Permulaan kisah ke dunia KidZania

Akak akan bawa kisah KidZaniani berperingkat-peringkatler yerk sebab gambarnya boleh tahan banyak. Jom tengok gambar kenangan kami sebelum masuk ke dunia KidZania, memori yang indah untuk anak-anak. Gambar yang akak ambil sebelum 3 bersepupu ini memulakan "pekerjaan" dan menjadi Kidzanian. Akak beli tiket menerusi online kerana lebih mudah dan hati lebih tenang takut-takut tiket habis dijualkan..

Akak sampai di KidZania seawal 9.00 pagi mungkin hari sabtu jalan tak jem dan ramai yang dalam mood CNY. Lagipun Puchong ke Damansaratu bukanlah jauh sesangat ikut LDPjer. Sampai situ nampaklah kakitangan KidZania sedang diberikan penerangan sebelum memulakan kerja.. Tapi jangan tak tahu dah ada yang beratur.

Jangan pulak terkejut tengok kaunter tiket di KidZania sama macam kaunter Air Asia di lapangan terbang, dah betullertu. Kita tak terbang keman-manapun hanya pergi ke alam fantasi anak-anak dunia KidZania. Konsep dia sama macam prosedur nak masuk ke kapal terbang, terasa macam nak akak nak terbang ke Bandung lak...  

Semasa akak beratur ada kakitangantu bagi tahu tag akan hanya diberi pada pukul 9.30 pagi. Takperlah bukan nak buat apapun beraturjerlahkan.. Masa beraturni dah cuak tengok bas sekolah dalam lima buah kot yang turunkan kanak-kanak. Terfikir dalam hati itulah kawan-kawankan suruh pergi hari biasa, hari minggu memang ramai orang..

Jom layan gambar sebab akakni memang tak pandai nak mengarang macam kawan-kawan akak.. Biarlah gambar berbicara, sekeping gambar ada seribu kisah... Layan.....
Mula sampai mood "HAPPY" ..
 Kata Naufal dia terjaga dari tidur pukul 4.00 pagi,
dah tak sabar-sabar tunggu Mak Long ambik... 
Gambar ini di kaunter, agaknya pejabat KidZania...
Kaunter Air Asia di KidZania... 
Cepatlah bagi kami naikni... 
Baca "border pass" yang akak dah beli online sehari sebelum itu... 
Akhirnya dapat juga tag yang akan digunakan untuk permainan nanti...
Bagus tau walaupun KidZania buka pada pukul 10.00pagi tapi
pada pukul 9.30 pagi tag dah dapat.. 
Kena naik ke tingkat 4 untuk sampai ke dunia KidZania.
Beg akan diperiksa di sini untuk memastikan kita tak bawak makanan
dan mungkin barang merbahaya..
Kalau di lapangan terbangpun kan ada pemeriksaan..
Di sini pulak "border pass" kita akan diperiksa..
Kalau kita lalu LDP kita akan nampak bangunan KidZania
yang mana ada kapal terbang terjojol keluarni..
Gambar kurang elok kot idak nampaklah kapal terbang di atastu... 
Sah kami dah boleh masuk KidZania.. yeeha.. yeeha...
Cek yang kami dapat dah ditunaikan di CIMB.. boleh shopping...
Pukul 10.00pagi ada lagu KidZania dan staff yang sangat
sporting menari, tarian KidZania... Memang bestler ...
Tapikan tak taulah setiap berapa jam,
kalau pasangjer lagu KidZania staff dia akan menari..
Jom tengok apa yang ada di KidZania, akak ambik dari :-http://www.kidzania.com.my

What is KidZania?
KidZania is an education and entertainment indoor theme park that allows children to role-play adult activities in a replica city designed to simulate real-life and a functioning economy – aims to help children develop a sense of vocation and learn about the adult world and how a real city works.
What is the difference between KidZania and other theme parks?
Unlike traditional theme parks, there are no arcade games and no rides. Instead, KidZania is a safe and interactive edutainment (education & entertainment) park where children can lead independent lives and get to understand the world of grown-ups better, by being grown-ups themselves.
KidZania memang untuk kanak-kanak... Jomler ke sana...

Comments

  1. kak..kalau umur2 mcm falsya nie agak2 boleh masuk x without bdk2...hehehe

    ReplyDelete
  2. bestnyer... ank dah bsr skit nnti bleh la bawak sini...

    ReplyDelete
  3. Seronoknya laa budak bertiga tu yer.. Macam2 pekerjaan boleh dibuatkan.. :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya kak. Rasa mcm nak pegi. Tp Aydin kecik g. Dia stil tak fhm g mende2 mcm ni. Tapi kan kak, sy ketawa bile bab staff kidzania yg menari tiapkali lagu tu berkumandang. Heheheheh...

    ReplyDelete
  5. zaman kite dulu xde pon kan.sedih je.sonok jd budak2 skrg.

    ReplyDelete
  6. ya Allah bestnyaaa! kalau orang dewasa nak pergi tnpa bawa budak2 kecil boleh ke???

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. kalau budak berempat ni pergi sana, takmau balik agaknya

    ReplyDelete
  9. mcm2 ada ye..sekarang ni mmg untung bebeno la budak2 ni..macam2 theme park ada..pilih je nak yg mcm mana..

    ReplyDelete
  10. assalam cho
    best sini anak2lah kata he he tak pergi anak2 besar sy tu ikut cousin diorg . tiket pun boleh thn gak mhalnya kan

    ReplyDelete
  11. memang menarik tempat tu.......

    ReplyDelete
  12. tak sbr nk tunggu smbungan nyer,... cpt2 kak... best je kalu nengok membe2 bwk anak2 gi sana... tak sbr nk bwk aiyan gi situ nnti...

    ReplyDelete
  13. dulu2 kita takde pun nak merasa pegi tmpat2 camni kan kak. untung anak2 skrg. boleh ajar mereka berdikari kalau masuk kidzania ni. seolah2 mereka sedang bekerja gitu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts