Pulau Aur Johor
5 Pulau Terbaik di Malaysia menurut majalah Qaseh ialah
1) Pulau Perhentian
2) Pulau Tioman
3) Pulau Redang
4) Pulau Aur
5) Pulau Manukan
Yang akak tertarik ialah Pulau Aur kerana akak tak pernah dengarpun pasal pulau ini.. Jadi untuk pengetahuan akak sendiri diturunkan kenapa kita mesti ke pulau ini..
Pulau Aur terletak di perairan
Mersing merupakan sebuah syurga penyelam scuba di negeri Johor. Ia terletak di
dalam lingkuangan kawasan Taman Marin Johor. Oleh itu, perairannya bersih dan
dipenuhi dengan pelbagai hidupan marin yang menarik. Dikelilingi oleh Pulau
Dayang, Pulau Lang dan Pulau Pinang. Pulau Aur juga menjadi tempat tumpuan
golongan kaki pancing. Ramai yang dating ke pulau ini untuk mencuba nasib
menaikkan ikan layer. Di sini, terdapat banyak kapal layer persendirian
berlabuh antara Pulau Aur dan Pulau Dayang, kerana keadaan air di situ tenang
dan dalam. Pulau Aur merupakan satu pilihan tepat jika anda mahu menikmati
percutian yang tenang sambil menikmati keindahan dunia marin di perairan
tempatan..
Bagaimana untuk ke sana ?
Dari Johor Bahru
Anda perlu memandu ke Kota
Tinggi, kemudian terus ke Mersing. Mersing terletak kira-kira sejam perjalanan
ke Kota Tinggi.
Dari Mersing
Anda boleh menaiki bot dari jeti
Mersing. Tambang bot adalah dalam lingkungan RM50 seorang utnuk perjalanan
sehala. Perjalanan mengambil masa empat jam untuk sampai ke Pulau Aur.
PERLU TAHU
Adakah anda seorang penggemar
aktiviti menyelam? Jika ya, anda pasti teruja untuk melakukan aktiviti menyelam
di Pulau Aur ini.
Keindahan dan keunikan terumbu
karang dan hidupan laut lain pasti membuatkan anda tenang dan bagai berada di
taman laut. Jika anda mahu melakukan aktiviti menyelam, pastikan anda membuat
tempahan terlebih dahulu untuk mengelakkan masalah lain timbul.
SELAMAT MELANCONG.. Malaysia memang hebat....
cantiknya. teringin nak pergi pulau. rehatkan mata dan otak
ReplyDeleteterus rasa teringin nak pegi ni..nice sharing :)
ReplyDeletecantiknyaaa.. ena pun tak pernah dengar pulau aur tu... pulau manukan pun ena tak tahu... huhuhu
ReplyDeletewah...cantiknye...
ReplyDeleteCantiknye..bestnye kalau dapat p sini...nampak tenang jer...
ReplyDeletetak pernah sampai lagi...yg selalu remy pi pulau langkawi jer....he3
ReplyDeleteteringin nak pergi bercuti tenang2kan jiwa.. tmpat cm ni mmg sesuaikn... tapi tunggu anak2 beso sikit.. skang nak bwak kemane2 mmg payah lah kn...
ReplyDeletecantik..tp kenapa tak jadi sebutan ramai kan..
ReplyDeletecantikkk...rasa tingin nk p
ReplyDeleteno1 2 dan 3 dah sampai yang lain tu belum lagi tapi yang tiga2 nie memang best sangat....
ReplyDeletepulau perhentian dan pulau tioman memang cantik dan terbaik , masih terasa keseronokan takkala menyelam di sana dulu he hee itu cerita zaman bujanglah
ReplyDeleteank lelaki sy duk plan jg nk menyelam ni pastu sy pun ceritalah pengalaman dulu hihikk
Serius? Saya orang johor tapi tatau.thanks sahring.akak ni baguslah,slalu update tempat tempat yang saya tatau.
ReplyDeleteTingin sgt nak gi pulau.tapi tu ggu aaron besau sket lagi.kang mabuk laks naik bot..hehe
semua pulau tu saya biasa dgr kak...tapi pulau aur ni baru festaim tau...huhu...
ReplyDeletebagus n3 ni kak..menambah pengetahuan saya tntg malaysia...tengs kakak...
wew!! canteknye!!
ReplyDeletesaya memang teringin sangat nak gi bercuti kat pulau2.. insyaAllah~ moga dapat jejak kaki ke pulau2 yang cantik itu..
Pernah g p.perhentian je. mmg cantik! Air clear nampak ikan warna warni..penyu..tapak sulaiman.
ReplyDeleteTeringin gak nk g p. Aur. dulu ada kwn jd cikgu kat situ. mmg sempoi je ngajar sbb student sikit.
jauhnya nun di johor..bile la smpai agaknye..
ReplyDeletesubhanallah...cantiknya...
ReplyDeletekelima lima pulau tu, saya tak pernah sampai..hahaha
selalu pergi pulau tioman..memang cantik..:)
ReplyDeleteakak 9 thn tinggal kt mersing so taulah sikit-sikit ttg pulau aur nie...
ReplyDeleteindahnya alam...terasa damai kalau dapat relax kat sana
ReplyDelete1st time dgr pulau aur. Cantiknya kak.
ReplyDeletecantik, terus masuk dalam list wajib pegi tahun ni :P
ReplyDeleteCantiknyaaaaa...
ReplyDeleteAir nya sangatlah jernih
cantik betul pulau Aur nikn,kak?blm pernah sampai ke pntai2 sekita Johor..dh mula tringin nk ke pulau plak,eheheh!!
ReplyDelete