Berhentilah Bermimpi
Hari yang lemau... tapi nak gak tulis satu entry yang mungkin membantu akak hilangkan rasa tak bersemangat itu... Baca satu artikel di majalah Qaseh keluaran 1 Disember 2012 yang lepas bertajuk ' Berhentilah Bermimpi, berusahalah hari ini untuk kejayaan hari esok!'.
Antara tulisan dari Kak Noor yang akak taipkan balik di sini :-
Perbezaan dan jurang yang nyata sebenarnya dicorakkan oleh diri kita sendiri. Kejayaan atau kegagalan yang harus kita pilih? Kejayaan harus diari, dan tiada jalan pintas untuknya. Dalam mencari kejayaan, kita tidak harus mengira berapa kali kita jatuh, namun kita perlu mengira berapa kalikah kita mampu bangun setelah jatuh.
Masalah dan peluang adalah dua perkara yang sering 'mengetuk' pintu kita dalam memburu kejayaan. Masalah tidak akakn hadir secara bersendirian, sebaliknya akan hadir secara berkumpulan. Ia bukan sahaja menguji kesabaran dan keimanan kita, tetapi mampu memporak-perandakan segala-galanya. Peluang akan hadir secara perlahan-lahan dan mengetuk 'pintu' kita sekali sahaja. Andai kita dengar, dan dapat membuka pintu itu untuk merebut peluang yang hadir, Insyaallah kejayaan itu pasti milik kita.
Ehmmmmmm!!!! sebagaiman entry sebelum ini pasal musibahtu.. akak percaya yang masalah datang bersama peluang yang terbentang luas. Kata hati akak Allah sedang memberitahu sesuatu pada akak dengan hadirnya musibah ini, harap akak dapat petunjuk untuk mencari peluang yang lebih baik. Berusahalah.
Sambungan tulisan kak Noor.. Jika ingin berjaya, bayangkan diri anda sebagai orang yang berjaya, bergaul dengan orang yang berjaya, dan jauhi halangan serta rintangan. Ketahui matlamat hidup, fokus, buat perancangan, jangan lari dari masalah, dan bersedialah untuk mengambil risiko. Jangan sesekali putus asa, dan belajarlah menerima kegagalan.
Azalia yang sedang tertidur tapi tak sempat bermimpi...
heheheh kalu bkn kite yg mencorakkan hidup kite sapa lg kan, mimpi tu pun dlm tido, bangun2 tak jd pe... heheh
ReplyDeleteKadang-kadang masalah yang datang tidak diduga..waktu ceria tiba-tiba nah ko..musibah melanda..hati kena kuat dan sabar sentiasa..
ReplyDeletebetul kak..kalau nak give up ke apa.. saya selalu ingatkan diri.. mana tau kalau saya cuba lagi akan berjaya pulak..walau pun da banyak kali cuba.. belum nampak kejayaannya.. tapi saya yakin, Allah bersama dengan orang yg tak putus asa. Insya allah, walau pun lambat tapi saya akan berjaya jugak..
ReplyDeleteBetul tu kak. Setiap yg berlaku, pasti ada hikmah di sebalikNYA.
ReplyDeleteAlololo...sedapnya anak dara ni tido.
saya sokong sangta k'zila ....mmg setiap musibah yg dtg..sbnrnya dtg brsama hikmah yg kdg2 tak pernah kita trfikirkan..inshaaAllah,kak..kita pray for the best prepare for the worst :)byk2kan bersabar & jgn pernah putus asa :)
ReplyDeletebetol tuh.. setiap dugaan yang hadir mesti ade hikmahnye.. cuma kita sebagai hamba yang lemah kadang2 x perasan ape hikmahnye.. kena sentiasa terus gigih berusaha!
ReplyDeletealahaiiii.. ciannye~ letih sangat lah tuh~
mudahan ye kak.musibah smalam jd pndorong hari strusnya.
ReplyDeletewah.sdpnya die titun
Betul apa yg dikatakan...mudah2an jadi renungan utk semua..
ReplyDeleteDalam hidup ini pasti ada terjadinya sesuatu yang tidak kita inginkan mahupun impikan...
ReplyDeletewalau apa pun musibah itu..semoga ALLAH permudahkan dan tunjukkan jalannya....be strong ye kak...selalunya,kalau sy rasa down sgt....sy akan baca buku2 agama ...tuk kembalikan semangat yg hilang hehe
ReplyDeletekdg2 musibah y berlaku tu kerana tuhan ingin memberikan y lebih baik dikemudian hari.. bagus baca ni..sbb sbg motivasi jga utk diri sndiri
ReplyDeleteada hikmah di sebalik yang berlaku..perancangan Allah lebih baik untuk kita semua...
ReplyDeletesedap nye si kecik tu tido tapi sayang tak sempat bermimpi ye...
gd one tq share ye
ReplyDeleteTerima kasih kak, entry pemangkin semangat ni :D
ReplyDeletebetul tu..nak berjaya kena berkawan dengan orang berjaya....
ReplyDeletelenanya dia tidur
Semoga musibah yg melanda akan lebih membuatkan kita lebih berhati2 lps nie.
ReplyDeletebetul tu kan...biasa nye musibah yg datang tu mesti ade hikmah disebaliknye...tuhan itu adil
ReplyDelete