Asam Rebus Ikan/bendi dan Kangkung Masak Taucu
Asam rebus antara lauk kegemaran akak terutamanya kalau tekak rasa tidak sedap. Mungkin rasa masamnya itu membuatkan kita rasa berselera untuk makan bertambah-tambah. Lauk ini juga sesuai untuk mereka yang ingin berdiet dan untuk sihat. Janji janganlah nasi bertambah-tambah, hilang dietnya nanti.. Ha... ha...
Hari ini akak masak asam rebus bersama kangkung taucu dan tempe goreng. Akak baru tahu yang anak-anak suka sangat tempe goreng. Semasa kami bersarapan di Klang, kedai itu ada menyediakan tempe goreng dan tauhu goreng. Memang sedap sangat sampai kami berebut-rebut makan. Bila sebut pasal tempe ini teringat ustaz akak masa zaman sekolah asrama dahulu. Sekolah agama kena banyak menghafalkan, selalu dia kutuk kami orang Parit/Bota. Katanya orang Jawa ini senang menghafal sebab makan tempe dan tauhu. Orang Paritni susah sikit sebab banyak makan tempoyak, banyak gas katanya. Macam logikkan...
Ingin berkongsi resipi ini hanya untuk suka-suka. Rasanya semua orangpun tahu resipi ini. Alkisahnya suami akak kurang suka asam rebus ini tapi suka asam pedas. Malangnya akak sudah mencuba berkali-kali tetapi memang rasanya lain-lain. Maalumlah asam pedas orang Perak memang tidak sama langsung dengan asam pedas orang sebelah selatan.
Komen yang paling ikhlas dari bapak mertua akak sentiasa dalam ingatan akak. Kelakar sangat dia ingat asam pedas akaktu asam rebus. Tapi azam tahun 2017 akan melakukan sehingga berjaya mendapatkan asam pedas yang menjadi kegemaran suami dan anak akak yang bongsu. Azalia kalau dapat makan asam pedas adik ipar akak memang licin pinggan dia. Jadi usaha jayalah wahai Cho Zila...
RESIPI ASAM REBUS IKAN DAN BENDI
Bahan-bahan
- 2 ekor ikan kembung
- 2 biji cili merah-buang biji*
- 3 biji cili padi *
- 4 biji bawang kecil*
- 2 biji bawang putih*
- sedikit belacan*
- 1 batang serai-titik hujung
- air ikut keperluan
- air asam jawa secukupnya
- 5 bendi
Cara-cara
1. Tumbuk atau kisar semua bahan bertanda *. .
2. Masukkan semua bahan yang telah lumat bersama air dan serai ke dalam periuk.
3. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan yang telah disiang dan dibersihkan.
3. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan yang telah disiang dan dibersihkan.
5. Bila mendidih masukkan bendi
6. Masukkan garam dan asam jawa terlebih dahulu. Rasa terlebih dahulu barulah di padam api.
6. Masukkan garam dan asam jawa terlebih dahulu. Rasa terlebih dahulu barulah di padam api.
Mudahkan dan yang penting anak-anak boleh makan bertambah-tambah. Azalia memang suka makan kuah yang ada rasa masam-masam. Asam pedas, asam rebus, singgang, gulai taucu semuanya menjadi kegemaran dia. Kari atau masak lemaktu kurang sedikit. Atikah pula susah nak cakap dia suka makan apa. Tapi kalau makanan seperti spageti dan makanan barat memang suka sangat. Jadi adik orang kampung dan kakak orang bandar...
RESIPI KANGKUNG TAUCU
Bahan-bahan
- Seikat sayur kangkung
- 1 biji cili merah (potong)
- 2 biji cili padi (potong)
- 4 biji bawang kecil (hiris)
- 2 biji bawang putih (hiris)
- 1 sudu taucu
- sedikit udang
- air ikut keperluan
Cara-cara
1. Tumis bawang kecil dan bawang putih juga cili padi sehingga naik bau. .
2. Masukkan udang sehingga kekuningan.
3. Masukkan taucu.
4. Masukkan sayur kangkung dan cili merah. Gaul rata.
3. Masukkan taucu.
4. Masukkan sayur kangkung dan cili merah. Gaul rata.
5. Masukkan air sedikit.. Taucu sudah masin rasanya tidak perlulah ditambah garam...
6. Sayur dah masak bolehlah diangkat...
Orang kalau kangkung masak belacankan, akak sudah terbiasa dari kecil masak taucu. Jadi bila merantautu macam pelik juga kangkung masak belacan. Itulah orang kata jauh berjalan banyak pengalaman. Cara masakpun dari satu tempat ke satu tempatpun banyak perbezaannya...
Minggu ini minggu peperiksaan SRA(Sekolah Rendah Agama) Atikah dan Azalia jadi kenalah perut kenyang.. Moga mereka berdua dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan mendapat keputusan yang lebih baik dari sebelum ini. Seperti biasa ibu hanya mampu berdoa yang TERBAIK akan datang dari Allah s.w.t. untuk kamu berdua...
sedappnyeeee... bikin lapar ajer. hahahaha
ReplyDeleteikan tuh kalo makan dengan nasi panas memang layan~
*telan ailio.
simple tp mcam sedap juga ni..
ReplyDeleteHuhaiii...saya pun baru semalam masak asam pedas rebus. Tapi akak punya ni sangat simple. Selalu yang simple tuh memang sedap kan kak? saya guna asam keping instead.
ReplyDeleteWahhh..sedap2nya kak.. Kt y tgk ni pom kecurrr..
ReplyDeletesemoga atikah dan azalia diterangkan hati dilapangkan dada untuk menjawab exam....
ReplyDeleteklu asam rebus tu kat kedah panggil pindang kot kan .. sy suka kuah je ikannye tak suka sbb lembik.... mkn ikan lauk bergoreng je .. yg berebus ni kurang ,.... tak sihat kan
kalau asam pds johor kak, bahan2 tu akak kene tumis, cuma kene tambahkan kunyit ngn halia dlm pes tuh kak... dana selalu cili boh+bwg putih+bwg merah+kunyit hidup+ halia... itu bahan utama asam pds ayam dana... kalau asam pds ikn tak boh halia
ReplyDeleteya allah sedapnya, terliur akak tgk:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHari tu kita baru buat asam rebus bendi CZ. Masak sayur sayur gini kat rumah ni mmg tak de sapa yg makan kecuali si tukang masak dan suaminya. Si suami tu pun macam makan tak makan je sayur tu...
ReplyDelete