Followers

Thursday, February 14, 2013

14 Februari dalam kenangan

Setiap kali datang 14hb Februari akak mesti teringatkan sesuatu. Kenangan yang amat berbekas di hati ini dan tak mungkin akak akan lupakan sehingga hujung nyawa. Mungkin pada masa ini harapan yang terlalu tinggi membuatkan saat kehilangan itu sangat dirasai. Sebenarnya akak ada buat entry pasal  bayi-mati-dalam-kandungan dan pernah menjadi carian tertinggi dalam blog akak.

Syukur kehadrat Illahi kerana memberikan akak kesempatan untuk merasai pengalaman melahirkan bayi tanpa suara itu. Kemungkinan itulah yang memberikan akak kekuatan untuk lebih menghargai kehidupan ini. Syukur juga kerana mengurniakan akak dua orang anak yang comel sebagai ganti, yang dapat mengubati keresahan hati ini. Mohammad Najmi bin Mohd Rafi, ibu masih terkenang saat terakhir ibu peluk dan cium kamu pada 14hb Februari 2003. Kalaulah anak ibu hidup, sekarangni dahpun tahun 4. Mesti menjadi body guard untuk dua orang adik perempuannya di sekolah..... Namun anak ibu damai di sana...  
Terima kasih pada fotozaza untuk gambar PPUM yang cantik ini. Wad bersalin PPUMpun dah baru sekarang, idakler wad yang pakai kipastu lagi, aircond sekarangni.. teringat kata nurse PPUM, kalau dah ada wad baru nanti mengandungler lagi...
 
Ikutkan hati akak memanglah teringin punya anak lelaki  pula tapi disebabkan faktor umur keinginan itu akak diabaikan. Cukuplah berkongsi kasih dengan anak-anak buah yang terlebih ramai lelaki. Kalau sebelah suami akak semua anak buah adalah lelaki, kalau sebelah akak pulak dari 12 orang anak buah, 7 orang adalah lelaki.. 

27 comments :

Aida Salleh said...

Saya tumpang sedih kak. Tapi akak jangan risau. Arwah bahagia di sana dan insyaallah di akhirat kelak dia akan pasti dapat membantu akak. Alfatihah.

lieyalatif said...

kak!! saye baru tau ni bace cite akak nie....ya Allah sedihnye kak....arwah meninggal sebab ape kak....

tapi takpe kak, akak beruntung sebenarnye, sebab setiap ari akak dah ade penghuni syurga yg doakan akak....bukan semua org ade mcm tu kak...akak jgn sedih2 key...in sha Allah kite same2 jumpe arwah di jannah Allah bile sampai masanye nanti....

:: Mrs.Eady :: said...

dah ada bidadari syurga..

nuyui a.k.a miss YUI said...

Ya ALLAh,s edih yui..sama2 kt sedekahkan al-Fatihah utk arwah...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedih kak baca entry ni...tapi yg pasti syurga untuknya kak...akak beruntung kerana dah ada saham di akhirat nanti

LiLy @ MaMaQiStInA said...

lily pun baru tau ni..yang pasti Syurga untuknya kak..

Suraya Baharun said...

semoga dia tenang di sana kak...al-Fatihah utk arwah...

Mrs Velentine said...

al-fatihah buar arwah..yg pasti syurga tempatnya..sayu baca entry ni

Kakzakie said...

Pemergian anak yg masih suci tanpa dosa akan menanti ibu-bapa di pintu syurga..

@lfidah @dim said...

kak, saya baru baca cite pasal akak dan baru tahu.sedih baca entry akk.semoga akk tabah.jangan sedih2 yea..Al Fatihah untuk arwah

Nur a.k.a admansyah said...

Mcm mn aku bleh tak tahu psl citer sedih ko ni beb? Innalillah...

InsyaAllah beb, DIA tunggu kau kt sana. Yg ptg... ko jgn smbt 14/2 ni sbb VALEN**** tapi... perbanyakkan alfatihah & Yaasin utk Arwah.

Al fatihah

Puan Mimi said...

kak, saya baca kisah akak tu.. saya sebak kak.. siap mengalir air mata.. tak semua orang diduga dengan ujian sebegitu.. semoga akak terus tabah.. insyallah arwah tunggu akak dan suami di pintu syurga.. (taip ni pun saya nangis)

mama aryan said...

alahai kak..sedih saya baca entri akak ni,cerita akak sama dgn kak c'jai..tak dapat nak saya bayangkan.

Sue-Rya Qistina said...

sebaknya kak. saya baru tau pasal ni. sabar dan bnykkan berdoa utk arwah ye. tempatnya di syurga dan dia akan sentiasa mendoakan utk keluarganya terutamanya ibu yg telah mengandung dan melahirkannya..dia akan nantikan akak di pintu syurga..

نورعيم said...

Al-Fatihah. Semoga arwah tenang di sana. InshaAllah dia akan tunggu akak kat sane.

akak jgn sedih2 ye kak.

ashra said...

Mudahan anak inilah yang akan menolong kita diakhirat kelak ye kak...
Bertuah kita :) punyai saham akhirat..insyaallah

Myra Jay said...

Kenangan walaupun pahit dan masih berbekas, apa yg penting kita redha dan ikhlas, insyaAllah kita akan tenang kan kak..

Sabar ye kak

Myra Jay said...

Oh ya kak, pasal nak set Comment Moderation tu, akak p kat Setting - Post & Comment - Comment Moderation - Tick Always :D

Kniedaz said...

dah tertulis pertemuan setakat itu sahaja..alhamdulillah dah ada pengganti ^_^

are_lin@yu said...

xpa kak..syurga tempatnya disana..alhamdulillah ada hikmah disebalik apa yg jadi

Remy hazza said...

tabahkan hati mu kak.....
insyaAllah...dia akan membantu nanti disana.....

MaMa Rey said...

al-fatihah buat arwah..sebak pula baca entry ni..

Fiza Rahman said...

Touching lah kak baca. Al-fatihah untuk arwah.

munna said...

Al- Fatihah... yg pastinya dia tenang di syurga sana

*∽ IZAN ∽* said...

Al-fatihahh.... sekurang2nya Akak beruntung kerana dah ada sorang bidadara syurga yang menunggu di sana. Semoga Akak terus tabah yekkk. Setiap yg berlaku tu pasti ada hikmahnya....

QA's ~ mamapapa said...

Arwah menanti akak di sana..inshaAllah..

Nora Karim said...

Innalillahi wa innailaihirojiun... sesungguhnya dia sedang menunggu ibu bapanya di syurga...