Nuffnang saya

Followers

Friday, April 19, 2013

6 TIP ransang minum air dengan banyak

SUMBER : Majalah Qaseh (April 2013)
 
BAWA BOTOL AIR KE MANA SAHAJA
 
Cara ini bukan sahaja membantu anda berjimat, malah ia merupakan pilihan yang lebih selamat dan sihat. Dengan memabawa botol air anda sendiri, secara tidak langsung ia akan lebih memberikan anda keinginan untuk meminum air dengan lebih kerap.
 
LETAK SEGELAS AIR DISEBELAH ANDA
 
Sekiranya anda duduk dalam tempoh masa yang lama contohnya di meja kerja, pastikan anda meletakkan segelas air bersama-sama. Ia memudahkan anda untuk minum air yang banyak.
 
SETKAN MASA
 
Jam tangan digital atau telefon bimbit anda boleh memberi peringatan setiap masa untuk anda minum air. Apabila jam itu berbunyi, tuangkan segelas air dan minum secawan kecil air (180ml) setiap jam. Apabila waktu kerja selama 8 jam berakhir, anda telahpun berjaya meminum air sebanyak 1.4liter sehari.
 
SISTEM RAWATAN AIR BERKUALITI
 
DI Malaysia, terdapat pelbagai jenis produk penapis air. Anda harus mencubanya untuk mendapatkan air yang betul-betul bersih dan elok diminum. Air yang ditapis sebenarnya lebih sedap dan rasanya berbeza dengan air yang mempunyai klorin.
 
TAMBAHKAN HIRISAN LIMAU ATAU TIMUN
 
Cara mudah untuk memberi perbezaan sedikit dengan menambahkan sehiris limau nipis atau timun. Jika anda lebih suka minum air yan gsejuk simpan 1 jag air dalam peti ais. Minumlah air sejuk itu sebanyak mungkin. Orang kata, minum air sejuk kurang bagus. Tapi sebenarnya ia tidak benar kerana yang kurang bagus adalah air yang mempunyai terlalu banyak ketulan ais.
 
MAKAN BUAH-BUAHAN YANG MENGANDUNGI BANYAK AIR
 
Makanlah buah-buahan yang mempunyai banyak air seperti buah tembikai (92% mengandungi air mengikut berat) dan tomato ( 95% mengandungi air). Untuk lebih sedap, anda boleh mengisar buah tembikai segar dengan sedikit ais dan tambah beberapa helai daun pudina untuk lebih segar dan berkhasiat.
 
CARA KURUS DENGAN MINUM AIR
 
~ Mulakan pagi anda dengan segelas air.
~ Minum segelas air sebelum waktu makan.
~ Lebih baik minum air suam daripada air sejuk.
~ Tambah hirisan lemon atau limau nipis bagi anda yang kurang selesa dengan air kosong.
 
MASA YANG SESUAI UNTUK MINUM AIR
~ Minum dua gelas air putih selepas bangun tidur kerana ia membantu mengaktifkan organ dalaman.
~ Minum segelas air putih 30 minit sebelum makan. Ia membantu penghadaman dan membuat perut lebih bersedia memberi ruang untuk makanan masuk ke dalam perut.
~ Minum segelas air putih sebelum mandi untuk membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
~ Minum segelas air putih sebelum tidur kerana mengikut kajian, ia dapat mengelakkan risiko strok dan terkena sakit jantung ketika tidur....

12 comments:

  1. air kosong mmg payah nauu nak telan kak oii..cer bg air manis lajuuu je hehe sy lah tu :")

    ReplyDelete
  2. i minum air kosong yg panas...
    kalo dah suam, macam tak tertelan lak...

    ReplyDelete
  3. Betul ckp Rasp, kalau nk minum air kena suam2 pns kalau x nnt mmg xblh nk minum.. :D

    ReplyDelete
  4. lepas nih nak amalkan minum banyak air masak jugak~

    ReplyDelete
  5. good tips...
    thanks akak for sharing..
    kadang2 bukan nya tak tahu.. tapi lupa... kadang2 tak tersiap benda tu semua.. :D

    ReplyDelete
  6. saya mmg jenis banyak minum air kak...alhamdulillah....skg ni mmg jarang minum air manis...togok air kosong jer...kalau gi kedai makan pun bawak mineral water...hehehehe...

    ReplyDelete
  7. thanx sharing..sy antara kurang minum..insyaallah cuba amalkan tuk kebaikan.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,
    Entry yang sangat baik....boleh tak saya sharekan di blog saya?

    ReplyDelete
  9. kadangkaang bawa air dlm botol pun, tak juga minum...hehe

    ReplyDelete
  10. Kadang tu tau khasiat minum air banyak ni tapi jarang nak buatkan....

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang