Destinasi Cinta 2013 ~ impian cuti kami

2013 ini akak juga ada destinasi cinta untuk ditujui.. Bukanlah macam Destinasi Cinta bersama Air Asiatu di Astrotu, kena naik flight baru sampai . Tapi destinasi cinta kami dekat-dekat sahaja untuk gembirakan hati anak-anak dan diri sendirikan... Biasalah akakni memang  penuh dengan angan-angan, banyak teringinnya...

Impian destinasi cinta akak tahun 2013 ialah ;-

1) Akak berangan nak pergi ke Pantai Timur naik kereta dari sini menuju ke Trengganu ikut Pahang. Banyak tempat menarik di Trengganu yang akak belum sampai lagi misalnya  Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Masjid Kristal, Muzium Trengganu dll. Akak jumpa blog ini untuk panduan nanti :- berbaloiditerengganukita . Dari Terengganu akak nak pergi ke Kelantan, negeri yang akak suka sangat pergi terutama disebabkan makanannya. Baliktu nak ikut jalan Grik sebab nak menikmati pemandangan sepanjang jalan, memang cantik sesangat.

2) Impian Taman Tema  pulak  akak nak pergi ke :-
  a) Gambang Water Park ~ teringin nak pergi Kuantan apa salahnya singgah sini...
  b) I-City Water Park ~ tempat baru dan dekat lagi mestilah kena pergi...
  c) Kidzania ~ Atikah dan Azalia dah pergi dengan rombongan sekolah tapi tak seronok sebabnya takder gambar ...
3) Tempat Menarik dinegeri kelahiran akak Perak Darul Ridzuan yang ingin akak abadikan dalam blog ini nanti ialah :-
Tempat menarik di Ipoh khas untuk bergambar akak nak pergi ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Taman Dr Seenivasagam, Padang Polo dan Stesyen Keretapi Ipoh. Boleh tengok di sini tempat-tempat-menarik Ipoh  
Tempat menarik di Kuala Kangsar akak nak bergambar di Masjid Ubaidiah, Galeri Tun Azlan Shah dan Istana Kenangan. jom tengok sini tempat-menarik-di-kuala-kangsar/
Kalau Teluk Intan nak ambil gambar di Menara Condong Teluk Intan, tak merasa pergi  Menara Condong Pisa Italy jadilah kat sini jer... Lagipun on the way balik dari Kinrara ke Bota kalau ikut jalan Kuala Selangor - Sungai Besar..  
Boleh baca blog ini juga untuk destinasi-pelancongan-di-perak .

4)  Luar Negara ~ tak banyak tempat yang akak nak pergipun cuma akak nak pergi Hatyai sebab ada dua tempat yang akak tak pergi lagi iaitu Pasar Terapung dengan Ice Dome. Insyaallah bulan Mei nanti akak akan melawat Vietnam bersama dengan Rozie dan kawan-kawan dia.

5) Pulau yang menjadi impian akak hanyalah Pulau Pangkor sebab dekat dengan kampung akak. Kalau boleh nak sangat pergi sini dengan semua keluarga akak buat cam family day.. mesti bestkan.. Tapi kalau ada rezeki nak pergi Pulau Tioman mengimbau kenangan masa akak dapat lesen selam skuba (scuba diving) masa tahun 2000 dulu.
6) Tempat tinggi yang masuk dalam senarai akak untuk Destinasi Cinta 2013 akak ialah nak pergi ke Fraser Hill. Lagi satu akak simpan impian untuk naik Broga ambil gambar banyak-banyak. Ehm paling best ialah tempat kerja akak ada jemput siapa yang berminat naik Gunung Kinabalu dan yang penting PERCUMA, mestilah akak nak. Masa akak naik Gunung Kinabalu tahun 1996 dulu akak memang sangat berhajat nak datang lagi ke sini. Penuh harapan impian naik Gunung Kinabalu kalu kedua akan tercapai...

7) Last but not lease akak nak pergi Melaka .. jangan gelak.. memang dah lama sangat akak tak sampai Melaka. Akak teringin nak menyusuri (chewah!!!) sungai Melaka naik Melaka River Cruise, naik Menara Taming Sari, dan banyak lagi, Melaka memang bestkan... Jom tengok laman web ini :-  tempat-tempat-menarik 
Tahun 2012 banyak kenangan jalan-jalan kami sekeluarga...
Moga tahun ini juga dapatlah kami berjalan-jalan lagi...

Comments

  1. akak mcm dh bg idea kat falsya je nak gie mana kalau cuti..hehehehe

    ReplyDelete
  2. wahhh..bestnya destinasi cinta akak ni. menarik sungguh! bln mei nnt akak nk g vietnam? bestnya!!! nak ikut boleh? hehehe. fraser's hill n melaka mmg tempat percutian yg best. fraser tu sbb sejuk, cuma otw nak naik ke atas tu jln berpusing2 (saya ade buat n3 psl bercuti kt fraser hill last year). melaka pulak bnyk tempat2 menarik, negeriku pulak tu. hehehe

    ReplyDelete
  3. Planning awal tahun insya-allah boleh terlaksana kalau cuti mengizinkan..

    ReplyDelete
  4. semoga tercapai segala hasrat :)

    ReplyDelete
  5. wah..best ada impian nak jalan2 ni..sblm khawin sy rajin juga jalan2.. la ni dah kurang..Pangkor, Langkawi dh pegi.. teringin nak pegi Pulau Redang & Pulau Perhentian buat masa ni:)

    ReplyDelete
  6. cantik planning akak nie hehheeh..tapi betul kak, kat malaysia ni sebenarnye byk lagi tempat2 menarik kite tak sampai lagi kan...kadang2 ade yg kite tak tau pun.....lieya pulak kak tingin nak pi kelantan...uihh makan sedap2 situ hehehheeh

    ReplyDelete
  7. wah best nye destinasi cinta akak...betul la kat malaysia ni sebenarnye banyak tempat menarik kan....

    ReplyDelete
  8. Saya selalu tak boleh berimpian sebab mesti tak tertunai. Heheheh. Hasilnya, kalau nak jalan, biasanya secara adhoc jer. No 1 dan last tu, saya dah expert kak. Tapi saya jeles sebab akak dah ada lesen scuba. Uwaa...

    ReplyDelete
  9. Saya nak gi Ipoh balik..mengimbau kenangan bercinta dulu hehehe..Taman Dr, Padang Polo, Stesyen Keretapi, Greentown Mall, Ipoh Parade..hehehehe

    ReplyDelete
  10. Semoga impian menjadi kenyataan yer kak. In shaa allah.

    ReplyDelete
  11. waa.. banyak nya tempat akak nak pegi.. hehe..

    kite pon teringin nak pegi melaka. 1st timee pegi dulu 2006 tu pun tido uma kawan dan pegi a famosa aje. =P

    ReplyDelete
  12. zura pon plan nak bawa famili pergi bercuti lebih kerap tahun nih..

    moga impian kita terlaksana yer kak~
    amin~

    ReplyDelete
  13. Uiihh... pnjg tol list ko! ni.. I nk tanye... yg ko nk gi tmn tema Kuantan tu, yg Tambun dh pi kaa??

    ReplyDelete
  14. kalau pergi teluk intan tu buzz ler.. liya org sana hehe

    ReplyDelete
  15. Wahh..senarai yang menariks..hehe..leh copy bagi hubby ni.hehehehe..

    ReplyDelete
  16. bila baca senarai akak ni, rupanya banyak lagi tempat dalam malaysia ni yang saya tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  17. insyaAllah...remy doakan..... dah sampai ipoh tu...terus ler pi kampung remy...he3...taiping ler...best jugak kat taiping tu.....kota warisan....

    ReplyDelete
  18. istilah destinasi cinta ni menariklah... boleh apply ni..
    bnyak tempat yg akak senaraikan tu saya suka....smoga plan akak tahun ni berjaya ye

    ReplyDelete
  19. Bagus gila kalau dah ada plan nak berjalan kat mana, macam saya plan bulan Ogos atau September ni nak pergi Myanmar 2-3 hari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts