Nuffnang saya

Followers

Friday, April 19, 2013

Aishah Ghani meninggal dunia

KUALA LUMPUR 19 April - Veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneages di sini pada 12.50 tengah hari ini kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman. - BERNAMA http://www.utusan.com.my

KUALA LUMPUR, 19 April — Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani, 90, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini.

Beliau meninggal pada 12.50 tengah hari Jumaat kerana sakit tua, demikian menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.

Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, petang ini. Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.

Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan. Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita UMNO Kampung Baru.

Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat, pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera, serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955. — Bernama

~ Akak sedekahkan al-Fatihah untuk insan yang dihormati.. dulu dia pernah datang rumah akak masa akak kecik. Tok saudara akak pemandu dia dan kebetulan datang Perak jadi singgahlah rumah akak... Orangnya sangat lemah lembut dan sangat dikagumi...Hilang tak berganti...  Al-Fatihah ~

16 comments:

  1. Al-Fatihah.. semoga rohnya ditempatkan di golongan org2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. Al fatihah...hilangnya seorang tokoh politik buat kita

    ReplyDelete
  3. Al fatihah...
    seorang Wanita yg byk jasanya....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Alfatihah bt rohnya salam takziah bt keliauga beliau.

    ReplyDelete

  6. Al-Fatihah untuk arwah. salam takziah dan moga family beliau tabah

    ReplyDelete
  7. alFatihah...pergi nya seorg tokoh politik negara.......

    ReplyDelete
  8. semoga rohnya dicucuri rahmat....banyak jasa dh dicurah ni..

    ReplyDelete
  9. al-fatihah..moga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & beramal soleh

    ReplyDelete
  10. Alfatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang