Nuffnang saya

Followers

Sunday, April 21, 2013

Menjejaki Puncak Gunung Kerinci

Sebahagian tulisan dari Utusan Online tentang Menjejaki Puncak Gunung Kerinci yang membuatkan akak mengimbau kenangan berbelas tahun yang sudah.....
SESIAPA sahaja yang melalui kawasan perkebunan teh di desa Kersik Tuo, mukim Kayu Aro, daerah Kerinci, Jambi, Sumatera, Indonesia pasti akan terkesima dengan pemandangannya.
Berlatarbelakangkan perkebunan teh yang menampilkan Gunung Kerinci, sesiapa sahaja yang meminati aktiviti lasak pasti ingin menakluk puncaknya.
Di sebalik kisah mistik mengenai harimau jadian di Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) yang merupakan pintu masuk ke Gunung Kerinci, tersimpan khazanah flora dan fauna yang tidak ternilai harganya.
Populariti kisah harimau di situ membuatkan sebuah tugu dibina di simpang masuk utama ke desa tersebut. Dikenali sebagai Tugu Macan, ia menjadi tumpuan pelancong untuk merakamkan gambar kenangan.
Kehebatan Gunung Kerinci yang merupakan gunung tertinggi di Sumatera (3,805 meter/12,480 kaki) ........ teruskan membacanya di  http://www.utusan.com.my .
Cantiknya gambarni... Subhanallah... Kredit untuk jurugambar Utusan Malaysia...
Gambar dari Utusan Malaysia:::: Tak sangka akak dah lalui semua ini..
Merindui saat-saat itu...

Akak terbaca Utusan Online pasal "menjejaki Puncak Gunung Kerinci" dan ingatan akak kembali pada tahun 1999. Masatu akak bujang lagi dan join xpdc Persatuan Rekreasi Klang. Walaupun akak tinggal di Ipoh tetapi akak selalu join aktiviti belia dari Klang. Untuk xpdc kali ini kami memulakan perjalanan dari Klang waktu malam dan tiba di Melaka seawal pagi. Maka terpaksalah menunggu sehingga kaunter tiket feri dibuka. Oleh kerana ramai ahli kumpulan ke Gunung Kerinci ini akak tidak kenal bermulalah sessi berkenalan di awal pagi. Bersembang tepi longkangjer pun tapi rasa seronok pulak..
Naik feri dari Melaka ke Dumai tak ingat berapa lama, tapi macam lama jugalah. Hari pertama sampai di sana kami bersarapan dan makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk. Sedap tau makan di sini memang menjilat jarilah (lapar pulaktu!!!). Di sinilah kami baru dapat mandi pagi dan meneruskan perjalanan. Bermulalah pengembaraan kami dengan bas comel (bas pariwisata) dari Dumai ke kaki Gunung Kerinci.. Jauh sangat tau tak ingat berapa hari dalam bas pariwisatatu baru boleh sampai. Tidur, bangun, sembang, gelak, tidur balik, lepastu singgah kedai makan untuk makan, mandi dan solat...gituler untuk berapa hari.. Dapat tengok budaya tempat orang dan kebetulan masa kami pergitu akan berlangsung pilihanraya di Indonesia.
Memang sangat teruja jugalah walaupun penat, bayangkan lima jam dalam baspun kita rasa bosan inikan pula berhari-hari. Sebenarnya masa untuk naik gunungnya hanya dua hari diperlukan, satu hari untuk naik dan satu hari lagi untuk turun. Masa dalam bastu yang lama membuatkan xpdc ke Gunung Kerinci ini tidak sama dengan pendakian gunung yang lain. Paling istimewa sebenarnya apabila dua sahabat akak yang tidak mendaki bersama kami membelikan kek dari pekan terdekat untuk sambut harijadi akak. Turun dari gunung ada sambutan harijadi akak, kiranya itulah sambutan harijadi akak yang lain dari yang lain... best!!!
Kenangan indah itu tidak mungkin berulang dan di sebabkan xpdc Gunung Kerinci itu juga akak dapat anugerah yang terindah. Itulah janji Allah yang pasti setiap dari kita mesti percaya dengan Qada dan Qadar... Pertemuan pertama kali di tepi longkang dan sama-sama mendaki gunung itu rupanya titik permulaan untuk akak mengenali seseorang. Seseorang yang sangat istimewa dalam hidup akak.
Ikutkan pada masa yang sama sebenarnya sahabat dari Persatuan Rekreasi Perak mengajak akak ke xpdc Taman Negara Gunung Mulu Sarawak. Tapi disebabkan keinginan akak lebih menjurus untuk mendaki Gunung Kerinci iaitu gunung berapi yang masih aktif menemukan akak dengan seseorang yang kini bergelar suami. Allah telah janjikan yang jodoh akak adalah disebabkan kami sama-sama memilih untuk pergi mendaki Gunung Kerinci pada waktu itu.
Emak dengan apak akak sebenarnya terlebih gembira kerana akhirnya dapat melihat anak sulungnya berkahwin. Mungkin dah tak sanggup lagi mendengar kata orang keliling anak kamu yang sulungtu tak nak kahwinker!! adik-adiknya dah tiga orang kahwin... Akhirnya doa emak dan apak telah dimakbulkan kerana dengan izin Allah tarikh 21hb April kami disatukan menjadi suami dan isteri yang sah. 
Hari ini genaplah ulang tahun perkahwinan kami. Doa akak moga Allah terus memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam rumahtangga kami ini hingga akhir hayat. Semoga kita saling berkerjasama untuk menjamin kehidupan kita kekal rukun dan aman damai.. .. AMIN..AMIN....
H.a.p.p.y.  A.n.n.i.v.e.r.s.a.r.y.


23 comments:

  1. heppi anniversary kak...

    seronoknya baca cerita akak ni,itulah jodoh & pertemuan Allah yg tentukan.

    moga jodoh akak berkekalan hingga ke syurga.
    gambar akak panjat gunung tu takde ke?

    ReplyDelete
  2. Wah, tahniah atas ulang tahun perkahwinan akak..

    Takdir yg Allah rancangkan, tiada siapa yang tahu. Alhamdulillah akak jumpa jodoh akak semasa xpdc...menariklah pengalaman akak ni.. Mesti kalau anak cucu dgr nanti pun., tumpang gmbira..

    Semoga kekal bahagia.....

    ReplyDelete
  3. tahniah akak klau dh jodoh kat mana leh jumpa dan kekadang kt tempat yg x di jangka kan alhamdulillah an kiranya bila baca utusan ni menggamit kenangan lalu dan semoga perkahwinan akak berkekalan hingga ke akhir hayat ye

    JM pun harapkan dpt bertemu jodoh ngan kaki travel jugak like JM heeee

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahun sis. Btw. Xpdc gunung tu lebih extreme dr broga hill kann

    ReplyDelete
  5. oh sweetnya, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kak...semoga cinta akak berdua kekal sehingga ke jannah, amin

    ReplyDelete
  6. Seronok buat aktiviti lasak ni. Sau kepuasan utk diri kan . Happy anniversary!!!

    ReplyDelete
  7. hepi annv kak..semoga berbahagia hingga ke akhir hayat,amin...

    ReplyDelete
  8. subhanallah,cntik sgt..

    hppy anvrsry ya sis.

    ReplyDelete
  9. manisnya kenangan itu
    happy annivessary :)

    ReplyDelete
  10. cantik sgt..lya x pnh lg daki gunung /bukit ni...

    happy anniversary day buat akak & husband..moga kekal hingga ke Jannah..amin

    ReplyDelete
  11. Ep anibeseri kak cho..sggh indah memori pkenalan di puncak gunung..mesti romantik kan kali ptama bjumpa sama2 daki gunung...sama cam syima dlu bujg suka daki gunung..pnh daki gunung nuang =)

    ReplyDelete
  12. Fuh kak....mmg manis pengalaman akak....mcm tu rupenye kisah akak n hubby....sgt sweet kak....lain dari yg lain lieya rase kot kisah akak hehehehe

    Kak rupenye akak ni aktif ye muda2 dulu dgn aktiviti fizikal gini....tabik spring lieya kat akak tau....

    Hepi anivesary kak ye...:moga rumahtga yg dibina kekal bahagia dan utuh selalu....

    ReplyDelete
  13. wahh beznya tak prnh g pnjat2 ni..hehe

    ReplyDelete
  14. Wah...active juga akk yer.

    Happy anniversary to both of you kak. Yg ke brapa tahun ni? Semoga kekal bahagia selamanya.

    ReplyDelete
  15. selamat hari ulangtahun perkahwinan..moga berkekalan sehingga Jannah...

    aktif nya akak yer

    ReplyDelete
  16. hepi anniversary kak...
    wah uniknya pertemuan...

    semoga kekal bahagia hendaknya...amin...

    p/s: lamanya dlm bas..berhari2 kekdahnya...mesti kematu bontot...hahaha...

    ReplyDelete
  17. selamat ulangtahun buat suami dan akak.mudahan panjang dan kekal jodoh bahagia ke anak cucu dan akhir hayat.

    wahhh.....pertemuan yang sweet.
    aktif akak eh.saya ni,gunung ganang tak pernah sampai pun.da tua tua lagilah...alahai.....hehe

    ReplyDelete
  18. happy annivessary...
    moga sentiasa bahagia..

    ReplyDelete
  19. Happy Anniversary Kak Zila & Abg Rafi

    ReplyDelete
  20. haruslah terkenang ...sebab kali pertama bertentang mata macam ada magnet hehe...
    HEPY ANNIVERSARY yeh moga kekal hingga ke jannah

    Okje tak minat aktiviti lasak ni...

    ReplyDelete
  21. ohh..ada citer disebaliknya... erm... kira kenangan terindah la ni... apapun yati doakan semoga berkekalan selamanya ye...

    ReplyDelete
  22. tak sangka akak dah sampai kesana... mesti cantik kan tempat tu......

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang