Nuffnang saya

Wednesday, March 13, 2019

Mi Kicap Ala Cina Simple

Resipi mi kicap tentulah untuk anak kita yang comel. Jumpa resipi ini di sini :- RASA yang rasa sesuai untuk Dik Ya yang suka sangat dengan wantan mi. Tapi kali ini kita buat versi yang ringkas sebab malas nak buat sup dan juga dumpling. Minyak bawang putihpun dah sedia ada sebab dua hari lepas dah makan wantan mi... Ini memang sedap!!!

Malas nak keluar rumah punya pasal kita guna mi kering Vit's. Sayurpun tiada dan nasiblah ada bebola ayam... Yang penting dik Ya kata sedap sangat ibu.... terima kasih...

Menu tengahari sebegini selalunya untuk anak-anak di hari persekolahan... 
Kalau suami akak memang dia 'reject' awal-awal...

Mi kicapni bukan macam mi kicap Ipoh ok... kalau Ipohtu ada kari dan sosnya.... Mi kicap yang ini pula ringkas dengan bancuhan campuran sos kicap  dan minyak bawang putih sahaja. Meh kita tengok resipi .... 

Resipi Mi Kicap Sayur Ala Cina

Bahan sos kicap (1-2 hidangan)

Halia
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1-2 sudu besar kicap lemak manis

1. Masukkan semua bahan dalam periuk
2. Masukkan sedikit air dan masak sampai kuahnya sedikit pekat.

Bahan minyak bawang putih

6-7 ulas bawang putih
minyak (lebih dari bawang yer)

1. Panaskan minyak, goreng bawang putih sehingga kekuningan. Tutup api dan ketepikan....

Bahan Mi

Ada yang menggunakan mi kuning. Namun ada juga yang menggunakan mi kering seperti yee mi atau mi segera. 

Bahan-bahan lain (tak bubuhpun)

Sayur sawi (dicelur)
Minyak bijan 
Biji bijan

Mi yang telah digaul, macam mi sedap pulak yer...

CARA-CARA MENYEDIAKAN :-

1. Masukkan sos yang dibancuh kedalam mangkuk.
2. Letakkan mi dan 2-3 sudu minyak bawang putih dan sedikit minyak bijan..
3. Gaul sampai sebati dan bolehlah diletakkan dalam mangkuk.
4. Hiaskan dengan bijan dan sayur sawi.
6. Boleh juga letakkan isi ayam/daging atau bebola ikan telah digoreng.

INFO :

Jika hendakkan rasa pedas hiriskan cili padi dan letakkan sedikit kicap cair.

Wahai anak jadilah kamu insan hebat yang akan menggegarkan dunia.... semoga kasih sayang ibu akan membuatkan kamu kuat dalam menjalani kehidupan ini... Mi Kicap Ipoh mungkin hebat tapi mi kicap ibu ini juga tiada tandingnya kerana ibu lakukan dengan penuh kasih sayang...


4 comments:

  1. walaupun simple tp nampak menyelerakan kan kak... bdk2 lagi lah suka yg simple2 mcmni

    ReplyDelete
  2. Ampun ..sedap ni kak. Kena pulak dengan teh ais..terangkat habaq hang!!!!

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang