Kebaikan pisang vs orang kampung

Semalam beli pisang di pasar tani. Terus teringat kerenah Atikah yang disuruh bawak pisang sebagai bekalan ke sekolah bulan lepas. Jawapan dari mulut Atikah sangatlah comel " tak naklah ibu macam orang kampung". Adakah pisang itu melambangkan orang kampung.

Gitulah lurusnya hati kanak-kanak... Atikah memang suka makan pisang sampai kita pulak kena suruh dia berhenti. Cuma mungkin pada pandangan mata dia pisangni memang makanan orang kampung. Pada pandangan dia nak jadi orang bandar kena makan epal, anggur atau erti kata lain buah luar negeri.. Tapi tahukah engkau anakku, pisang dijual dipasar tani semalam berharga lebih dari RM5. Sekarang dah mahal pisangni.. Ingat dulu masa bapak akak banyak tanam pisang selalu buat sedekah kat jiran kot idak terbiarjerler pisangtu sebab dah banyak sangat...
Inilah pisang yang dibeli dipasar tani semalam...
Ambil artikel 1001 kebaikan pisang dari sini  :- http://www.esempoi.com/tips-trick/tips-kehidupan/1001-kebaikan-pisang/


Zat yang terkandung dalam sebiji buah pisang ternyata sangat banyak. Pisang yang benar-benar masak lebih mudah dicerna dan gula buahnya telah berubah menjadi glukos semula jadi dan proses penyerapan serta peredarannya didalam darah juga menjadi lebih cepat. Antara khasiat pisang yang lain.
 
1. Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.
 
2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.
 
3. Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.
 
4. Mengubati luka akibat terbakar
Daun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesai yang menyejukkan kepada kulit.
 
5. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya, lakukannya selama 15 hari berturut-turut.
 
6. Atur berat badan
pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan 4 gelas susu tanpa lemak atau susui cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan
banana attack3 1001 Kebaikan Pisang
 Suka tengok gambarni... dari artikel yang sama...
7. Kecantikan semula jadi
Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘bana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.
 
8. menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembalin tenaga.

Comments

  1. Saya tak suka makan pisang tapi pisang goreng cicah sambal kicap saya makan...hehehe

    ReplyDelete
  2. byk ksiat pisang..ayu bru tahu..huhu

    ReplyDelete
  3. ni le bdk2 skang ye kak..sya dlu penah sarapan pisang rebus..bwk bekal pn penah...mmg malu tp dh itu je yg hado...selamat 10 org membesor ngn elok gak..otak pn bijak even mkn pisang rebus je sapan pagi..ehehhe

    ReplyDelete
  4. suka pisang montel & pisang mas..
    hehe comel je atikah ye,mungkin pisang ni banyak ditanam kat kg2,tu sebab atikah kata mcm org kg kot

    ReplyDelete
  5. Awat pisang yg kene peluk tu... MASAM??? aku suke kene peluk you...! auuwww

    ReplyDelete
  6. sedapnyer pisang tu . tq info yg bagus

    ReplyDelete
  7. Mungkin kalau belikan pisang montel yang kulitnya kunig cantik dan bersih tu atikah nak bawak kot. Hehe. Mcm2 anak2 ni. Tapi Kak, bukan pisang je yang mahal sekarang. Boleh dikatakan semua buah mahal. Jambu batu sekilo rm3. Jambu air yang merah tu harga berubah2. Kadang2 rm5 sekilo. Kdg2 rm6. Pernah paling mahal RM10.50 sekilo masa bukan musim dia. Saya time peknen ni mmg sangat kerap beli buah.

    ReplyDelete
  8. Ok. Balik ni nak beli pisang. Sedap plak tgk pisang tu. ANak saya suka makan pisang.

    ReplyDelete
  9. falsya suke makan pisang...hadap itu saje pun boleh...;)

    ReplyDelete
  10. anak2 zura pon suka makan pisang~
    suka tengok dorang makan~

    ReplyDelete
  11. Dulu suka gak mkn pisang.tp dah makin kerap kena heart burn terus x makan lagi.

    ReplyDelete
  12. Ada masa2nya suka gak makan pisang nie.. lebih2 lagi pisang rastali.. :)

    ReplyDelete
  13. balik johor cari kerepek pisang dah tak jumpa..
    pisang kat kebun kena curi, mahal oo sekarang reganya nak oooii..
    kalah epal..heee

    ReplyDelete
  14. pisang memang byk khasiat......
    kalau kat kampung lagi best!!! free...kat bandar kena bayar....

    ReplyDelete
  15. Ya, begitul anak-anak.. comel.
    padahal pisang enak rasanya.

    ReplyDelete
  16. betul tu...rega pisang dah mahal sekarang ni....
    Saya pun suka pisang...

    ReplyDelete
  17. Kesian nasib pisang. hehehe

    kawan sekerja saya dulu, hari hari bawak pisang pi opis. Sebab dia nak gemukkan badan dia yg kurus kering.

    ReplyDelete
  18. pandai nye lah budak2 zaman sekarang nih....

    ReplyDelete
  19. Hahaahah... pandaii ek.. bawak pisang mcm org kampung ek..
    Pisang sekarang mahall anak oii.. pisang yang longgok buat cekodok tu pun skrg 2.50 sekilo... heheehehhe...

    Tp.. orang keencing manis tak leh makan pisang kan.

    ReplyDelete
  20. Ehehehe!!mcm org kampung plak...atikah2 ..:))

    ReplyDelete
  21. ala atikah...auntie bawak pisang hari2 pegi keja tau, tak sangka macam orang kampung auntie ni ye hihihi. tapi kepek pisang sedap tau

    ReplyDelete
  22. hehe....thanks sahring.
    saya feveret pisang.asal ada pisang,tak ratah pun,mesti nak buat jemput2 pisang =)

    ReplyDelete
  23. alamak... tekejut baca jawapan atikah tu... hihihi tapi budak2 mmg pandai sekarang ni...

    ReplyDelete
  24. tq share! feveret jugak pisang ni.

    ReplyDelete
  25. Tengok pisang ni....hubby OKje mmg suka makan pisang

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts