Air Terjun Serendah dan Perigi Tujuh
Sambungan entri jambatan tertinggi di Malaysia ..... ok... ok .... alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ... tapi sayang tidak terus berendam... Kami singgah ke air terjun Serendah yang agak terkenal di sana.. Sayang juga suami tidak bagi tahu awal-awal kot idak bolehler bentang tikarker makan sarapan..
Selepas turun dari Jalan Pintas Rawang (jambatan tertinggi Malaysia) kita akan masuk ke pekan Serendah. Masuklah simpang yang menuju ke arah Taman Dato' Harun. Selepas Taman Idaman ambillah simpang ke arah Kampung orang asli/ Pusat Serenti Serendah.... Seronok weh lalu kampung orang asli walaupun dah agak moden orang asli di sini.... Pengalaman menarik untuk dikongsi bersama anak2 kitakan...
Air Terjun Serendah
Air Terjun Serendah atau lebih dikenali Templer Kai dan Rekreasi Air Terjun Serendah ini pula terletak tidak jauh dari Perkampungan Orang Asli Serendah iaitu kira-kira tiga kilometer sahaja. Menyusuri perkampungan orang asli moden pengunjung dapat melihat rutin dan kehidupan penduduk asal di sini.
Walaupun air terjunnya kecil dan rendah, namun deruan air terjun sejuk yang jatuh memercik ketika anda mandi manda berhampiran air terjun mampu memberikan kesegaran. Keindahan dan kebersihan air terjun dan kolam menjadi tarikan pengunjung untuk berkelah dan mandi-manda. Berdekatan Air Terjun Serendah terdapat Perigi Tujuh berhadapan simpang masuk Air Terjun dari jalan utama yang boleh dilawati oleh pengunjung untuk melihat keunikannya.
Sumber : Sinar Harian
Ok... kami hanya bergambar....
Kalau dapat terjun kan best yer...
Pada hari kami datang nampak air tak dalam....
Kata suami kadang2 tidak dibenarkan masuk jika air banyak...
Pada hari kami datang nampak air tak dalam....
Kata suami kadang2 tidak dibenarkan masuk jika air banyak...
Air terjun tidaklah terlalu besar....
Ada pelbagai kemudahan di sini...
Jadi jangan risau yer kawan-kawan...
Jadi jangan risau yer kawan-kawan...
Bayaran masuk ke dalam hanya RM1...
Teringat pulak kenangan masuk ke kampung orang asli masa zaman naik gunung dulu2...
Sebelum pembinaan Perigi Tujuh,banjir kerap berlaku di kawasan kampung sehingga menyukarkan aktiviti perlombongan lalu pegawai Inggeris mengesyorkan pembinaannya.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140802/lk_05/Perigi-Tujuh-benteng-Serendah#ixzz5UAy4RD7X
© Utusan Melayu (M) Bhd
Jalan masuk ke Air Terjun Serendah ini agak sempit dan lalu kawasan rumah orang asli.. jadi tolonglah berhati-hati... Selesai jenguk air terjun kami singgah ke Perigi Tujuh yang berhadapan dengan simpang masuk ke air terjun sahaja.. moh kita tengok apa yang ada!!!
Perigi Tujuh Serendah
SEBUAH kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh di Serendah.
Lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh, kawasan rekreasi yang berlandskap bersih dan rapi itu boleh dikatakan antara lokasi wajib singgah bagi yang melawat Serendah.
Bukan sekadar beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.
Dan bagi mereka yang ingin menjejak permulaan sejarah pekan Serendah, lokasi itu mungkin antara tempat terbaik untuk bermula.
Penghulu Mukim Serendah, Jamali Latif berkata, pintu air itu dibina bagi mengurangkan risiko banjir yang kerap berlaku di kawasan penempatan kerana bentuk muka bumi yang rendah dan dikelilingi bukit.
Sebelum pembinaan Perigi Tujuh,banjir kerap berlaku di kawasan kampung sehingga menyukarkan aktiviti perlombongan lalu pegawai Inggeris mengesyorkan pembinaannya.
Katanya, Perigi Tujuh dibina dengan tujuh saliran air bawah tanah yang berakhir dengan kolam takungan sebelum limpahannya mengalir keluar ke sungai.
Sebelum dinamakan Perigi Tujuh, binaan itu terlebih dahulu dikenali sebagai Pintu Tujuh.
Panggilan itu katanya berubah selepas laluan utama air ke bawah tanah pecah akibat dilanggar kapal korek sehingga menyebabkan Serendah dilanda banjir besar suatu ketika dahulu.
Ekoran kerosakan pada saluran air utama, aliran sungai kemudian disalur menerusi tujuh laluan yang berbentuk seperti perigi. Sejak itu, Pintu Tujuh lebih dikenali dengan nama Perigi Tujuh.
© Utusan Melayu (M) Bhd
Ada fakta Perigi tujuh yang boleh dibaca di sini...
Ini perigi tujuh... ada mitos mengatakan yang kawasan ini menjadi tempat bersiram puteri-puteri dari kayangan...
Inilah telaga tujuh, dalam gambar tak cukup tujuh..
Persoalannya :- kemana pergi airnya?
cer teka.. cer teka..
Inilah telaga tujuh, dalam gambar tak cukup tujuh..
Persoalannya :- kemana pergi airnya?
cer teka.. cer teka..
Tara... air dari telaga tadi turun ke sini... pintu 7
Biasanya selepas musim hujan airnya banyak dan semua telaga akan menyalirkan air keluar...
Kampung Orang Asli Serendah,
48200 Serendah, Selangor
Perigi 7 Serendah
Lorong Kampung Datuk Harun 2,
Kampung Datuk Harun,
48200 Serendah, Selangor
Comments
Post a Comment