Nuffnang saya

Followers

Tuesday, January 1, 2013

Doa sambut tahun 2013

 
Terasa cepatnya masa berlalu, kini 2012 hanya kenangan.
Kini 2013 telah datang dan akak berdoa moga Allah merestui kehidupan ini.
Ya Allah, aku memohon hanya padamu..
 
1) Keredhaan Illahi...
 
Aku mohon dapat menjadikan apa juga yang dilakukan
hanya untuk mendapat keredhaanMu Illahi..
Aku kena berjuang sehabis daya untuk membina kekuatan
diri sendiri..
 
2) Keluarga..
 
Aku mohon moga aku mampu melakukan yang
terbaik untuk menjadi isteri dan ibu yang di sayangi.
Aku kena berusaha untuk
mengatasi semua kelemahan diri yang ada..
Semoga hubungan aku dan semua
ahli keluarga tidak kira
keluarga mertua dan keluarga sendiri
akan aman dan bahagia...
 
3) Kewangan...
 
Kewangan juga penting untuk kehidupan masa kini.
Yang boleh aku katakan
jangan BOROS dan
teruskan MENYIMPAN.
 
 
4) Kerja
 
Berharap akak dapat bekerja dengan ikhlas hati.
Tidak banyak merungut,bersyukur apa adanya.
Buktikan yang akak boleh jadi yang TERBAIK di sini.
Berusaha mempertingkatkan kemahiran diri.
 
5) Kesihatan
 
Inilah yang penting sekali
kiranya kesihatan baik
maka semua perkara di atas akan dapat
dilakukan dengan sempurna..
Aku kena usaha sedaya upaya
untuk menjaga kesihatan ini.
Jaga makan dan lakukan senaman...
 
(up : sebab ini doa kata ganti nama ditukarkan kepada aku)
AMIN..AMIN .... 2013 datanglah bawakan bahagia....
 

12 comments:

  1. Salam tahun baru...inshaAllah...amin

    ReplyDelete
  2. In Sha Allah..Selamat tahun Baru juga buat akak sekeluarga..^^

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru kak
    amin.mudahan apa yg diharapkan dlm doa,dmudahkan allah jua

    ReplyDelete
  4. Insyaallah..wa doakan akak bahagia sokmo2 bersama keluarga tersayang..:)

    ReplyDelete
  5. selamat thn baru kak...semoga segala impian tercapai..

    ReplyDelete
  6. Liza dtg stlh lama menyepi... Selamat thn baru. Inshaa Allah, akan lebih diberkati

    ReplyDelete
  7. Assalam,

    Selamat ahun Baru 2013, semoga kita semakin meningkat amalan solleh dan ins'allah rejeki akan dtg berduyun2... mencurah2

    ReplyDelete
  8. amin..amin..amin..
    slmt tahun baru 2013 =)

    ReplyDelete
  9. Amin!! semoga yang dihajati tercapai.. selamat tahun baru kak!! semoga dimurahkan rezeki.. =3

    ReplyDelete
  10. selamat tahun baru kak..moga apa yg akak hajati utk tahun ini akan tercapai

    ReplyDelete

Nuffnang oh Nuffnang