Nuffnang saya

Saturday, February 3, 2018

Restoran Jamal Mohamad dan Restoran Subang Ria SS5 Petaling Jaya

Akak suka sangat sarapan berat.. Kalau di Ipoh dahulu tidak menjadi masalah untuk bersarapan mi kari, laksa, mihun sup atau apa yang selalu kopitiam sediakan. Boleh kata banyak kedai yang menyediakan sarapan ala kopitiam dengan harga mampu milik... Cuma di sini kebanyakan kedai melayu sarapannya ialah nasi lemak, mi atau mihun goreng banyak2 bubuh dalam satu tray. Kuih muihpun lebih baik singgah kat gerai-gerai tepi jalan lebih banyak pilihan... 

Sarapan kedai mamakpun tidaklah semenarik mana sebab roti canai restoran melayu lebih sedap. Harini akak nak perkenalkan dua kedai di satu kawasan yang sama yang menyediakan sarapan macam yang akak idamkan.. cumanya kedaini tiada tanda halal dan tauke dia bukanlah orang melayu cuma pekerja indonesia muslim yang berkerja. Pelanggan memang ramai orang melayu dari bangsa lain.

KEDAI PERTAMA
Restoran Jamal Mohamed
Restoran pertama ialah Restoran Jamal Mohamad..
Restoran mamak tapi ada gerai yang macam-macam ada.. 
Pandangan dari dalam kedai.. 
Malu-malu nak ambil gambar...
Pandangan dari luar kedai...

 KEDAI KEDUA
Restoran Subang Ria
Macamlah di rumah tak boleh buatkan...
Pilihan akak untuk bersarapan..

Entah kenapa kopi dan telur separuh masak disini sedap!!
Laksa asam... bolehlah.. 
Sup Fishball... 
Pilihan utama akak kalau datang ke sini...
Sebab apa? sebab bergoreng...
Boleh mintak sup kalau suka.. 
Lagi sekali yong taufu... 

2 comments:

  1. assalam kak cho zila..lama x singgah sini

    ReplyDelete
  2. tauke dia bukanlah orang melayu? tapi nama restoran mcm nama melayu..owner dia Mamak ke?

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang