Panduan dan tips melawat KidZania KL 2013
Akak buatkan entryni berdasarkan pengalaman kami moga boleh dijadikan panduan atau tips yang berguna kalau ingin melawat KidZania KL. Untuk semua adalah diberitahu KidZania memang sangat berbeza berbanding dengan taman teman yang pernah kita pergi. Konsep yang di bawa memang sesuai dengan anak2 zaman sekarang yang tak sempat membesar macam zaman akak dulu-dulu. Akak saja nak hangatkan hati anak-anak lepas balik dari KidZania haritu.
AKAK BERCERITA : Dulu ibu kecik-kecikpun ada jadi nurse tau, tapi dulu opah ibu buatkan anak patung dari kain batik (tak ingat dah cara melipatnya). Ibu dulupun main masak-masak pakai tempurung kelapa (ha! tempurungtu apa ibu? terpaksalak terangkan ... ), petik daun kat belakang rumahjer. Dulu ibupun der main jadi polis, siap ada perompak lagi. Kereta polisnya pulak kena buat bunyi sendiri, ne not ne not!!!.. nostalgialer pulak, dulu kecik-kecik akak dapat mainni semua masa cuti sekolah kalau sepupu balik kampung.
Balik pada tujuan entry ini, panduan dan tips melawat KidZania KL :-
1) CARA PERGI KE KIDZANIA
Di mana KidZania? Senang sesangat sebab tempatnya memang mudah nak pergi. Kalau tau Ikea di mana mesti jumpalah KidZaniani. Tak sesat punya .. Berdepan dengan Ikea dan bersebelahan dengan Tesco .. sangat mudahkan.
Alamat ;-
Curve NX,
No. 18, Jalan PJU7/5 Mutiara Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
2) HARI BIASA ATAU HARI MINGGU.
Ikutkan hati akak memanglah nak pergi pada hari biasa kerana kemungkinan tidak ramai orang dan dapat masa yang panjang dengan bayaran yang sama. Kalau bawak anak akak sahaja mungkin akak sanggup bagi diaorang ponteng sekolah tapi sebab bawak anak orangkan takkan nak suruh dia ponteng jugak.. tak patut.. tak patut.. Kalau akak pergi lagi lain kali memang akak akan pilih hari biasa sebab fakta masa yang lebih panjang.
Akak bersembang gak masa berbaristu dengan seorang pengunjung , katanya diapun pernah pergi masa hari biasa. Masalahnya masa dia pergitu banyak pulak rombongan sekolah yang datang. Ikut nasiblahkan... Kita tengok waktu operasi KidZania KL.
Opening HoursVisiting Times
Sunday to Friday
Single Session 10:00am to 5:00pm Saturday, School & Public Holidays*
First Session 10:00am to 3:00pm Second Session 4:00pm to 9:00pm
3) BELI TIKET ONLINE
Akak memang beli tiket ONLINE untuk memudahkan urusan dan tidak kecewa datang ke KidZania tapi tiket sudah habis dijual. Bacalah pengalaman izan sweetmoide yang mungkin boleh dijadikan telada.. Tengok berapakah harga yang terpaksa kita bayar....
Akak memang beli tiket ONLINE untuk memudahkan urusan dan tidak kecewa datang ke KidZania tapi tiket sudah habis dijual. Bacalah pengalaman izan sweetmoide yang mungkin boleh dijadikan telada.. Tengok berapakah harga yang terpaksa kita bayar....
Fees Structure
Age Guest Fee Ages: 0 – 1 Baby Free Ages: 2 – 3 Toddler RM 35 Ages: 4 – 17 Kid (Malaysian) RM 60 Ages: 4 – 17 Kid (International) RM 75 Ages: 18 – 59 Adult (Malaysian) RM 35 Ages: 18 – 59 Adult (International) RM 50 Ages: 60+ Senior RM 30
3a) Kalau kanak-kanak berumur 8 tahun dan ke bawah mesti ditemani oleh orang dewasa (kena beli tiket dewasa). Sekiranya ibubapa yakin anak boleh berdikari untuk anak yang berumur lebih 8 tahun dibenarkan untuk masuk bersendirian. Ibubapa jangan risau di dalam itu disediakan satu lounge yang khusus untuk orang dewasa, kanak-kanak tidak dibenarkan masuk..
3b) Orang dewasa memang tak boleh masuk tanpa diiringi kanak-kanak. KidZania adalah dunia kanak-kanak, jadi layanan untuk kanak-kanak adalah istimewa. Untuk Fasya & ladyainaa tak dapatlah nak menolongnya kalau nak masuk gak kenalah heret anak sedara atau sepupu kecik untuk datang ke sini..
4) DATANG AWAL
Datang awal kerana masa akak pergitu setengah jam awal kami yang beli tiket online dah dapat tag dan dibenarkan untuk naik ke tingkat 4 untuk urusan check in. Sebelum pukul 10.00 pagi lagi kami dah boleh masuk ke dalam KidZania. Bolehler buat urusan tunaikan cek dan pergi ke tandas misalnya. Lepastu teruslah terjah xtvt yang banyak permintaan seperti di Air Asia, bomba dan ahli bedah.
Kalau dah datang awal sangatpun tapi kaunter tak bukak lagi bolehler sarapan di McDonald yang terletak berhampiran. Harga letak kereta dibangunan KidZaniani amat berpatutan, masa akak pergitu cuma bayar RM3 untuk 7 jam (flat rate kot!!)..
Kalau datang awal ada peluang untuk bergambar terlebih dahulu..
Kalaulah budaktu dah mula bekerja diaorang dah tak minat nak berposing...
5) TUNAIKAN CEK ANDA
Inilah sebab kena datang awal, bolehlah kita tunaikan cek tanpa perlu berbaris panjang. CIMBtu berhampiran dengan pintu masuk ke KidZania.
Tengoklah anak akak berlari-lari nak tunaikan cektu..
Hanya kanak-kanak dibenarkan masuk, dunia kanak-kanakkan..
Inilah rupa cek yang nak ditunaikan..
Nanti anak-anak akan dapat 50 Kidzos.
Duit boleh digunakan untuk xtvt tertentu...
6) AMBIL PETA
Lepas tunaikan cek ambil peta untuk memudahkan lawatan kita nanti, lagipun ada pekerjaan yang anak-anak kita kena hantar ke premis tertentu. Misalnya kalau jadi pekerja POS Laju kena hantar dokumen ke tempat yang di arahkan. Kalau kita ada peta bolehlah kita tunjukkan pada anak-anak supaya tidak membazir masa tersekat melakukan sesuatu perkerjaan. Banyak rasanya pekerjaan yang memerlukan anak-anak keluar seperti kerja Polis, CSI, wartawan, CIMB Vault dan lain-lain...
Suka map dia boleh simpan dalam poket..
7) KAMERA
Kamera memang boleh bawa masuk tiada masalah. Yang menjadi masalahnya ada setengah tempat yang tidak membenarkan ibu bapa masuk, kalau anak besar sikit bolehler bagi dia pegangkan. Tapi tak tau pulak dia benarkan ataupun tidak, maalumkan diaorang tengah bekerja..
Masa di KPJtu akak tahu tak boleh masuk saja nak cuba nasib tanya boleh tak akak ambik gambar anak-anak. Jawapannya mesti dah tahukan tak boleh.. ha.. ha.. Sakit hatijer tengok jurugambar rasmi dia usung kamera besar amek gambar, mahal lak tu harganya... Boleh rujuk entry akak yang lepas :- gambar-di-kidzania-dari-pictureaircom
Masa di KPJtu akak tahu tak boleh masuk saja nak cuba nasib tanya boleh tak akak ambik gambar anak-anak. Jawapannya mesti dah tahukan tak boleh.. ha.. ha.. Sakit hatijer tengok jurugambar rasmi dia usung kamera besar amek gambar, mahal lak tu harganya... Boleh rujuk entry akak yang lepas :- gambar-di-kidzania-dari-pictureaircom
8) MASA MENUNGGU
Bila baca blog kawan-kawan rasa bersyukurlah juga sebab masa kami pergitu walaupun dihujung minggu anak-anak akak dapat melakukan lebih dari sepuluh pekerjaan. Naufalkan cakap kami tak nak makan sebab nak buat kerja yang lebih banyak.
Bila baca blog kawan-kawan rasa bersyukurlah juga sebab masa kami pergitu walaupun dihujung minggu anak-anak akak dapat melakukan lebih dari sepuluh pekerjaan. Naufalkan cakap kami tak nak makan sebab nak buat kerja yang lebih banyak.
Gambar masa menunggu di KPJ Healthcare.
Setiap aktiviti yang dijalankan selalunya mengambil masa dalam anggaran 20 minit. Hanya 6 - 8 orang yang boleh aktiviti itu dalam satu masa. Kalau yang berbaris diluarpun ada 20 orang memang sangat lamalah nak berbaris. Pastikan juga syarat umur dan ketinggian yang dibenarkan untuk satu-satu permainan, nanti ralat menunggu. Kalau nak pergi baca dulu peta interaktif KidZania, tak ralat survey dulu...
Akakni sebab masuk awal memang target pekerjaan yang mereka sukai terlebih dahulu. Syukurlah dapat semua kecuali bomba sebab masa turuntu ramai budak tadika dah berbaris. Kalau kita pergi awal targetlah pekerjaan disukai dan lepastu carilah pekerjaan yang barisannya tidak panjang. Tengok sekali bilangan boleh masuk macam Ayamas Brand 10 orang boleh masuk untuk satu sesi.. Selamat sikit masa menunggu.. Lagipun banyak pekerjaan yang ada di KidZaniani, ada 90 pekerjaan.. so jangan rugikan masa anda untuk menunggu..
9) DUIT KIDZOS
Sekarangni anak akak ada banyak duit Kidzos ditangan masing-masing. Masa sangat suntuk sebab tiga bersepuputu nak juga kerja di KPJ Emergency terus tak sempat nak BUKA AKAUN di CIMB terlebih dahulu. Khabarnya kalau duit Kidzos anak-anak lebih dari 50 Kidzos boleh buka akaun dan diberikan kad dan boleh digunakan untuk lawatan akan datang.
10) GAMBAR DARI JURUGAMBAR RASMI
Macam entry akak yang lepas pasal gambar-di-kidzania-dari-pictureaircom yang mana akak beli juga gambar dari jurugambar rasmi dia untuk kenangan diaorang di masa akan datang. Sony Lab Picture tu ada disebelah CIMB Vaultjer...
11) TIDAK BOLEH BAWA MAKANAN
Makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Sebelum masuk beg akan diperiksa terlebih dahulu. Memang ada kedai yang menjual makanan disediakan. Kalau untuk kanak-kanak suruh diaorang bekerja di kedai Sushi King, Ayamas Brand, burger king, oreo, cadbury, banyak gaktu kalau sempat... Jadi anak kenyang makpun boleh tumpang sekaki...
12) SAMBUTAN HARIJADI DI KIDZANIA
Sekadar angan-angan kosong seorang ibujerni.. Masa kami pergi ke KidZania tu ada dua sambutan harijadi yang berlaku haritu... wah-wah.. syioknyer kalau anak kitapun dapat sambut harijadi di sini. Meriah sesangat... anak yang sambut harijadi akan diarak keliling dengan kereta yang berhias, siap ada penari lagi, siap ada maskot, siap ada drumer yang mengiringi.. dah macam ratu cantik lak lambai-lambai tangan gitu..
Sekarangni anak akak ada banyak duit Kidzos ditangan masing-masing. Masa sangat suntuk sebab tiga bersepuputu nak juga kerja di KPJ Emergency terus tak sempat nak BUKA AKAUN di CIMB terlebih dahulu. Khabarnya kalau duit Kidzos anak-anak lebih dari 50 Kidzos boleh buka akaun dan diberikan kad dan boleh digunakan untuk lawatan akan datang.
10) GAMBAR DARI JURUGAMBAR RASMI
Macam entry akak yang lepas pasal gambar-di-kidzania-dari-pictureaircom yang mana akak beli juga gambar dari jurugambar rasmi dia untuk kenangan diaorang di masa akan datang. Sony Lab Picture tu ada disebelah CIMB Vaultjer...
11) TIDAK BOLEH BAWA MAKANAN
Makanan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Sebelum masuk beg akan diperiksa terlebih dahulu. Memang ada kedai yang menjual makanan disediakan. Kalau untuk kanak-kanak suruh diaorang bekerja di kedai Sushi King, Ayamas Brand, burger king, oreo, cadbury, banyak gaktu kalau sempat... Jadi anak kenyang makpun boleh tumpang sekaki...
12) SAMBUTAN HARIJADI DI KIDZANIA
Sekadar angan-angan kosong seorang ibujerni.. Masa kami pergi ke KidZania tu ada dua sambutan harijadi yang berlaku haritu... wah-wah.. syioknyer kalau anak kitapun dapat sambut harijadi di sini. Meriah sesangat... anak yang sambut harijadi akan diarak keliling dengan kereta yang berhias, siap ada penari lagi, siap ada maskot, siap ada drumer yang mengiringi.. dah macam ratu cantik lak lambai-lambai tangan gitu..
Besday girlnya yang pakai baju merah, yang angkat tangantu staf dia...
13) KEMUDAHAN YANG ADA
Plaza Premium Lounge ~ Tingkat Dua.. emak bapak boleh berehat di sini, ada wifi...
Surau ~ Tingkat Satu.. kewajipan padaNYA kena ditunaikan...
Kedai Cenderamata ~ Tingkat Satu, boleh keluar ikut sini.. beli belah untuk kenangan.. mahal.
Tandas ~ Mestilah adakan kewajipan jugaktu..
menarik... tak sabar lak nak pegi...
ReplyDeleteWa,sonoknyerrr...btuah ank2 dpt ke sini...info bguna ni buat org yg blm pnh smp cam sy hihii...tq.
ReplyDeleteWa..bgs tips ni. X berpeluang lg bwk anak2 ke kidzania. Tgu yg kecik tu besar sketla kot..hehe
ReplyDeleteaah,kat sebelah ikea je kan.sng je cr.
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi jumaat
semoga hari yang ceria
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi jumaat
semoga hari yang ceria
best nie... tq sharing ya kak.. nnt nak bwk ank2 ke sana
ReplyDeleteThnks atas perkongsian....menarik sangat tempat tu....bertuah anak2 yg dapat ke situ...
ReplyDeleteLengkap maklumat yg akak cerita ni. Sangat membantu kalo saya nak bawak anak saya nanti.
ReplyDeleteKak, teringat plak zaman kecik2 dulu bila akak citer pasal opah buat patung guna kain batik tu. Saya pun penah gak buat patung guna kain tu. Tapi saya tak suka sebab tak comel. Hehhe. *kecik2 dah diva. Pastu main polis sentri, dan main jual2 guna daun. Seronok kan? Kiranya Kidzania ni pun mcm tu, cuma versi yg moden dan canggih.
Ada sushi king ke dlm tu? Budak2 ke yg buat sushi? Atau tolong jual je?
Kalau macam kakak kena set betul-betul Zila sebab datang dari jauh mestilah kalau boleh nak explore semuanya..
ReplyDeletetq share...mmg teringin nk pergi, kena timing betul2.
ReplyDeleteLydSunshine ::: sushi kingtu memang anak2 buat sendiri.. kerjani kena bayar tapi nanti sushi yang dibuat oleh anak2tu boleh bawak bali... terharu akak masa anak akak bawak balik (ni yang 1st trip dia ke KidZania)
ReplyDeleteTips yang bergun..thanks sharing
ReplyDeleteTerima kasih kak..
ReplyDeleteLengkap tips2 ni..
Dan baru saya tahu boleh organize birthday dlm tu..:)
Ikea pon tak pernah jejak kaki. konfem sesat la kalau tak check btul2. Tgg ada anak la baru leh gi. Hehee
ReplyDeletekene bawa qalesya nie.. ^_~
ReplyDeleteada sesiapa yg nak pergi ... jom kite pergi sekali hehe
waahhh.. sonoknye~
ReplyDeletelengkap sekali info yang akak bagi nih..memudahkan semua ibu bape yang plan nak gi sana~
Liya Hanif ::: memang syiok kalau pergi ramai2.. lebih meriah...
ReplyDeleteanak-anak selalu sebut kidzania ni...
ReplyDeletememang banyak ilmu bole dapat di sini..
kena tunggu anak2 bsr skit pandai bwk diri la kan?... kalo aed tuh x harap la eB :)
ReplyDeletedetails info akak bg.. leh jadik panduan klu nak ke sana.. tp kena tunggu anak2 beso & faham baru diorang enjoykan kak..
ReplyDeletewaaaaaaaaa mekasih kak share info yg sgt berguna nih, tp kene simpan lama ni info nyer sbb nk nunggu aiyan beso n blh bt mcm2 kt sana...
ReplyDeleteeee bestnya...cikgu pun mcm teringin nak join dgn budak2 tu hihi...teringin nak jadi doktor lah hihi
ReplyDeletetq share ye
ReplyDeletewahh.puas saya baca dari post awal2.mmg nak sgt tau isi dalamnye..ye arkan,kita nak masuk,anak kecik lagi..
ReplyDeletethanks sharing kak.
gud info
wow, banyak info nieh, ritu pi ikea lalu jerk kidzania ni, rasa nak masuk tapi x berbaloi lagi kut sebab anak kecik lagi.. karang bukan buat keje main lari2 jerk sudahnya..
ReplyDeletethanks for the informasi kak......
ReplyDeleteWah..mesti menarik klu dapat ke sana kan?..kami ni jauh..ntah bila br dapat smpi sana..:)
ReplyDeletekena refer entry zila ni kalau nak p nanti..tqvm
ReplyDeletebagus ni kak.. panduan untuk yang nak ke sana :)
ReplyDeletetq ye...mang berguna sgt info2 ni...
ReplyDeleteKak tq for the info!at least before pergi dapat eraly pic of kidzania... :)
ReplyDeletenice info kak..tp jauh utk wani nk p tu
ReplyDeletegood info...tak saba nak bawak anak ke sana juga....
ReplyDeleteEntry yg sgt informatif kak.. tq :)
ReplyDeleteDah lama plan nak bwk anak2 tapi tak pi2 lagi ..insyaallah nak bwk jugak dorg tu.
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.