Family Mart Kedai Serbaneka Jepun

Konichiwa ! Family Mart kedai serbaneka 24 jam kini telahpun ada di negara kita dengan banyaknya.. orang dah lama beratur panjang nak makan oden nyer.. tapi akakni barulah mencubanya... bukan apa Family Mart paling dekat dengan rumah akak di Bandar Puteri Puchongpun baru bulan Februari tahunni bukanya... Bila kawan di facebook berbincang hal ini barulah akak mencari manalah Family Mart terdekat.... Rupa-rupanya di SS2 area pejabat akak adajer Family Martni... Dan perasan tak bila kita dah tahu sesuatu mesti kita asyik terjumpa sahaja... Itulah rasanya haritu pergi ke Summit USJpun ada... ehm.. itu kata orang bila dah jodoh... 

Untuk yang suka melabur dalam Bursa Malaysia bolehlah membeli sedikit saham QL Resources yang memiliki Family Mart.. Bolehlah jadi pemegang saham kedai Family Mart jugalah kita nanti... 
Sumber :Majalah Labur
QL Resources Bhd tersenarai di Bursa Malaysia sebagai saham patuh syariah. Ia ditubuhkan pada tahun 1987 diketuai oleh Dr Chia Song Kun selaku Pengerusi Syarikat. Syarikat ini terlibat dalam 3 aktiviti perniagaan berbeza iaitu:
i) Ladang Ternakan Bersepadu, termasuk ladang ternakan, perdagangan makanan dan jenama pengguna. QL mengendalikan salah satu ladang ternakan terbesar di Asia Tenggara, menghasilkan 4.5 juta telur setiap hari dan 40 juta anak ayam berusia setahun.
ii) Pembuatan Produk Marin, yang termasuk pemprosesan surimi iaitu pes makanan yang banyak digunakan dalam makanan proses,  produk berasaskan ikan juga penangkapan ikan laut dalam.
iii) Aktiviti Minyak Sawit, yang merangkumi pengilangan minyak kelapa sawit di Sabah, perladangan dan juga perintis dalam tenaga bersih berasaskan biojisim sawit.
Family Martni macam 7elevenjerpun.. cumanya kalau di 7eleven kita boleh makan mi segera sebab disediakan air panas... di Family Mart macam-macam ada.... moh kita tengok, gambar tak banyakpun sebab rasa macam malu pulak nak ambik... 
Kedai Family Mart di SS2, PJ...
Antara makanan yang biasa di beli....
Onigiri kegemaran Atikah.... 
Itulah oden.. 
Ala macam yong tau fu jer....
Boleh pilih kuahnya.... 
Biasa pilih fish ball set....
Ada juga pau dan ayam juga sosej.....
Sebenarnya ramai yang datang untuk beli aiskrimnya....
Yang ni akak belum cuba lagi..
Boleh makan di situ yer layan rhbtradesmart....
Nampak kan di raktu benda yang biasa di jual di kedai serbaneka yang lain juga....
Haritu hujan memang layanlah sup panas-panasni...
Oden yang menjadi pujaan hati ramai....


Sekian cerita Family Mart untuk kali ini... nanti kita sambung lagi.. 

Comments

  1. Family mart ni kedai serbaneka jepun rupanya.. Saya penah pegi sekali dekat paradigm mall.
    Sedap oden tu.. Bau dia je da menarik selera. Kami mkn kat situ.. Kebetulan ada meja kosong. Tq share psl saham tu. Saya ni x pandai part melabur ni.. Hihi..

    ReplyDelete
  2. Oden sedap! terubat kerinduan kami dengan Family Mart di Jepun. Hehe~~

    ReplyDelete
  3. oden tu memang sedap, biasa makan sebelum ni tapi bila dah viral jadi kurang makan pulak. sebab ramai nau2 orang beratuq panjang nak beli oden :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts