Majlis Maulidur Rasul Tadika dan Sekolah

Azalia dah sibuk suruh akak carikan baju kurung dia seminggu sebelum sambutan Majlis Maulidur Rasul di Genius Aulad. Seronok sesangat dia menghafal lagu Raihan bertajuk Ya Nabi Salamun Alaika . Katanya ada pertandingan dengan kelas yang lain. Atikah pulak baru bagitahu akak yang dia juga kena pakai baju kurung sebelum cuti Maulidur Rasul. Oh kebetulan sambutan Majlis Maulidur Rasul mereka berlangsung sehari selepas Hari Maulidur Rasul.
 
Akak ambil cuti hari jumaat untuk dapat cuti sambung-sambung selama 5 hari. Dia mintak juga akak hantarkan dia pergi tadika tapi sebab tak sempat akak kata balik nantilah ibu amek adik tau..Gambar dia sebelum naik van..
Azalia mula bertudung pada hari kedua tadika,
sebelum ini dia memang tak nak pakai tudung..
Malas nak bergambar katanya....
 
 
Masa harinilah akak dapat panggilan adik akak dikampung yang bapak akak dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung. Keadaan kesihatan bapak akak kurang baik dan dimasukkan wad. Jiwa kacau tapi nak balik kampung masatu juga tak boleh sebab Atikah nak sekolah petangtu. Lagipun adik akak keadaan bapak akak dalam kawalan cuma dia demam disebabkan oleh bisulnya itu.. Seperti dijanji akak ambil Azalia balik dari tadika dan budak dua orangni mintak makan di Pizza Hut.. 
Tengoklah Azalia dah tak buang tudung dia...
 
Nak mintak maaf pada Atikah sebab bila akak dah kelam kabut sampai akak terlupalah nak ambil gambar Atikah berbaju kurung. Walhal akak hantar dan ambil dia dari sekolah. Malah masa ambil dia balik dari sekolahtu majlis penyampaian hadiah untuk peserta pakaian beragam tengah dijalankan. Memang bergaya sungguh pesertanya, siap macam-macam gayanya. Pemenang untuk darjah 3 memang sangat vogue gitu, pakai turban ala Yuna( kata dik Ya)... Meriah juga majlis Maulidur Rasul di SKS1 Bandar Kinrarani rupanya. Atikah tak habis merungut sebab tak dapat masuk pertandingan, kelakar kita orang.. Inilah antara catatan kenangan Atikah dan Azalia....

Comments

  1. comelnya atikah pakai tudung.. mesti dia sibuk hafal lagu raihan tu kan tu kan..

    semoga bapa akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. Ohh..ada ya sambutan Maulidul rasul di Genius Aulad...saya tak pasti pulak dgn GA anak saya ni...so far takde dengar apa apa dari teacher nya..

    ReplyDelete
  3. comelnya dia bertudung..semoga bapak zila cepat sembuh

    ReplyDelete
  4. tauan lepas ada sambutan..taun ni GA melaka senyap je...x tahu ada ke x

    ReplyDelete
  5. cute bila bertudung..nmpk comel sgt..hihi

    ReplyDelete
  6. eh, kenapa dah buang tudung ni?.. hihi,,.biasalah budak budak kan :)
    Memang seronok kalau ada sambutan di sekolah.

    ReplyDelete
  7. Ha ah la. first time tgk Azalia pakai tudung. Muka nampak lain bila bertudung. Takpe la kalo takde gmrb atikah kali ni. Kadang2 ada gmbr dia je, gmbr adik plak yg takde ye tak?

    ReplyDelete
  8. anak2 mmg teruja dgn majlis2 macm ni kan !

    ReplyDelete
  9. alahai comey nye berbaju kurung...
    eh yg last tu ilang terus tudung..hehehhehe

    ReplyDelete
  10. Bagus lah budak comel :D

    Didik anak2 cintai Nabi SAW... perkara yang mulia kan :D

    ReplyDelete
  11. comelnya azalia bertudung..baju kurung pun corak ceria je...seronok kan tengok anak2 happy camni

    ReplyDelete
  12. comel dia pakai tudung...ayu jer......
    seronok tgk dieorg membesar depan matakan.....

    ReplyDelete
  13. alahaiii..comelnya brbaju krung,..brtudung lg :))

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts