Nuffnang saya

Thursday, December 27, 2018

Singgah Warung Cikgu Bukit Puchong

Ini kisah lepas daftar keluar dari hotel Summit, kita cari makan dulu sebelum balik. Mula ingat nak singgah makan di medan selera SS19. Tempat yang pernah kami tinggal sebelum berpindah ke Kinrara. Masa tinggal di SS19 memang banyak kedai yang menjadi port makan kami. Konon nak singgah sambil cerita kat budak dua orangtu. Sebab akak pindah Kinrara masa Atikah berumur 4 bulan.

Sekali fikir-fikir kita singgah ke Warung Cikgu Bukit Puchong. Kiranya dulu kalau ke Bukit Puchong singgah Restoran Tuan Paridah sahaja. Tapi lauk dia cepat sangat habis. Jadi Warung Cikgu lebih mudah kerana lauknya hanya ayam goreng bersama sambal dan kuah sahaja, nasi mmanggey kata orang.... 
Lepas beratur bolehlah kita makan.. 
Minuman kegemaran coconut shake..
Ada juga order air kelapa sebaldi (baldi comel)..
takder pulak dalam gambar....
Separuh jalan baru teringat nak ambil gambar...
Walaupun makan tanpa pinggan tapi sedap weh!!!

Warung Cikgu
1, Jalan BP 6.7,
Bandar Bukit Puchong
47100 Puchong

1 comment:

Nuffnang oh Nuffnang