Nuffnang saya

Wednesday, February 21, 2018

Tercapai satu impian UPKK

Perjalanan hidup kamu masih panjang.. ini langkah pertama yang harus disyukuri.. walau tidak penting tapi cukup baik sebagai motivasi untuk terus berusaha... Akak risau juga kalau Atikah tidak berjaya  mencapai 8A, takut-takut dia tidak berusaha padahal tahun ini dua peperiksaan menunggu... Oleh itu dengan kejayaan kecil ini memangkin semangat untuk terus berusaha untuk berjaya mencapai Mumtaz(cemerlang) dalam PSRA dan juga 6A dalam UPSR... Ameen.. Ameen... 

Tahniah wahai anakku.. usaha kamu dengan kehendak Allah s.w.t. membenarkan kamu merasai kejayaan ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak SRA Bandar Kinrara 5 yang berusaha keras untuk semua anak didiknya. Semoga Allah akan memberkati hidup 
Tahniah Atikah dan kawan-kawan
Tahniah anak ibu...
Alhamdulillah...  
Pelajar lelaki berkerjasama angkat kerusi untuk acara ambil gambar... 
Atikah dan bff dia sejak dari darjah satu Dalili..
Berdua di mana jua... 
TV Al-Hijrah datang untuk rakaman rancangan Ad dhuha...
Seramai 101 pelajar mendapat 8A... 
Melebihi sasaran 100 orang 8A...
Tahniah ustaz dan ustazah semua...
Kepada anak-anak yang tidak berjaya jangan gundah gulana tahun ini ada 2 peperiksaan untuk dipulun...
UPSR dan PSRA menanti anak-anak semua...
Semoga semua calon SRABK5 tahun ini akan berjaya dengan cemerlang hendaknya dalam PSRA... 
Akak naik ke tingkat 1 untuk ambil gambar... 
Ramai juga ibu bapa yang hadir pada hari itu... 


3 comments:

  1. Tahniah Atikah..semoga terus cemerlang..Aamiin

    ReplyDelete
  2. Tahniah !!!!

    semoga mencetus inspirasi buat anak anak di luar sane ... aminnnn

    ReplyDelete
  3. MashaALLAH...Tahniah Atikah dan akak juga. Semoga terus mencapai kejayaan. Kalau gagal..jatuh bangun balik yer anak2. Kejayaan yang sebenar bila dapat masuk ke SYURGA. Amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang