bergambar dahulu sebelum masuk bilik... 
Bergambar kenangan semua peserta... 
Baju kali ini comel sebab warna biru.
Gambar kecil dari kiri tu adalah ajk yang bertungkus lumus..
Terima kasih semua...
Penerangan diberikan sebelum dilepaskan untuk snorkling...
Adik yang bagi penerangantu boleh masuk raja lawak...
Terujakan airnya memang sangat jernih...
Nasib kami sampai awal jadi kawasan itu tiada ramai orang..
Lama kelamaan makin ramai... 
Aktiviti berkumpulan ditepi pantai...
Ceramah Maal Hijrah tidak dilupakan..
Akak paling suka program Pribumi yang tidak melupakan aktiviti agama... 
Seronoknya di sini makanan 5 kali sehari...
Memang berbaloi dan makan ramai-ramai semuapun sedapkan...
Gambar yang tengahtu adalah makhluk yang lupa nak hantar pinggan ke tempat sepatutnya...
Mata tidak mengantuk jom kita pergi jeti..
Lagipun untuk internet yang laju memang kena ke jeti..

Selesai untuk hari ini... walaupun penat tapi hati gembira.. ramai kenalan baru akak jumpa hari ini.. banyak ilmu yang boleh diambil dari aktiviti yang dijalankan... Moga program ini akan memberikan manfaat kepada kami semua... 

4 comments:

  1. wah, bestnya..kemaen meriah, team office sy ritu p team building dekat2 je sbb kekangan bajet haha

    ReplyDelete
  2. Bestnya kak team building.Seronok kan? dulu masa kerja setahun sekali, pasti ada team building. Paling best sudah pasti bab makan. Paling tak best bila kena present. Bhahahah!

    ReplyDelete
  3. Pipi dah cengkung tu CZ....berbaloilah kan diet selama ni..

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang