Seminar Jom Kurus Bersama Kevin Zahri


Akak join Jom kurus 1 Malaysia (JK1M) untuk musim ke 10.. dah lama nak join tapi dapat untuk kali ini.. memang menarik sangat.. nyesal tak join masa awal dulu.. entah kenapa memanggil sangat untuk musim ke 10 ini untuk akak masuk sekali... Jadi untuk seminar jom kurus Lembah Klang diadakan di Dewan Raja Muda Musa Komples Sukan di Shah Alam... excited sebab nak jumpa dengan Kevin Zahri..

Memang best sangat dengar dia bagi talk.. ter'inspired' walaupun tahu akakni selalu tidak konsisten dalam nak kurus... Namun mana tahu dengan izin Allah akak join program ini dan Dia berikan peluang kali ini untuk akak berubah menjadi Cho Zila yang baru... Berjumpa dengan ramai bekas peserta yang telah berjaya juga memberi peluang untuk akak kenal kekuatan yang harus akak teruskan... chaiyok.. chaiyok...
Banyak team memilih warna merah rupanya harini..
Bersama kawan baru dari team Puchong..
Projek bergambar beramai-ramai, jenuh nak susun...
Ikon JK1M musim 10, bekas peserta yang kini jadi coach...
JK1M menemukan jodoh mereka dan kini mereka suami isteri..
Saat dinantikan talk dari Kevin Zahri..
Menakjubkan sebab tidak rasa jemu untuk mendengarnya... 
Sebenarnya acara pertama ialah senaman beramai-ramai Bhagra Dance yang memang awesome...
Gambar di atas pulak fitness game di tunjuk oleh Kevin..

Seronok kalau aktiviti berpasangan ini..
Ini memang akak rasa nak angkat tangan mengalahjer...
Yeah!! ... akak cakap kalau tak dapat bergambar dengan Kevin memang akak tak nak balik... 
Ha... ha.. overlah makcikni...


Comments

Popular Posts