Nuffnang saya

Followers

Friday, February 1, 2013

Warung Kita Astro Prima

Selamat bercuti semua yang dapat cuti hari Wilayah macam akakni... Harini nak cerita pasal rancangan Warung Kita yang disiarkan di Astro Prima. Akak mengakulah yang akakni peminat Warung Kita dari masa pengacaranya Azrul dan Farouk lagi. Tengok berulangkalipun(Astrokan ulang lebih dari 10 kali kot!!) akak suka gak nak tengok. Pengacara yang sempoi dan konsep rancangan Warung Kitanipun menarik makan dari pagi sampai malam hanya diwarung.
 
Musim baru Warung Kita ini akak dapat dengan pengacaranya yang baru Shamsul Ghau Ghau. Anda suka kami suka,You like I like, gituler lebih kurang trademark Shamsul Ghau Ghau dalam Warung Kita. Rasanya musim ini Warung Kita pergi jelajah belah utara sebab selama yang akak tengok antara tempat yang dia dah pergi ialah Kuala Selangor, Teluk Intan, Manjung, Pulau Pangkor, Taiping dan semalam berada di Pulau Pinang. Pagini tak sempat tengok akak dah nak balik Perak... 
 
Yang tak seronoknya ialah Rancangan ini disiarkan pada pukul 7.00 pagi, masa yang memang kritikal. Sebab dah minat sempat juga tengok walaupun tak dapat berikan tumpuan penuh... Takper nanti mesti ada ulangan biasalah Astro...
Gambarni ambil dari facebook Warung Kita...

12 comments:

  1. time kul 7am tu mmg sgt tak sesuai

    ReplyDelete
  2. Yup. Dulu Shamsul tu pengacara rancangan Jalan Jalan Ramadhan tu pun best.

    Masa zaman Azrul dan Farouk dulu saya suka tengok gaya depa makan sungguh-sungguh macam tak hengat, kan? (rakaman jer pun, ntah2 makan sesudu jer).

    Tengok Farouk sampai terketar-ketar dek enaknya food tu, sangat kelakar!

    ReplyDelete
  3. kalau tetiba buka prima ada, saya tengokla..mmg best tgk diorg mkn hehe

    ReplyDelete
  4. astro mesti ada ulangan punye lah.,kalo tak, takdelah namanya asterok..kihkih :)

    ReplyDelete
  5. haah kak. xpe xpe.. nanti kompem ulang. hehe~~

    ReplyDelete
  6. kat rumah x de astro.. huhuhu..
    x dapat lah nak tengok jugak~

    ReplyDelete
  7. kul 7 tu mmg tak sempat tengok langsung...sedih sbb aida pun minat warung kita ni...huhuhuuu

    ReplyDelete
  8. memang seronok tgk rancangan makan2 ni..nampak berselera betul

    ReplyDelete
  9. nik pun selalu gak tgk. mesti best kan.sempoi jea.

    selalu astro ada jea ulang tayang .hehe

    ReplyDelete
  10. asal tgk je terus rasa lapar,uhuhu!!

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang